Friday, May 6, 2011

Gangguan Saka (Part 1)

Siapa yang suka kena kacau dengan saka kan?Ada ke yang suka? Kalau ada, memang gila.Sebenarnya terbuka hati nak share cerita ni dengan readers bukanlah bertujuan nak memburuk - burukkan sesiapa, tapi just nak kongsi pengalaman manalah tau kan kot - kot ada insan - insan diluar sana yang mengalami pengalaman / nasib yang serupa dengan aku. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Aku pun tak tau sejak bila bendasing ni mengganggu keluarga kami, yang aku pasti, ianya sudah berakar umbi sejak puluhan tahun yang lalu. Peh. Dahsyat tak intro aku?Lepas ni nak mintak kerja kat Astro, manalah tau boleh jadi pengacara Expose Mistik. Kahkah. Tak lawak.

Dalam family aku, aku rasa semua pun kena kacau. Tapi manusia kegemaran yang bendasing ni suka buat pasal adalah dengan aku. Aku pun tak tau kenapa. Mungkin aku duduk kat rumah emak paling lama berbanding dengan kakak - kakak aku yang lain, ataupun perangai aku yang sama spesis dengan 'dia' membuatkan bendasing ni merasakan chemistry yang cukup kuat diantara aku dan dia. Okeh nak kena sepak. Aku tak perasan pun diri sendiri menjadi gangguan makhluk laknat ini sampailah masa aku nikah and kemudian pregnant. Yang ni nanti aku cerita nanti, sebab korang tengoklah tajuk entri aku ni kan Gangguan Saka (Part 1) of course lah nanti - nanti ada Part 2, Part 3 and seterusnya. 

Aku nak cerita pasal emak aku yang hampir setahun menderita penyakit misteri yang aku pun tak tau nak namakan penyakit ni sebagai apa. Kaki dan badan emak macam diserang gatal - gatal. Puas dah kot berubat kat serata tempat, tapi bila gatal - gatal tu dah baik nanti dia akan jadi balik. Memang annoying sebab kita dah berhabis berpuluh ringgit malah beratus ringgit tapi hasilnya memang menganggu emosi. Berbekalkan perasaan yang bercampur baur emak pun mengambil keputusan menggunakan pendekatan perubatan alternatif. Kitorang bukan jumpa Tok Batin ke Tok Bomoh ke hape kan tapi menggunakan perawat yang menggunakan Al-Quran sebagai sumber pengubatan. Pernah jugak terfikir nak jumpa Ashraf Muslim ke kan untuk berubat, tapi sebab risaukan keselamatan Ashraf Muslim itu sendiri, emak bertukar fikiran. Damn!

Rupa - rupanya, penyakit emak ni bukanlah penyakit yang dapat dipulihkan dengan bantuan perubatan moden. Emak rupanya diserang saka sejak setahun yang lepas. Puncanya, masa aku pregnant dulu, saka tu kacau aku and baby, so emak yang beriya hantar aku pergi berubat, baca Yassin tiap - tiap malam, pasang pendinding rumah dan sebagainya and mahkluk haramjadah tu marah dekat emak, so dia pun mengalihkan serangannya ke atas emak. Emak je yang tak perasan. Menurut kata pengubat tu, kaki emak dijilat oleh makhluk laknat haramjadah tu. Air liur setan ni memang penuh dengan bisa, that's why kaki dan badan emak jadi macam tu dan tak boleh diubat secara ubat - ubatan moden. Annoying tak?

Aku kesian dengan emak. Emak aku tak pernah kacau orang. Walaupun orang selalu menjahati emak aku, tapi emak cool aje. Tapi kadang - kadang emak jadi tak cool lah jugak kan. Biasalah sabar manusia ada batasnya. Tapi tulah, emak yang kena tempiasnya. Emak yang kena padahnya. Dek kerana kejahilan manusia yang nak kejarkan nikmat dunia, sanggup pulak bersekongkol dengan makhluk jahanam ni. Sekarang ni emak tengah berubat gunakan perubatan alternatif ni. Aku harap sangat emak sembuh dan kami sekeluarga dapat melawan gangguan saka dalam keluarga kami ni. Insyaallah.

Benda ni banyak dah buat kacau dalam family. Start masa aku nikah, masa aku pregnant, sampailah masa aku lahirkan Adam, tak habis - habis dia kacau. Kadang - kadang hilang jugak pertimbangan manusia waras, mulalah fikir yang bukan - bukan dan salah - menyalahkan. Tapi in the end, kita kena redha dengan ujian yang Allah berikan. Mungkin dengan cara ini, kita dapat lagi rapatkan diri kita pada Allah.

Insyaallah, nanti cerita - cerita yang lain akan diupdate dari semasa ke semasa. Doakan emak aku sihat seperti biasa ye. Amin!

Dah. Babai!

4 comments :

nur easy said...

nauzubillah.. moga emak u cepat sembuh. mcm tu sekali rupanya perbuatan makhluk tu ya

Cik Puan Bunga said...

@nur easyAminnnnn! :)

n a d e a said...

Semoga mak u cepat sembuh .. Insya Allah... jangan berhenti berubat....

Dulu my mom pun sampai ke mekah makhluk tu ikut. last month mak & adik kena lagi waktu kat mekah. Susah betul nak betul2 pulih.. hanya mampu berdoa pd Allah shj.

Cik Puan Bunga said...

@n a d e aThanks nad! Orang yang pernah lalui je faham apa yang kita rasa kan? Thanks again nad!