Monday, May 23, 2011

Dengan Harapan Si Bujang Akan Cintakan Tabiat Membaca

Aku suka kalau budak dari kecik - kecik dah diajar sifat suka membaca. Aku rasa macam comel jek kalau budak besar ibu jari dah pandai membaca. Tak payahlah membaca buku tebal macam Oxford punya kamus, cukuplah kalau dia baca buku bergambar ke apa kan, at least anak kecil ni tadi dah tertanam minat sukakan membaca.And aku memang salute habis kat parents yang berjaya didik anak - anak diorang sukakan membaca. Aku rasa cool giler kalau aku boleh didik Adam sukakan membaca dari dia kecik lagi.

So weekend lepas, masa dating first round suami ajak singgah ke kedai buku Popular untuk tengok - tengok kot - kotlah ada bahan bacaan untuk Adam. Cehceh poyo jek kan, Adam baru 10 bulan aku dah sibuk carikan dia buku.

Ye. Aku memang parent yang super poyo. Hahahahahaha (Gelak macam orang jahat dalam cerita P.Ramlee)

Seorang ibu yang excited melampau nak carikan buku untuk anak lelakinya. Menyampah tengok muka sendiri tak bermake - up. Dah macam nak mati je gayanya.

Buku ni comel. Ada serangga yang banyakkkkk sangat. Lepas tu serangga tu timbul - timbul. Comel lah!
Buku ni pun comel. Adam ketawa mengekek - ngekek bila aku selak sehelai demi sehelai buku ni, sebab dia ada pop-up kat each page yang comel. Tapi tak boleh beli, nanti jahanam Adam kunyah - kunyah.

Buku - buku ni untuk budak - budak yang dah pandai membaca. Adam baru nak start belajar baca. Ceh.
Sedap je dia recharge bateri. Habis je minum susu dia jerit - jerit macam kedai buku tu Papa dia yang punya.
Kacak.Eh!
Last - last kitorang pilih 2 buku untuk Adam. Yang satu tu buku bergambar kecik je pun, besar tapak tangan. Ada gambar biri - biri comel. Warna buku tu striking, Adam happy je belek - belek buku tu. And lagi satu belikan Adam flash card Playhouse Disney's. Comel. Aku pulak yang teruja nak main flashcard tu.Kehkeh.

Khusyuk Adam belek - belek buka dia masa lunch. Dapatlah kami lunch dengan aman damai. Haha.
Belajar pandai - pandai ye nak!
Buku - buku untuk Adam.
Flashcard
Storybook.
Bila aku buat research kat internet, it says that bukan senang nak ajar baby kita kenal huruf untuk pertama kali. Lagi - lagi kalau masuk stage reading. Mencabar minda jugak. Insyaallah, aku suami isteri akan berusaha yang terbaik untuk Adam. Susah macamanapun kenalah cuba dulu kan. Tak cuba mana nak tau. Chayok chayok!!Semoga Adam membesar menjadi budak kacak yang pintar dan soleh. Aminnnnnn!

p/s : Perasan tak watermark aku dah nampak matured sikit sekarang neh. Kehkeh.

Dah.Babai!

2 comments :

cik nur said...

insyallah adam akan jadi anak yang kacak pintar dan soleh aminnn :)

Cik Puan Bunga said...

@cik nurAminnnnnnn! Aminnnnnn! ;]