Saturday, May 14, 2011

Hari Ibu + Hari Jadi = Sambut Sekaligus. Jimat Belanja. Hehe.

Sambutan Hari Ibu untuk tahun ni simple giler kot kalau nak di bandingkan dengan tahun – tahun lepas. Last year aku bawak emak pergi makan – makan, tahun ni tak keluar pergi makan pun. Kedekut punya anak. Kitorang buat barbeque kat rumah je. Menu haiwan yang dipanggang pun simple aje. Panggang ayam je. Masing – masing tengah pantang tak boleh makan seafood jadinya takdelah udang ke, sotong ke kerang ke apa kan, cuma ada ayam yang ditaja oleh emak (Siot punya anak, hari ibu tapi emak yang sponsor ayam. Thanks emak!) dengan otak – otak daun yang ditaja oleh uncle aku. Kebetulan 7hb Mei hari tu birthday uncle aku, jadi sambut sekali harung. Barulah meriah sikit!Kali ni punya barbeque Maklong dengan Paklong tak dapat join sekali, Maklong ada kursus kat Melaka, Paklong pulak ada family day kat Desaru, family diorang diwakili oleh Chia dengan Tisyar.

Kelam – kabut sikitlah kot sebab sabtu tu aku ada sekolah ganti ehem bestnya! Suami pulak kerja petang jadinya memang marathon lah aku lepas balik dari sekolah tu pergi beli kek, cari hadiah and beli buah untuk makan – makan. Nasib baik aku wonder woman. Semua dapat disetelkan sebelum pukul 6 petang. Yeah. Aku hebat! Haha!

Malam after maghrib terus pakat – pakat kumpul kat chalet (Ceh chalet konon sebenarnya pondok murahan je depan rumah.Kehkeh) and sesi membakar haiwan pun dimulakan. Kali ni abah jadi chef baker - membakar. Selalunya kalau ada buat barbeque suamilah yang jadi chefnya, dari marinade haiwan yang nak dibakar sampailah ke sesi membakar, semuanya suami yang uruskan. Sedap!! Suami memang berbakat kalau hal masak – memasak ni. Kalah isteri suami aku. Haha. Tapi suami kerja, Paklong pulak takde, Paklong jadi su-chef suami biasanya, jadi bila dua – dua chef takde abah lah kena take over. Abah pun not bad apa, comel je rupa bentuk ayam baker malam tu. Semua sekata je hangusnya. Sedap!

Tetamu yang hadir awal. Askar - askar kecik tu pantang ada makan - makan, lajuuu jek lah!
Abah merangkap chef itu malam. Terima kasih, abah!
Budak ni posing asyik nak jadi otromen je. Tak paham aku!
Woottt wottt! Budak comel interframe!
Oh ini abang ipar aku number dua. Jarang interframe dalam .geek in the pink. Sebab dia pemalu. Kehkeh.Muntah!
Sepupu aku yang sentiasa ada dengan family kami!
Tapi birthday boy pulak lambat sampai, so acara memotong kek pending sampai pukul 9 lebih sebab birthday boy kena overtime. Gigih uncle aku membanting tulang mencari rezeki. Kitorang tunggu sampai dia datang, baru potong kek sama – sama dengan emak. Kek ada satu je, kongsi untuk 2 kejadian. Kira acilah kan. Tak baik membazir. Hehe. Tak dapat nak belikan hadiah mahal – mahal untuk uncle aku. Hopefully dia suka dengan hadiah yang kitorang bagi. Hadiah untuk emak pulak dia nak pilih sendiri. Hahaha dah dapat hint dah emak aku nak hadiah apa. Microwave. Nanti ye emak, nanti kita pergi beli. Maklumlah lately emak aku rajin bangat buat kek lah, buat rotilah, nak belajar buat cheesetart lah, takpe emak. Emak buat sedap - sedap nanti Lina makan eh! Kehkeh!

Kek hari ibu dengan kek birthday. Haha. Jimat!
Birthday boy. Sayang uncle aku neh!
Super poyo ah Embun!
Emak cantik dengan Embun poyo kuasa dua. Haha.
Overall, semua happy malam tu. Adam pun happy sama. Siap tidur lambat. Mengekek – ngekek ketawa sebab kawan nak diajak main ramai. Kenyang anak aku makan ayam bakar dengan kek blueberry. Hehe. Takpe, bukan selalu. Puas hati aku dapat buat orang lain happy. And as for me, takdelah kot sambutan extravaganza macam orang lain. Aku pun takdenya lah nak mintak suami belikan hadiah mahal – mahal, cukuplah dia wish aku and bantu aku selama ni dalam menguruskan hal rumah tangga. Hadiah hari ibu paling berharga tahun ni adalah Adam lah kan. Hehe. Dah ada dah depan mata, kalau last year still dalam perut lagi tahun ni dah boleh peluk cium cubit – cubit semua!

Oh gambar aku memang takde malam ni sebab aku sungguh tak sopan pakai baju. Lagipun aku photographer majlis. Belakang tabir je aku! Haha! Peluk cium untuk emak dengan uncle aku!

Untuk semua readers, bloggers, kawan – kawan, selamat hari ibu ya semua! Semoga kita jadi ibu yang baik untuk anak – anak kita and kita jadi anak yang soleh / solehah untuk ibu kita.

p/s : Teringin sangat nak ucap “Selamat Hari Ibu” dan cium emak mertua. Mungkin satu hari nanti. InsyaAllah.

*Touching ah pulak!*

p/s : Dah.Babai!

4 comments :

nur easy said...

en abahnya dah sihat ya..

alhamdulillah, dapat jg sama2 meraikan. bestkan bbq camni..;)

Cik Puan Bunga said...

@nur easyYe abah dah sihat! alhamdulillah! :D kitorang selalu jugak buat bakar2.. best! :)

fa-rho-ha-alif-nun said...

Kak,
Sedihh tengok ayat last tu..
*sobs*

Cik Puan Bunga said...

@fa-rho-ha-alif-nunJangan kata kau, akak pun sedih! uwaaaaa!