Tuesday, May 24, 2011

Cabaran Ganti Puasa Selama Sebulan Dan Kisah Durian Montok.

Buang tebiat tak aku upload gambar durian sekali terus 4 keping. Aku memang hantu durian. Aku suka makan durian. Aku tak kisah je pun makan durian banyak - banyak dan meninggalkan aroma durian kat tangan and kat mulut. Aku rasa cool je pun. Aku suka durian. Nampak tak betapa sukanya aku pada durian sampaikan setiap ayat aku mesti letak perkataan DURIAN.

Oh sebelum tu aku sekarang dalam cabaran menggantikan puasa selama 34 hari. Phewww. Bertabah betul aku. 30 hari sebab bulan puasa lepas aku tak dapat nak puasa, masih dalam pantang and 4 hari tu last two years punya puasa. Tak habis ganti lagi. Nanti nak bayar fidyah lagi. Padan muka aku. Kepada sesiapa yang belum ganti puasa, silalah ganti sekarang. Nanti kalau nak dekat bulan Ramadhan karang masing - masing baru sibuk nak ganti. Tak cool langsung.  So sekarang ni hari - hari pun aku ganti puasa (Insyaallah) dah 6 hari dah aku ganti puasa termasuk hari ni. Alhamdulillah. Secara tak langsung dapat jugak aku berdiet secara sihat. Kalau tak, memang melantak ajelah kerja aku. Kehkeh.

Petang tadi balik dari sekolah, masuk je dalam rumah eh aku dah terbau durian yang semerbak baunya. Entah dari mana entah abah dapat durian. Menganggu jiwa raga betul. Nasib baik nak berbuka tak lama lagi. Tak sabar aku nak menikmati durian free dengan penuh keghairahan. Nyumnyum!

Isi dia kuning. Rasa dia peh lemak lemak berkrim. Sedap nauzubillah!
Terangsang tak.
Ya Allah ya rahman ya rahim! Sedap betul!
Terima kasih abah!
Buka puasa tadi makan Yong Tau Foo, kongsi dengan Embun Lepas tu abah hari ni extra baik hati belikan mee goreng untuk kami adik -beradik. Emak pulak masak bubur kacang hijau letak durian. Kenyang perut buncit aku hari ni. Kena bersyukur neh. Alhamdulillah!

Semoga aku tetap tabah mengganti puasa dan dijauhkan dari gangguan syaitan dan 'setan'. Amin!

Dah.Babai!

10 comments :

KatekateKite said...

kite pon puasa! =D

Cik Puan Bunga said...

@KatekateKiteAwak banyak hari tak nak ganti?Akak sangat BANYAK! Uwaaaaaaaaaaa!

Ibu Comel Sedunia said...

mane dpt durian. nak gak..tinggalkn skit tau

nur easy said...

wow..sbulan lebih tu..mmg kena bertabah tu..hehe.. abis pantang je terus bergegas ganti puasa..dah lega skrg ;)

cik nur said...

nur pun baru ganti 2 hari jer start next week nak start puasa dah balik hehehe ada 5 hari lagi mari la kta bersame-same yee hahaha

KatekateKite said...

hehe.. kite of cause lah tak sebanyak akak! hehehee.....

tinggal lagi 3 hari!!! hoyeahhh!! =D

Cik Puan Bunga said...

@Ibu Comel SeduniaMana tah abah dapat. dah takdelah. aku dah bedal! kahkah!

Cik Puan Bunga said...

@nur easyWah bestnya! padan muka i! mintak2 ah kurus pasnih! haha!

Cik Puan Bunga said...

@cik nurchayok chayok nur! :D

Cik Puan Bunga said...

@KatekateKitecis lagi 3 hari! best betul! adoi!