Thursday, May 19, 2011

Hari 16 Mei Setiap Tahun Adalah Hari Aku.

Secara jujurnya, sambutan hari guru kat sekolah tahun ni bukanlah yang terbaik pernah KEBIRU anjurkan. Well, memang sakit nak diakui, tapi lebih baik berpijak dibumi yang nyata daripada syok sendiri berangan – angan kan? Sapa setuju dengan aku bolehlah angkat tangan macam Ucop Wilcha. Bwehehehe!~

Macam dapat petunjuk dari Illahi, dari start cari baju lagi banyak lah pulak kejadian palat yang berlaku. Dari situ aku dah dapat agak dah yang hari guru tahun ni mungkin akan menjadi sedikit pailang. Takpe, cuba bersabar sedaya upaya yang boleh walaupun malam sebelum sambutan, lebih kurang pukul 11.00 malam, bila aku nak fitting baju baru perasan yang kain aku memang tak sesuai langsung dengan baju yang emak jahit. Bukan warna dia, warna dah memang ngam lah kan warna kuning mustard, yang jadi masalah negaranya bila cutting kain aku memang lari tajuk ah dengan pattern baju kurung pahang yang emak aku jahit. Kalau aku pakai jugak, aku akan end up kelihatan sangat bangsat. So better, aku gunakan Plan B.

Plan B ni memang buat otak aku hampir mereng, warna tema adalah warna kuning tapi aku end up pakai kain warna hijau epal. Ah aku dah taknak ah komen apa – apa kat sini. Nanti aku emosi oh!And nak lagi best, kat muka aku ada satu jerawat besar yang aku rasa orang kat Bulan pun boleh nampak jerawat aku. Puas aku tenyeh dengan BB cream tapi tak berjaya jugak. Sudahnya, aku dah macam manusia yang baru balik dari angkasa lepas dengan jangkitan parasit kat muka. Serious ah kat sini aku memang dah rasa down giler – giler! Bersemarak sungguh hari guru aku tahun ni!

Gimik Hari Guru. Okay. Gimik. Aku rasa aku nak sertakan definisi gimik di sini.
Gimik : Sesuatu (tindakan, objek, alat) yang luar biasa yang tidak semestinya penting, yang digunakan untuk menarik perhatian umum (lazimnya dalam bidang ekonomi dan politik)

Okay, to be frank aku rasa tak tertarik langsung walaupun hati kecil aku gembira sekali melihat students aku buat benda - benda sweet macam ni!
Overall, aku rasa cacat sikit kot sambutan hari guru tahun ni. Sebab sukaneka takde! Well, ake memanglah bukan join sangat sukaneka ni, setakat nak bergelak ketawa and bergembira tu bolehleh. Tapi tahun ni takde okay sukaneka! Padahal sukaneka lah kot tempat kitorang bersuka – ria, bergelak ketawa mengeratkan hubungan sesama guru, pastu time sukaneka ajelah kan kau nak membahan cikgu – cikgu yang kau tak suka tanpa ada rasa emo didalam kalbu, contohnya kalau kau nak baling muka dia dengan tepung ke, baling buah semangka ke apa kan. Tapi tahun ni takde, sukaneka dibatalkan.

Then, acara turun temurun setiap tahun iaitu Anugerah Guru takde. Anugerah Guru ni ibarat macam ABPBH lah pada kami – kami ni. Time nilah kan nak bantai gelak siapa dapat anugerah Cikgu Paling Comel ke, Cikgu Paling Vouge ke, Cikgu Paling Garang ke. Last year aku dapat Anugerah Guru Mata Paling Cantik. Peh! Dengar pun dah rasa teruja, apatah lagi yang menang ni. Punah harapan aku kot – kotlah tahun ni menang lagi Guru Mata Paling Cantilk. Bwehehe!~Aku pun taktau apasal acara ni dibatalkan. Tapi dengar dari soksek soksek nya ada guru yang tak berkenan dengan anugerah – anugerah macam ni. (Ni kompom ah cikgu yang tak pernah dapat apa – apa ni. That’s why ah emo semacam!)

