Saturday, April 16, 2011

Teacher Cokelat

Yang bestnya jadi cikgu kat sesi petang ni kan, students akan tanya every details pasal kita. Kita suka warna apa, suka makan apa, suka minum apa, birthday bila. Part birthday paling dinantikan sebab diorang ni suka sangat celebrate birthday cikgu – cikgu. Sikit – sikit ada surprise party. Walaupun cikgu berkenaan tak berapa nak surprise sebab nampak ada kek bawah meja anak murid, ada hadiah – hadiah, ada kuih – muih. Tak sabar nak tunggu bulan Oktober nanti. Kotlah ada kan anak murid aku nak sambut birthday aku. Kehkeh harapan.

Nantikan tak pasal – pasal kan ada jek hadiah atas meja, macam hari tu aku dapat kain batik warna pink dari anak murid lelaki. Terharu tak sebab student aku prihatin dengan warna kegemaran aku.Walaupun aku tak pernah langsung berkain batik (Cuma masa confinement ajelah kot aku pakai kain batik?Ngee!~) tapi aku terima dengan hati yang berbunga – bunga. Lepas ni aku tinggal carikan kain plain ajelahkan buat baju, bagi matching dengan kain batik tu. Boleh buat raya. Haha. Kreatif tak aku?*Angguk laju – laju*

Macam tadi kan, balik kelas aje tiba – tiba ada cokelat Cadburry atas meja aku. Surprise tak?Terkejut aku. Siapa pulak yang buat surprise bagi aku cokelat ni. Rupa – rupanya student form 2 aku yang bagi. Bukan birthday aku ke apa kan, dah dia nak bagi, aku sebat ajelah. Cuma aku tak boleh nak makanlah kan, aku dalam proses menyahtoksinkan badan, dan cokelat adalah antara makanan yang aku takleh nak lahap. Sedih betul. Dahlah favourite aku cokelat. Dunia ni kejam! Sudahnya, terkontang – kanting ajalah dalah fridge, sesiapa nak makan, makan ajelah. Tak payah nak cakap – cakap dengan aku. Nanti aku sedih. Ceh.


So kepada students aku, dah lepas ni tak payah bagi teacher cokelat ye, teacher nak Blackberry torch. Korang kumpullah duit sorang RM5, belikan teacher Blackberry Torch masa Hari Guru nanti ya. Hehe

10 comments :

yours truely of LoveFaithBelieve said...

besh nyr..

suprisingly.. kt aku pun slalu dapat treats from students...
especially time nak final exam.. hhaaaa.. =)

nur easy said...

rugi2 xjd cikgu dulu...hik2

Cik Puan Bunga said...

@yours truely of LoveFaithBelieveWahahaha best kan?Students aku kanak - kanak, bagi hadiah gegula and cokelat. haha!

Cik Puan Bunga said...

@nur easyTakpe, tak rugi punnnnnnn! huhu!

zacky ~786~ said...

best yerr jd cikgu :D

Cik Puan Bunga said...

@zacky ~786~Kadang - kadang jek bestnya! Huhu!

Fihan said...

Kak,

Malam tdi saya mimpi akak, akak nampak sedih jekan, pastu saya tanya "best ke jadi cikgu?" pastu akak cakap "Tak best!" camtu

HAHAHA

Cik Puan Bunga said...

@FihanHah! Tepat sangatlah tu Fihan oi! Haha!

cik aletheea : said...

cik bunga sudah mau jadik cikgu yang demand eh...
request bb kat student..;p
nanges bebudak tue nak ngumpul duit sampai abes darjah enam nanti..kesian mereka... hahahahaha

Cik Puan Bunga said...

@cik aletheea :hahaha demand i neh!kehkeh!