Saturday, April 2, 2011

Tersepit Di Tengah - Tengah.

Ah comelnya tajuk entri I pada hari ni. Mungkin ada yang terus keji kata entri blog I punya tajuk kali ini berbaur lucah. Silakanlah nak kata lucah ke hape kan. Sebagai seorang pencinta haiwan yang stylo, I redha aje. Tapi memang betullah kan, I sekarang ni macam tengah tersepit di tengah - tengah. Kalau tengah tersepit di tengah - tengah antara Farid Kamil dan Afghan takpelah jugak kan, merasa juga I nikmat dunia. Tapi tersepit diantara kisah kehidupan yang rumit. Ceh nampak tu nampak tu?Sejak - sejak selalu bergabung dengan cikgu Bahasa ni asyik nak pakai ayat - ayat puitis aje.

Susahkan, bila kita terpaksa menelan kepahitan sebuah kebenaran? Mana lagi sakit?Kau dengar orang mengata pasal kau dari seorang hamba Allah yang lain, atau kau dengar sendiri dengan dua telinga capang kau?Dua - dua pun sakitkan?Tapi lagi sakit kalau kau dengar life dan tanpa tapisan dari FINAS. Siaran langsung takde ulangan. Boleh bernanah telinga.Dan lagi nak menambahkan luka parah dalam dada, yang mengata kau tu adalah geng bas sekolah kau sendiri. Yang selama ni kau agung - agungkan, kau tatang bagai menatang minyak yang penuh, yang kau gembar - gemburkan sebagai insan mahmudah yang tulus dan mulus. Sekarang?

Apa nak buat? Confront dan membuat seolah - olah tiada apa yang berlaku? Atau tak confront dan membuat seolah - olah tiada apa yang berlaku?Atau menangis dalam hati sambil nyanyi lagu - lagu putus cinta kumpulan Spring?

Kenapa mesti I dengar sendiri?Allah nak tunjukkan sesuatu?

Dah.Babai!

10 comments :

。+゚o。. Puan Dot . 。o+゚。 said...

mmg ramai org camtu skang,,, jgn percya org bulat2 kak.. sy pon slalu jugak kena.. baek sy hidup lone ranger!!! hehehe

Cik Puan Bunga said...

@。 ゚o。. Puan Dot . 。o ゚。Jadi lone ranger cool kan?Mysterious je! Oh!

KatekateKite said...

kite takde pape idea untuk persoalan akak tuh.

tapi, nak kate, mesti rase berderau jerk darah mase dengar geng bas skolah sendirik ckp camtuh kan?

huhuuuu..... T_T

Cik Puan Bunga said...

@KatekateKiteJangan kata berderau! Terus heart-attack! Huhuhuhu!~

qima said...

oh cikgu,,i pon pernah kenaaaa..kena plak dgn org yg kita duk canang kebaikan dia, yang kita duk sembunyikan kejahatan dia..:(
sakit - geram - meyampah..
tapi kejap jer,,lepastuh i jadi tak rasa apa-apa dah..
lepastuh i jadi ok blk dgn "org" tuh..dgn harapan kita buat baik dkt org, org buat baik kat kita..:D
lepastuh i kena lagi..argghh,,giler tak serik :((
rasa cam nak langgar lari jer kalo jumpa tepi simpang (T_T)

Cik Puan Bunga said...

@qimaHaaaa?Kena lagi?This is my first time taktau kalau lepas ni kena lagi memang kecewa... wuuuuuuuuuuu! tabah ye tabah. jangan langgar dia! haha!

-[DeeYA]- said...

apakah???
siapakah geng bas sekolah yg dimaksudkan itu?

bertabah ye!!!

Miss Tasantek said...

standard ar..cerita tu kau dengar msti ketika itu dia suarakan masa dia tak puas hati dengan kau kak..
mesti ada dia terkesan dengan tingkah laku kau then die terkuar.aku rasa kalau kau confront dengan dia, mesti die ok balik
selamat kan hubungan yang bertahun terbina atau lenyapkan saja hanya kerana rasa tak puas hati itu??

Cik Puan Bunga said...

@-[DeeYA]-You-know-who. ;)

Cik Puan Bunga said...

@Miss TasantekSelamatkan hubungan yang terbina lama?KELAKAR> spesis mcm dia ni, tak selamatkan pun takpe.huh!