Then yang paling palat, time jamuan lah. Aku rasa kalau setakat hari guru nak jamu cikgu – cikgu makan menu macam tu, well tak payah tunggu hari guru, time Adam sunat nanti pun aku boleh belanja cikgu – cikgu makan menu tu. Aku taknak sebut ah menu apa, nanti jadi kontroversi. Tapi pada aku, dah namanya hari guru, apalah salahnya hidangkan cikgu – cikgu dengan menu makanan yang semenggah sikit. Haih!

Team tukar - tukar hadiah.
Sayang Tika!
Then, untuk acara tukar – tukar hadiah lagilah merepek. Dengan cikgu tak tagging kat hadiah masing - masing, berlaku sedikit kekeliruan disitu. Bengang tak? Ah taknak ah sebut! Aku nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kat Tika sebab bantu aku dari start tagging and collecting hadiah, sampailah ke acara draw lot sampailah ke habis acara. Kalau takde kau weh, mau kejung aku sorang – sorang! Thanks sayang! Muah muah!

Itu yang tak bestnya. Tapi yang bestnya alhamdulillah aku dapat banyak hadiah, and yang paling terharu bila bekas anak – anak murid aku sms and wish, nak – nak dari kelas – kelas nakal yang hujung – hujung. Ya Allah aku rasa terharu sangat – sangat. Mana yang ucap terima kasih sebab aku banyak rotan diorang dulu, tapi in the end diorang sedar yang aku buat macam tu bukan sebab aku benci diorang, tak! Tapi sebab aku sayang diorang. Aku sayang sangat kat diorang! Aku nak diorang berjaya, jadi manusia, aku tak harap banyak, aku just harap apa yang aku ajar dapat jadikan diorang manusia berguna. Itu aku rasa hadiah yang paling besar ertinya untuk aku.

Terima kasih, anak murid!
Saja je buat pameran sebelum aku siat - siat pembalut dia.
Kad comel.
(Senyum)
Hahahaha kad paling lawak.
Terima kasihlah pada students yang bagi aku hadiah ye. Tadi pun dapat lagi 8 buah hadiah dari students aku. Ada yang tak letak nama jadi aku taktau siapa yang bagi. Apapun thanks banyak - banyak. Teacher hargai semua tu. Walaupun takde yang bagi Blackberry macam yang aku hajatkan, tapi kira okaylah kan. Hehe. Ni tengah tunggu doodle jek ni. Haha.

Aku nak ucapkan Selamat Hari Guru untuk semua manusia yang bergelar guru. Tak semua guru tu baik. Tapi tak semua guru tu jahat. Kalau dah spesis macam aku ni, baik awal – awal aku mengaku aku bukan cikgu yang berdedikasi, yang patuh etika, yang mendambakan sepenuh jiwa aku untuk mengajar. Tidak. Aku bukan cikgu macam tu. Aku tak hebat macam tu. Aku ni cikgu biasa – biasa, yang kadang – kadang tak masuk relief, yang kadang – kadang masuk kelas lambat, yang kadang – kadang MC walaupun sakit tak teruk mana, yang ambik CRK untuk benda – benda remeh macam pergi betulkan kereta ke hape, yang kadang – kadang pakai flat sandal datang sekolah, yang selalu marah – marah budak Ye, aku cikgu yang macam tu.

Tapi sekurang – kurangnya aku ikhlas bila mengajar. Yang bila aku masuk kelas, aku takde nawaitu lain kecuali nak jadikan anak – anak murid aku pandai. Aku tak pernah cantas guru lain semata – mata nak bodek boss, yang mengadu – domba memburukkan cikgu – cikgu lain semata – mata nak perhatian dari boss, yang makan duit rakyat untuk kepentingan sendiri, yang buat macam – macam untuk students atas tiket kebajikan tapi sebenarnya nak kejar pangkat. Aku bukan cikgu macam tu.

Untuk semua guru di Malaysia aku ucapkan SELAMAT HARI GURU.

Kita ni bukan siapa – siapa. Tapi sehebat – hebat manusia, didalam sejarah hidupnya, pasti ada kita.

GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA!

Dah.Babai.

p/s : Gila lambat update cerita Hari Guru. Maklumlah Streamyx aku kena petir. Skang suami dah tukarkan kepada Wireless. Satu kampung ya'll boleh pakai wireless! Haha!