Monday, May 9, 2011

Dunia Yang Penuh Dengan Onak Ranjau Kadangkala Jumpa Juga Orang Baik Hati Macam Aku.

Aku rasa lebih seminggu jugak aku tunggu parcel dari Papa Aicha ni. Tak sabar rasanya nak tunggu bag laptop Hello Kitty aku sampai. Tengok kat gambar macam mables taktaulah kalau dah bertentang mata bersua muka apakah bentuk rupa parasnya kan?Ke just indah khabar dari rupa je. Pesan dekat suami tolong fetch kan barang kat Kangraoo Courier. Gigih suami aku berkejaran untuk ambil parcel, dahlah balik kerja lambat. Rindu aku jadinya. Kehkeh. Hari ni aku tak sekolah. Aku demam. Padan muka aku. Semalam mintak sangat demam, hari ni aku demam lengkap pakej. Demam + selesema + batuk + hidung sumbat. Aku rasa macam bernafas dalam air pulak. Sekejap - sekejap kesat hingus meleleh. Geli betul.

Sampai - sampai je suami bawak kotak besar, aku yang mula - mula demam terus jadi cergas sekejap. Denagn rakusnya buka kotak taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! Beg laptop dah sampai! Comel gila wehhhhh!

Comel aku cakap kau!
Toys bunny dengan Pyjama Banana tu aku bagi kat Adam. Suka betul dia dengan toy bunny tu. Lagi - lagi telinga dia boleh flip flap, gembira betul Adam. Tidur pun bawak! Toys tuh free gift, dengan satu figurine Ballack. Tu aku bagi kat suami. Tak sempat amik gambar dah lesap dah figurine tu. Terima kasih Papa Aicha, bahagia kami sekeluarga. Tiap orang dapat gift masing - masing. Hehehh. Suka betul aku beli barang dengan Papa Aicha. Servis and toys dia memang terbaikkkkkk!

Thanks Papa! Semoga bisnes papa berkembang maju! Aminnnnn!

Dah.Babai. Nak tidur peluk beg laptop baru. Kahkah!

8 comments :

KatekateKite said...

wah! multipurpose gitu!

leh pakai wat bantal pelok skali! =D

Cik Puan Bunga said...

@KatekateKitehahahaha orang kalau jakun memang cenggitu, bawak tidur! nasib baik tak bawak mandi! haha!

nur easy said...

benda comel sepanjang masa..;)

cik nur said...

alahai comel jaa beg laptop adam pun dapat jgak berbaloi tp mmg admire dekat beg laptop hello kitty tuh :)

Cik Puan Bunga said...

@nur easyKan kan? :D

Cik Puan Bunga said...

@cik nurcomel kan cik nur?? :D

Lyna Shaari said...

erm..kenapa biler kete nak mintak MC.orang igt kite ni mcm malas nk pergi kerja.dah namanya kurang upaya/sakit pergila jumpa doctor kan utk amk ubat dan jugak sijil cuti sakit...buat hape nk guna cuti rehat plak!skali pk kan betul mmg stuju dgn cik puan bunga.nk ke mana2 harusla ada time slipt sbg bukti kite bkn kuar merayau!!

Cik Puan Bunga said...

@Lyna ShaariStandardlah puan lyna, nanti kata kita sengaja nak curi tulang, sengaja nak ponteng kerja. bukan dia tau kita terbongkang sakit ke hape kan... kadang2 emosi jugak.huhu!