Wednesday, May 4, 2011

Kenapa Kadang - Kadang Aku Boring Jadi Cikgu.

Ye. Sebab kerja jadi cikgu ni bukan menyeronokkan sepanjang masa. Tipulah kalau kau tak pernah rasa nak down sepanjang kau jadi cikgu. Kadang - kadang bila something happen dan kau rasa macam nak terajang pintu sesuka hati, atau kau rasa nak jerit kuat - kuat sambil kata "Baybieeeee Baybieeeee!" Tapi kau tak boleh, you know?? Kau tak boleh, sebab mindset orang kita JADI CIKGU MESTI KENA PERFECT - ADAB SOPAN DAN SAHSIAH MESTI KENA TIPTOP. Kadang - kadang aku nak termuntah lumut sebab sepanjang aku jadi cikgu, aku dah jumpa macam - macam jenis cikgu yang sumpah akan buat kau rasa nak baring atas lantai dan berpura - pura jadi biawak pasir.

Kadang - kadang aku boring jadi cikgu bila :

1. Kerja pengkeranian lebih banyak dari kerja hakiki kau iaitu mengajar. Kejap kejap buat paperwork, kejap kejap buat laporan itu laporan ini. Kau busy buat itu ini tapi kelas terbengkalai, anak - anak murid terabai, last - last kau kena tukar dari sesi pagi ke sesi petang sebab anak murid kau kata mereka bodoh sebab kau selalu tak ajar mereka. *Rasa nak tendang orang*

2. Dapat anak murid yang jahat macam jin afrit nauzubillah tapi bila kau denda mereka, nanti mak bapak dia datang serang kau bawak polis semua buat drama Tamil lah hapa sambil jerit - jerit kata nak saman kau. Padahal anak diorang perangai macam setan kat sekolah tidak pula diambil kira. Dimanakah keadilannnnnn!

3. Kau buat kerja untuk orang lain, and orang lain yang dapat nama. Ah senario ni tak hanya berlaku dikalangan cikgu - cikgu kot kan?Kat mana - mana pun ada. Siot.

4.Kau buat kerja sehabis baik tapi orang lain yang haram langsung tak pernah perform dapat habuan macam - macam hanya kerana orang tu pandai kipas lipas pentadbir. Kau rasa macam nak menggelupur kebencian kan kan.

5. Kau terpaksa habiskan masa kat sekolah mengadap manusia yang menjengkelkan dan brag segala harta benda dia dan segala kelebihan yang dia ada sampaikan buat kau rasa rimas gila. Beli beskal BMX baru pun nak berlagak dengan kau. Ah Senahhhh Senahhhhh!

6. Kau taktau nak percaya sapa pun dikalangan rakan sekerja kau sebab semua depan kau baik nak mam pijak semut pun tak mati tapi belakang kau mulut macam puaka, dialah orang pertama yang akan menjatuhkan kau walhal depan mata kau dialah orang pertama yang konon - konon bagi puji - pujian dan kata semangat. Tahi ayam ah!

7. Kau terpaksa sehabis daya separate kan hal peribadi dan kerja kau walaupun kat sekolah kau, kau terpaksa berhadapan dengan manusia yang setiap masa dan ketika akan tanya kau "Dah balik rumah mertua ke belum?"Sambil senyum - senyum mintak penampar. Nak kena lempang ke apa kau ni Temah?

Dan banyak lagi. Malas aku nak cerita satu - satu. Aku listkan mana yang aku rasa core ajelah kan. Aku kalau setakat students buat pailang dengan aku insyaAllah takkan memberikan masalah pada aku. Aku kan cikgu gemilang dan terbilang. Tapi kalau yang buat puaka adalah dikalangan cikgu - cikgu sendiri serious aku rasa macam nak tukar kerjaya. Jual burger pun aku rasa kurang stress dari jadi cikgu ni. Tu belum masuk bab hati busuk mulut busuk kerja nak menganjingkan kau aje. Belum lagi masuk bab kaki kipas boss 24-7 sepanjang masa nak duduk kat office supaya senang nak mengadu - domba. Macam - macam ah perangai yang akan buat kau rasa sangat sangat sangat hopeless nak mencari sinar kejujuran dikalangan kami - kami ni.

Dulu, kalau aku tau kerja cikgu ni macam ni, aku belajar rajin - rajin, takpayah jadi cikgu. Apa korang ingat kerja cikgu senang ke. Korang mesti kata cuti banyak la hapelah kan. Banyak kepala lutut jiran kau. Katalah cuti sekolah 2 minggu, seminggu yang pertama tu kompem ah habiskan untuk kelas tambahan la, kelas pengukuhan la, kelas hitu kelas hini, baki lagi seminggu tu belum masuk kau nak menanda buku lah buat kertas kerjalah siapkan rekod students ah. last - last baki cuti cuma 2 hari. Peh. Berasap tahu?

Kesimpulannya.......

Kadang - kadang aku give - up.

Aku manusia biasa.

Cehwahhhhh! Geli betul!

Dah.Babai!

10 comments :

Lovely Ayun said...

tq akak for da article.. skurang2 org tau sesusahkan seorang guru yg biasa org pndang kerjaya seorang guru ni mudah, rilex n byk cuti..

Mmg prnah dgr citer yg guru jarang ada masalah dgn murid2 sebaliknya diantra cikgu-cikgu yg ada EHEM EHEM ckit..

Ayun hope akak trus sabar n tabah n plg pntig truskan mendidik anak2 bgsa kita.. ^___^.. * sori terlebih sudah plak komen..huhu

fiza_noor said...

setuju sesangat!!!!
menci ah. btol boring ulang2 wat benda yg sama jer.

nur easy said...

erm nak jadi cikgu pun kena belajar rajin2 kan? sbb cikgu lah y buat orang jd pandai dan rajin. selebihnya itu adalah urusan sendiri..

bertabahlah cikgu2

happy teacher's day in advance. eh ehehe awal sangat ke?

Cik Puan Bunga said...

@Lovely AyunThanks Ayun! Yeah semoga akak terus tabah! chayokkk chayokkkk! :)

Cik Puan Bunga said...

@fiza_noorKan kan?Gimme five!

Cik Puan Bunga said...

@nur easyTerima kasih! :D

-[DeeYA]- said...

i luvvvvv dis entry!!!

Cik Puan Bunga said...

@-[DeeYA]-Thanks tika! :D

Anonymous said...

suka entry ni...sume ada yg kat atas memang berlaku kat sy...boring tahap gaben asyik kena wat keje orang! like ur entry very much!! terbaek...

Cik Puan Bunga said...

@AnonymousThank you! ^^,