Sunday, May 8, 2011

Berendam Dalam Air Panas Ni Kadang - Kadang Macam Stylo Jugak.

Hello darlings semua!

Amacam, gedik tak intro?Ada rasa macam nak baling aku dengan terompah?Chill la kawan – kawan, aku saja je nak buat perangai manja. Berilah aku ruang untuk menyerlahkan sifat – sifat kewanitaan aku. Auwww! Dahlah abaikan aku.

Entry ni masuk kategori basi dah kot, tapi aku degil nak update jugak sebab suka hati akulah nak cerita ke tak kan hahaharunsalimbachik. Ni ala ala entry cuti – cuti Malaysia lah kot kan, sebab pergi mengisi masa lapang dalam negara je, bukan takat dalam negara tapi dalam negeri je. Haha nampak sangat budget terancang kan. Lantak.

Hari tu aku sefamily pergi ke Kolam Air Panas Sungai Gersik. Sebenarnya memang dah lama sangat kami sefamily nak pergi kolam air panas ni sebab dok dengar cerita orang kata amatlah heaven pergi berendam – rendam kat sini. Mana – mana rasa nak ubat sakit kulit ke gatal – gatal badan ke apa kan bolehlah pergi kat Kolam Air Panas Sungai Gersik ni. Tapi kalau memang perangai semulajadi gatal ke hape kan rendam dalam air panas menggelegak pun memang takkan hilang punya gatal tu.

Gigih tak aku ambil gambar pintu gerbang?
Macam takde kena mengena pulak entry aku dengan ganbar ni. Haih!
Jalan nak ke Kolam Air Panas Sungai Gersik nasib baik tak memeningkan fikiran. Rasanya tak payahlah nak letak map kat sini kan korang punya handset kan memasing androidlah hape kan, gunalah GPS.Kehkeh. Tak sampai 1 jam gerak dari Parit Yaani dah sampai pun dah kat tempat yang dituju. Cuaca pulak masyaallah panas terik gilos aku rasa macam wrong timing pulak datang. Tapi dah terlanjur datang, kena jugak penuhkan hajat nak berendam puas – puas dalam kolam air panas ni.

Sampai – sampai je terus cari makanan yang paling glamer kat sini iaitu mee siput. Eh serious lah kot kan mee siput kat sini memang glamer gila, aku yang kat Parit Yaani pun boleh tahu yang mee siput dia glamer.Beli satu plastik beg penuh. Stok bekalan nak melantak masa berendam nanti.

Nasib baik kolam tak penuh, dapatlah parking kat tempat strategik untuk berendam. Sambil – sambil berendam tu emak ceritalah mitos kolam air panas ni, dah nama pun mitos kan so betul ke tak tu tak taulah kan. Tapi kadang – kadang cerita orang zaman dulu – dulu ni ada betulnya jugak. Emak cerita kolam air panas ni dalam sangat. Nampak dari atas memang macam cetek tapi sebenarnya ia dalam sangat. Air panas ni ada belerang semulajadi that’s why dia boleh ubat sakit especially sakit kulit. Then emak cerita yang dulu sebeum kolam air panas ni di pagar besi, takde pagar – pagar pun so orang boleh bebas keluar masuk. Sejak kolam ni terbentuk (Secara semulajadi) setiap hari kolam ni macam memanggil – manggil mangsa untuk dijadikan korban. Memanggil – manggil kat sini bukanlah maksudnya tiba – tiba ada suara jerit – jerit panggil orang kampung ke hape kan, tapi macam orang tu diseru – seru untuk datang ke kolam ni. Akhirnya, nak dijadikan mitos, sepasang suami isteri yang baru je kahwin terjun masuk dalam kolam air panas ni. Sejak daripada hari tu, kolam ni dah tak seru orang untuk terjun masuk lagi dah.

Tapi memang betul apa, sebab kalau kita berendam sambil pandang ke dasar kolam, terasa macam kita ni ditarik – tarik untuk terjun masuk dalam kolam. Astaghfirullah. Bak kata aku awal – awal tadi, ni semua mitos. Betul ke tidak, aku tak tau.

Mee siput habis aku makan satu plastik besar ni.
Adam tak suka air panas. Diva tak?
Muka tak redha.
Family aku menikmati kenikmatan merendam kaki.
Suami masih lagi dengan cubaan gigih nak merendam Adam.
Emak layan blues sorang - sorang.
Sepasang manusia comel.
Lepas berendam lebih kurang 2 jam, Adam pun dah merengek – rengek nak tidur. Kitorang pun gerak balik. Puas jugaklah berendam dalam kolam air panas ni walaupun cuaca memang panas menggelegak. Nak nak lagi berendam sambil makan mee siput! Heaven! On the way balik singgah sekejap kat Parit Sulong makan rojak mee + maggi goreng + sirap limau. Memang terbaik di pasaran! Bila perut dah kenyang, mata pun jadi ngantuk. Nasib baik Adam tidur dengan bestnya, dapatlah mama nya sekali tidur.Kehkeh.

Korang yang rumah dekat – dekat dengan Kolam Air Panas Sungai Gersik (Muar) ni bolehlah pergi time ada masa terluang. Best jugak, berendam sambil dating – dating borak – borak. Aku ni jakun sikit kat Parit Yaani takde kolam air panas, tu yang menjajar cari kolam air panas serata negeri. Hehe.

Dah.Babai!

4 comments :

nur easy said...

dah pegi byk kali.. tp apsal masa tu x jumpa mee siput y asyik tu? isk2

Cik Puan Bunga said...

@nur easyAda, kat gerai kat pintu masuk! :D sedapppppppp!

KatekateKite said...

kak, parents kite pon suker pi kolam air panas nih!

penat2 gi rendam kaki kat sini memang best!

ha ah, mee siput tu kat gerai luar pintu masuk tu kan kak?

eh ehh... masa kite pegi around 6pm, ramai betol yang slumber badak bukan rendam kaki lagik!, bukak sua baju, pakai short pant tros berenang menyelam lam tu! ish! gayat giler kite tengok! dah lah gelap semacam dalam kolam tu!.....

Cik Puan Bunga said...

@KatekateKiteoh! bukan setakat rendam kaki jek ke?hebat betul! hahaha! ha'ah mee siput tu kat pintu masuk! sedapwehhhh! nanti lenkali dtg sini kita calling2 dating kay! :)