Wednesday, May 25, 2011

Adam Dah Jalan. Menepati Ramalan Nenek. 10 Bulan Yang Penuh Dengan Kejutan

Adam Irfan Xaharis dah genap 10 bulan dah.Cepatnya masa berlalu. Last check up 23hb Mei yang lepas. Riuh rendah satu klinik dia kerjakan. Sabar ajelah. Aku pagi - pagi lagi dah tercongok kat Klinik Kesihatan Parit Yaani sebab taknak dapat turn lambat. Pheww nasib baik aku dengan suami sampai awal. Pasni bolehlah aku apply jadi guard kat klinik Hahahataklawak. Aku dengan suami sedondon pakai T-shirt warna biru gelap. Kelakar pulak pakai baju kaler sama ni. Nampak macam mengada - ngada pun ada. Haha.

Berat Adam naik sikit sangat. 10kg++ je. Adam aktif sangat, tak boleh nak duduk diam. Kadang - kadang aku rasa Adam macam jelmaan ulat nangka yang tak boleh nak duduk diam. Adam diam time tidur je. Selain dari masa tidur, kerja Adam adalah round satu rumah, main bawah dapur. Nasib baik masa weighing dia sangat behave. Terkejut aku tengok anak sendiri begitu patuh dengan arahan makcik misi. Diam je duduk elok - elok dalam mesin penimbang. Berlakon punya Adam.

Masa sesi consultation Adam mula ah tunjukkan belang sebenar. Jerit - jerit, riuh rendah mulut dia. Adam ni memang pengamal konsep satu Malaysia. Ramah - tamah betul dia dengan makcik misi India tu. Syabas. Terharu aku dengan sikap Adam. Siap hulur - hulur tangan mintak dukung, lentok - lentokkan kepala kat bahu makcik misi tu. Berbulu je aku tengok perangai Adam. Berlakon lagi.

Menepati ramalan emak, umur Adam 10 bulan, Adam dah mula jalan bertatih. Emak kata dulu aku umur 10 bulan dah pandai jalan dah. Tapi gigi lambat sikit ah tumbuh. Adam pun baru ada dua batang bunny tooth. Comel je kalau dia sengih sampai sepet - sepet mata dia semata - mata nak tunjukka gigi bunny dia yang dua batang tu.

Malam semalam masa aku buka puasa, aku nampak Adam angkat - angkat punggung. Pastu tiba - tiba je dia jalan 5-6 tapak. Pastu dia jatuh. Pastu dia jalan lagi. Wahhh! Adam dah jalan dah! Wahwahwah! Excited terlebih aku. rasa macam nak nangis pun ada jugak. Rasa macam nak tampar diri sendiri pun ada jugak.Terlebih excited sampai rasa nak panggil TV3 datang buat cover. macam tu rupanya perasaan ibu - ibu bila tengok anak dia ambik langkah pertama. Dulu aku risau kalau - kalau aku tak dapat nak tengok Adam jalan untuk kali pertama. Terima kasih Allah!

Hero mama. Hero mama paling kacak.
Jadi anak yang soleh ye sayang!
Cheeky. Macam aku.Eh
Aku rasa raya tahun ni tak payah lah mimpi nak susun kuih banyak - banyak atas meja. Confirm ada askar kecik tolong kemaskan. Bertabah untuk keadaan itu. Chayok!
Weh bahagianya rasa!

Sekarang Adam dah pandai panggil MAMA dengan jelasnya! Wah bahagia kuasa dua!

Dah.Babai!

8 comments :

Nini Hartini said...

finally dpt juga tembusi blog ini. internet sgt &*%^$. tiap kali nak masuk ini blog, pasti connection lost. terpaksa pagi2 buta mcm ni baru dapat.

** budak2 baru nk belajar tu. biar dia buat apa dia suka asalkan dlm pemerhatian kita. jgn selalu halang apa adam nk pegang/main. bagi je dia ambil apa dia nak. sbb klu asyik halang nnt akn membantutkan proses pembelajaran adam. Yg penting sntiasa dlm perhatian spy adam x main benda2 merbahaya. selagi tak bahaya, silakan bagi dia teroka.

- tini ada juga pergi kursus perkembangan kanak2. so, tau lah serba-sedikit. hehe..

p/s : pakai baju sedondon mmg nmpk mengada-ngada. tp tini sukeeee...kekeke...kalau bli baju mst nk cari yg sedondon. huhu..cume warna pink je x boleh sbb ilhan tak sanggup. geli katanya. aigooo~

KatekateKite said...

"Terlebih excited sampai rasa nak panggil TV3 datang buat cover."

tang ni x thn, tergelak kecil kite bace =D

ishh... happy ek rasa jadik seorang ibu.... >.<

FaraSyeera said...

kakak! saya teringin nak dengar suara Adam yg kecoh tuu~ video satu peliss~ =D

nur easy said...

alhamdulillah.. selangkah sudah.. bestlah dpt tgk progress anak tiap masa kan..;)

Cik Puan Bunga said...

@Nini HartiniTerima kasih!! ;]

oh cuba satu hari ajak ilhan pki baju pink. kehkehkeh!

Cik Puan Bunga said...

@KatekateKiteTime happy memang happy, time meroyan memang perang dunia ke tiga.haha!

Cik Puan Bunga said...

@FaraSyeeraNanti akak try upload video eh. hahahha dia memang mamat kepoyhhh!

Cik Puan Bunga said...

@nur easyAmin! Best!! takpe, next round u pulak! :D