Monday, May 2, 2011

Mintak Selisisih. Semoga Kita Dilindungi Allah SWT.Amin!

Sekarang kat kawasan kejiranan aku heboh dah pasal perompak yang merompak menggunakan ilmu pukau. Aku rasa dalam minggu lepas adalah dalam 2,3 buah rumah yang dia pecah masuk. Salah satunya adalah rumah kawan aku masa sekolah dulu. Kesian emak ayah kawan aku ni kena ketuk sampai pengsan. Aku tak tau details cerita dia macamana and sejauh mana sahihnya cerita - cerita yang orang kampung sampaikan dari mulut ke mulut tapi katanya seorang dah ditembak mati kat tempat kejadian, seorang dah ditembak mati kat tempat lain and lagi 2 orang lagi lepas.

Menurut cerita yang aku dengar jugak (Tak confirm jugak lagi betul ke tidak) perompak ni amalkan ilmu pukau, yang diorang kena makan dulu kat tempat yang diorang rompak and kena buang air besar dulu sebelum keluar dari rumah tu. Kalau tak makan / buang air besar nanti diorang tak boleh keluar dengan selamatnya / badan diorang takkan jadi lut. Yang aku dengar - dengar jugak, sorang perompak ni bila kena tembak dengan polis, badan dia langsung tak lut and pistol polis tu jadi jammed secara tiba - tiba. Sejauh mana kebenarannya, aku tak dapat nak pastikan. Sebab aku seram benda - benda macam ni. Serious ah kot aku memang takut benda - benda macam ni jadi kat aku. Mintak ah dijauhkan! Aku tak kisah sangat kot kalau hantu - hantu iblis setan yang kacau aku tapi kalau manusia jahat yang membuat onar macam ni memang aku tak tidur malam.

Aku sendiri personally amalkan membaca Ayat Qursi sebelum tidur and selepas tiap - tiap kali solat. Aku ni bukanlah orang - orang alim - alim yang rajin beribadat, baca Al-Quran tengah - tengah malam (Insyaallah) tapi mana yang aku dapat buat tu, aku buat secara istiqamah. Bukan nak menunjuk - nunjuk ke apa, tapi aku nak share dengan korang semua, kot - kot ada diantara korang yang tercari - cari jugak doa - doa untuk menghalang rumah kita dari dimasuki pencuri/perompak./perogol dan sekaligus membenteng diri dari dijahati oleh syaitan yang dilaknat. Korang boleh google sendiri hikmah - hikmah membaca Ayat Qursi, tapi yang paling aku ingat, kalau kita baca Ayat Qursi sebelum tidur, satu rumah akan dilindungi Allah dari segala apa yang berniat jahat sampailah ke pagi. Insyaallah.Nanti di lain entry aku cerita saat - saat mencemaskan masa rumah sewa aku dimasuki manusia jahat masa aku praktikal kat Melaka dulu.Mendebarkan!

Aku nak share sikit dengan korang, satu cara memagar rumah yang aku rasa dah lama diamalkan dikalangan masyarakat kita Just kita tau atau tak tau je dengan petua ni. Insyaallah, kalau niat kita baik maka baiklah jadinya kan. Petua ni kita boleh buat sendiri atau suruh suami kita atau abah kita atau abang / adik kita untuk buat.

Kaedah berikut dilakukan untuk mendinding rumah dan kawasannya juga tempat-tempat lain.

Untuk memagar rumah, mulakan dari bahagian kanan rumah. Mula-mula pacakkan teras kayu asam jawa disatu penjuru rumah (Sebelah kanan) dan ketuk dengan pemukul besi hingga tenggelam paras bumi. Pijak tunggul tadi sambil mengadap ke penjuru lain yang di tuju dan baca:

* Ini tembok Nabi Sulaiman
* Dalamnya laut luarnya kota
* Kalau kamu pecah kota ini
* Kamu akan berenang dalam laut.

Tiup menghala penjuru yang hendak dituju. Baca bimillah, al-Fathihah dan surah Yasin dari awal hingga ayat ke 9.



Kemudian berjalan menuju ke arah penjuru lagi satu dengan membaca ayat ini berulang-ulang. Sambil membaca, Air Yasin di renjiskan disepanjang jalan ke penjuru yang dituju. Apabila tiba dipenjuru yang dituju, paku satu lagi teras kayu asam jawa seperti yang dilakukan sebelum ini. Kemudian berdiri diatasnya sambil memandang penjuru yang berikutnya. Buat seperti tadi ke penjuru ketiga, kemudian seterusnya kembali ke penjuru yang mula-mula tadi.

Setelah menanam kesemua empat teras batang kayu asam jawa yang disediakan, pijaklah teras kayu asam jawa yang pertama tadi kemudian buat lingkungan di bahagian atas seluruh kawasan yang dipagar tadi, dengan isyarat tangan. Untuk tujuan ini, Air Yasin atau garam boleh digunakan untuk melinkungi bahagian atas rumah tadi.

Sekiranya terdapat penceroboh yang berniat buruk memasuki kawasan yang telah dipagar ini, nescaya dia akan rasakan bagai berada di tengah-tengah lautan yang luas, terkapai-kapai berenang untuk menyelamatkan dari lemas.

Begitu lah kebesaran Allah. ALLAHUAKHBAR.

[Artikel asal di SINI

Yang penting kita kena yakin dengan kekuasaan Allah. Takkan ada satu kuasa pun yang mampu menandingi kekuasaanNYA. Kita doa dan mintak sungguh - sungguh semoga kita dan keluarga dijauhkan dari kejadian - kejadian yang tidak diingini. Amin!

Kalau korang ada doa / petua untuk melindungi diri dari gangguan manusia jahat share ye.

Dah.Babai!