Sunday, May 15, 2011

Marshmallow Cokelat Cap Katak

Hari tu aku bosan dengan adik aku. Lepas solat maghrib, dua - dua dilanda kebosanan tahap cipan. Emak pun malas nak layan kitorang asyik merengek laparrr laparrrr, so teringat ada beli Marshmallow ceduk masa pergi Carrefour hari tu. Tengok dalam peti sejuk banyak pulak stok cokelat melambak - lambak, students bagi, then ada blogger bagi yang tak habis makan lagi. So datanglah idea merepek nak buat marshmallow cokelat. Kesian aku dengan Embun dah macam ola oli cerita ALONG dulu. Ala budak kecik 2 orang yang suka buat resepi merepek - repek tuuuuuu!

Bahan - bahan :

Marshmallow ceduk secukup rasa
Cokelat Cadburry dairy milk (dicairkan)

Comel - comel nya marshmallow ceduk! Murah pulak tu. Belasah ajelah daripada takde.
Agak tertekan sikit sebab cokelat tak mau cair. Likat je manjang macam gam tikus. Mana nak cair, dah cokelat tu bukan cokelat masakan! Bila tuang atas marshmallow dah rupa macam sesuatu benda yang menjijikkan pulak. Haha!
Takleh nak balut dia, so humbankan cokelat je atas dia.Kehkeh.
Rupa dia memang musibat habis. Tapi rasa dia! Peh!
Kitorang buat banyak sampai muak - muak makan. Bagi suami makan pun dengan dia dia sekali muak sama, so ada banyak lebih hantar rumah cousin sikit. Cousin aku makan bersih sapu licin, nampak sangat sedap bebenau marshmallow cokelat ni. Haha! 

Lepas ni nak balut semua benda ah dengan cokelat. Cokelat aku banyak lagi weh!

Dah.Babai!

6 comments :

nur easy said...

letak butter sket, licin la nti cekelat nya..eh ya ke?hahaha

Cik Puan Bunga said...

@nur easyKesian nya saya taktau nak buat dia jadi licin! kehkeh!

KatekateKite said...

kak, kalau dah banyak sgt cekelat tu, pekate akak campak je kat umah kite ni hah! =D luak sikit cekelat tu n tak memenuhkan ruang petiais tu! =D

Cik Puan Bunga said...

@KatekateKiteumah mana?meh alamat meh! hihi!

cik nur said...

coklat tuh mmg nampak mcm musibat ckit hahaha
pale otak punya pasal dah bayangkan bnda2 keji plak hahaha

Cik Puan Bunga said...

@cik nurkehkehkeh mesej difahami! hahahaha!