Tuesday, May 10, 2011

Ke Mana Tumpahnya Kuah.

Kadang - kadang aku geram jugak dengan perangai anak bujang aku yang sorang ni. Merajuk ikut suka - suka diaaaaaaa je kan. Kalau dah merajuk tu semua barang pun dia campak. Ada sekali tu dia campak handset murahan aku dari atas katil. Selamba je muka dia campak, lepas tu tepuk - tepuk tangan kesukaan bila handset aku jatuh macam barang takde nilai, bersepai atas lantai. Ikutkan hati, nakkkk je aku cubit - cubit, tapi bila kenangkan balik perangai aku sebijik macam dia, terus aku jadi insaf. Balasan Tuhan. 

Kalau ikutkan perangai dia, memang tak dapat nak dinafikan genetik aku macam lebih banyak dalam badan dia. Kadang - kadang nak gelak sendiri pun ada bila tengok dia buat benda - benda yang aku selalu buat. Adam susah betul nak duduk diam. Aku rasa Adam diam time dia tidur je. Waktu lain, memang dia macam ulat nangka. Tak reti nak duduk senyap. Ada je kerja nak dibuat. Selongkar bawah kitchen, kambur baju yang dah berlipat. Kalau aku geram sangat, aku cubit jugak dia sedas dua. Huhu!

Merajuk. Dia nak DSLR aku. Karang kalau dia campak macam dia campak handset aku, mau histeria aku jadinya!
Dia menggunakan teknik merajuk secara menonggeng. Ah aku takkan tertipu punya. Lama ni dia buat macam ni, adalah dalam 5 minit.
Bila pujuk - pujuk cakap dia handsome, baru pelan - pelan dia angkat muka. Ceh!
Next week pergi klinik untuk check up 10 months Adam. Tak sabar nak tau berapa berat terkini dia. Rasa macam dah susut sikit kot, lasak sangat dia main. Makan pulak taknak. Diet kot?Kehkeh.

9 months :
  • Kadang - kadang sebut "Maakkkkk" "Mammaaa.. ke Mammmammmm" Sebut "Papa" dia belum pandai lagi. Keh keh!
  • Dah pandai berdiri lepas tangan, merambat dinding, jalan jatuh belum lagi. Tapi gigi belum tumbuh. Musykil aku!
  • Kalau kita kata "Adam, come!" Nanti dia merangkak laju - laju datang kat kita. Comel! Dahlah style merangkak dia pelik. Macam anak ketam.
  • Suka joget. Pantan dengar lagu, nanti dia goyang - goyangkan perut dia.
  • Suka buat kelakar. Yang ni aku taktau nak describe macam mana. Tapi Adam is a funny man. Haha!
  • Suka betul puji - pujian. Haih!
  • Dah faham apa kita cakap. Arahan - arahan mudah macam "Give to mama" ke atau "Give to papa" ke nanti dia bagi barang yang dia pegang kat kita. Tapi kalau kita tak cakap "Thank you" nanti dia rampas balik barang tu.
  • Tapi Adam senang sangat batuk + selesema.
Mama doakan Adam akan membesar dengan sihat and cerdik. Walaupun Adam tak fully breasfeed macam anak - anak orang lain, aku harap Adam sama - sama membesar dengan sahsiah yang cemerlang macam anak - anak orang lain. Aku dulu pun emak kata breasfeed sampai umur aku 2 bulan je. Alhamdulillah, aku jadi orang and hubungan aku dengan emak pun akrab, tak macam orang kata kalau tak breastfeed nanti baby jadi tak pandai and tak akrab dengan emak dia.Aku tak dapat nak breastfeed Adam exclusively. Campur jugak dengan formula milk, sejak dari dia baby lagi. Aku yakinkan dalam hati yang faktor nurture versus nature tu penting dalam membesarkan anak - anak. Faktor didikan dan persekitaran membantu membina sahsiah dan jatidiri anak - anak. Aku tak begitu bernasib baik macam emak - emak yang lain, yang dapat fully breastfeed kan anak - anak dia. Ah emosi ah aku cerita pasal breastfeed ni.

Apapun aku sentiasa doakan Adam yang terbaik dalam hidup dia. Kadang - kadang, bila dia tidur, aku peluk cium dia sampai dia mamai - mamai terjaga, sebab aku rasa sangat bersyukur dengan kurniaan Allah. Baby yang aku bawak selama 10 bulan dalam perut, sekarang dah besar dah. Sihat, kacak dan pintar. Macamana aku nak cakap?Takde perkataan yang sesuai menggambarkan apa yang aku rasa setiap kali aku tatap mata Adam. Adam buah hati aku dan suami. Dalam diri Adam, mengalir darah lelaki yang paling aku sayang, yang paling aku cinta. Yang mana aku sanggup mati untuk melahirkan bayi ini untuk dia. Adam legasi cinta kami.

Kadang - kadang aku tertanya sendiri, kalau aku mati, ada tak perempuan lain yang akan cintakan Adam + suami, sebagaimana cintanya aku pada meraka berdua?



Chesttttt! Dah jadi entry emosi!

Babai dulu ah!

10 comments :

。+゚o。. Puan Dot . 。o+゚。 said...

coeml nye adam.. hishhh...
nak gigit2 jerk

Cik Puan Bunga said...

@。 ゚o。. Puan Dot . 。o ゚。Takpe! nanti baby u pun comelllllllll sedunia! :D

nur easy said...

tu la.. cam sedih jg bila org2 lain citer kebaikan bf.. rs cam bsalah lak kdg2.. tp apakan daya

Miza Yusof said...

comelnya ank akak :)
alolo, dik jangan merajuk.
besar nanti baru leh guna SLR.

Cik Puan Bunga said...

@nur easyTakpe eize, Allah maha mengetahui! :)

Cik Puan Bunga said...

@Miza YusofThanks Miza! Haha dia memang gitu, majuk sokmo! :D

cik aletheea : said...

adam comel banget...
adeh.. tp kuat ngajuk pulak...
ape kae cik puan bunge gie tanye ur mum,
ape die buat maser cik puan bunga buat perangai serupa adam masa kecik?
hahahahah
bleh praktik kat adam nanti..
(jgn kate ur mum sangkut u kat ampaian baju sbb kuat mengajuk sudah ;p)

Cik Puan Bunga said...

@cik aletheea :Dulu kalau i buat perangai memang hukum bantai jek dengan abah! huahuahuahuahua!

Ezma FaSham said...

Entry yang rase macam... comel giler kurniaan Allah yang ni.. ",)

Anak ini --> penyejuk hati ibu dikala luka dan lara. tahniah!

Aaaa.. tetibe mase terase panas... ",)

Cik Puan Bunga said...

@Ezma FaShamTerima kasih ezma! :D