Friday, May 27, 2011

Benda Kalau Ikut Prosedur Ni Kadang - Kadang Boleh Sawan Kita Jadinya

Sabar ajelah kan. Claim yang aku buat berbulan lamanya baru dapat petang tadi. Bayangkan dari bulan November 2010 aku hantar claim ni, baru petang tadi aku dapat. Ini memang sejarah claim paling lama pernah dicatatkan ni. Phewwww! Aku taktaulah semua orang mengalami nasib macam aku atau aku je sorang - sorang kena tunggu claim yang tak sampai - sampai. Kalau setakat claim dua tiga puluh memang aku buat pejam mata je, tapi ni beratus weh. Mintak maaflah, memang aku tak dapat nak buat pejam mata. Huhu.

Lima ratus lima puluh ringgit. Lepas beli beg Guess sale barang sebijik dua.
Tak sabar nak cashkan.
Claim masa beli barang - barang ni.
Masa tu aku betulkan motherboard laptop sekolah yang aku pegang. Aku kan cikgu NILAM tetap dan berpencen, so kira ni gadget akulah nak key in data, nak key in maklumat rekod bacaan blablabla kadang - kadang terbabas jugak main facebook pakai laptop sekolah. (Kadang - kadang ke hape, macam selalu je.Haha) Sebab lambat nak dapatkan claim dari sekolah sedangkan aku kena key in data dengan segera, aku pakai dulu duit aku betulkan laptop tu. Sudahnya, berjanggut aku tunggu duit claim aku dapat.

Alhamdulillah. Dah dapat dah. Aku nak ucapkan terima kasih kat kakak kerani kewangan, Kak Lin yang sangat baik hatinya melayan aku sepanjang proses aku buat claim ni. Sopan santun dia layan setiap pertanyaan aku. Terima kasih Kak Lin, nanti saya belanja akak cupcakes! (Ini bukan rasuah tau!Haha)

Dah.Babai.

2 comments :

nur easy said...

perkara claim ni, biasanya dapat bila kita dah lupa bila masa kita claim..haha

Cik Puan Bunga said...

@nur easyOh untuk kes yang ni tak pernah lupa sebab jumlah dia banyakkkkk! haha!