Saturday, May 14, 2011

Kisah Suami Isteri Dan Aku Yang Sungguh The Kampungan

Aku ni kolot. Aku memang super kolot. Namanya jek amik TESL masa study dulu, baca novel - novel omputeh, mana aku layan novel melayu. Baru baca 2 - 3 muka surat aku dah pening nak muntah. Aku tak faham. Jangan suruh aku buat karangan bahasa Melayu, nanti rosak bahasa aku kerjakan. Maklumlah, belajar kat KL (Serdang tu kira dekatlah kan dengan KL.Kehkeh) Tapi sebenarnya dalam hati aku ni kampungan sangat. Ye. Aku memang so kampung.com. Aku tak biasa weh benda - benda yang sungguh sekular ni. Dulu yelah aku pernah terjebak. Ye ye dulu aku jahil (Eh bukan jahil sebenarnya, cukup lengkap semua didikan agama, tapi macam aku cakap tadi, aku terjebak. Cewah!)

Aku taknak sentuh yang single mingle, aku nak buat luahan hati pasal yang dah kawen nih. Yang dah ada suami, yang dah ada isteri, yang dah jadi suami,yang dah jadi isteri. Aku tau, aku tulis ni karang ramai yang makan hati, mungkin ada yang nak baling aku dengan kasut. Takpelah. Aku redha. Atau mungkin ada yang keji aku ke hape. Silakan. Aku just nak share benda ni dengan korang semua.

Tadi aku browsed kawan - kawan aku kat FB. Aku came across FB kawan aku masa zaman sekolah dulu. Dulu aku agak kamceng dengan mamat ni, masa zaman kat kampus dulu pernah lah jugak sekali dua balik KL sama - sama since dulu dia pun kat KL. Dia ni baik budaknya, kacak ehem and memang baguslah kalau di buat menantu. Jodoh dia sampai so dia kahwin. Isteri dia free-hair. Okeh itu macam common lah kan. Aku taknak ah cakap pasal tu. Tapi yang buat aku sentap ni, baru - baru ni, aku rasa dalam last monthlah kot, dia pergi dinner dengan wife dia, and wife dia pakai satu dress yang pada aku budak kampungan ni rasa super seksi lah kot and macam tak properlah pada pandangan mata kampungan aku ni. Itu satu hal, yang buat aku double sentap, bila lelaki lain puji ah wife dia ni cakap hotlah, lawalah hapelah kan (Ehm lawalah jugak wife dia ni.Tahniah.) and kawan aku bangga nak mati bila lelaki lain membincangkan secara depan - depan topik body wife dia tadi ni. Eh kau tak rasa apa - apa ke?Aku pulak yang hairan bagi pihak dia. Serious aku rasa benda tu sangat offended gilalah kot kalau body aku yang dibincangkan dikalangan kawan - kawan suami aku.

Nak lagi best, kawan aku ni boleh pulak lagi bangga hati bila orang lain cakap pasal keseksian wife dia berbaju seksi begitu. Siap komen - komen dia high-taste la, taste terbaiklah pilih wife macam tu, arghhhh aku rasa macam aku bodoh sorang - sorang. Aku sedar aku tak perfect, kadang - kadang hal aurat ni aku pun terbabas ke laut, tapi aku rasa suami aku tak se__________ tu kot nak izinkan aku pakai baju macam tu keluar secara membabi - buta. Serious, aku rasa bodoh sorang - sorang. Kenapa kawan aku tak tegah wife dia eh?Kalau nak pergi dinner kena seksi - seksi ke eh?Kalau pakai baju kurung ke baju sopan sikit ke tanggal ke hidung dia nanti?Kat mana dia letakkan tanggungjawab dia sebagai suami untuk memastikan wife dia tak membuat dosa eh?Ke aku yang kampungan sorang - sorang plus paranoid melampau eh?Tapi ingin sekali saya menegaskan disini, saya memang kampung.com.

Aku akui wife dia memang lawa. Tapi masa dia nikah, pakai tudung pakai baju kurung sopan laaaaaaaagi lawa. Tapi nak buat cemana kan mata aku tak sama dengan mata kawan aku. Tapi memang betullah kot, kita ni perempuan kalau free-hair, pakai baju seksi, tunjuk daging sana sini sikit, kita memang lawa. Aku pun lawa weh kalau buat macam tu. Rasa muda 5-6 tahun. Tapi nak buat cemana, suami aku tak kasi aku lawa macam tu. Tu yang style makcik - makcik jek baju aku pakai sekarang - sekarang ni. Kadang - kadang aku bersyukur jadi gemuk, at least aku tak pakai baju seksi - seksi. Nak cari baju besar - besar je. Eh apasal lari tajuk neh???

Korang isteri - isteri sekalian, jomlah sama - sama kita mudahkan tugas suami kita. Kita janganlah tolong dia tambahkan dosa dia yang sedia ada pulak eh?Mungkin suami kita terlupa nak tegur kita ke hape kan, kita ni pun jomlah saling ingat - mengingati. Aku bukan apa, aku rasa tak properlah kot dah kawen tapi buat perangai macam tu. Artis nak buat lantak dioranglah kan, kita bukan artis pun. Sama - samalah kita jadi bagus sama - sama.

Eh ke aku yang kampungan sorang - sorang ni?

Dah.Babai!

8 comments :

nur easy said...

bukan org kampung saja y perlu menjaga batas kn? hehe mudah2n kita sama2 bantu suami

Rahmah Ram Ram said...

Salam,

Tumpang jenguk ke blog dan follow blog ini ye..dan kalau sudi singgahlah ke blog saya pula dan follow sebab saya follow awak juga..

Of course awak comel dan kita semua ibu-ibu yang comel juga..hehhehe

salam perkenalan

Arn sweetrider said...

‎~ Selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke neraka. Selangkah seorang isteri keluar rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga suaminya itu hampir ke neraka..~

Chooyaya! said...

**tikam pisau dekat dada sekarang jugak..

Cik Puan Bunga said...

@Arn sweetriderphewww! sama - sama renungkan dan selamat beramalllll! :)

Cik Puan Bunga said...

@nur easyAmin! :)

Cik Puan Bunga said...

@Suraya SulatinChill kak sueeeeee! :]

Cik Puan Bunga said...

@Rahmah Ram RamTerima kasih! :)