Monday, May 23, 2011

Misi Membahagiakan Suami . Virgin Coconut Oil Betulkah Berkesan Atau Hanya Indah Khabar Dari Rupa?

Weekend semalam kitorang (suami + aku) buat outing sebanyak 2 bahagian. Bahagian pertama adalah outing dengan Adam hemshem and outing kedua pulak, tanpa Adam. Haha.Dah janji dengan Adam nak bawa dia jalan - jalan weekend ni. Dah lama tak bawa Adam keluar, karang kalau aku tak rajin bawa Adam keluar karang dia jadi jakun ke hapa kan. Tak pernah di expose kan dengan dunia luar. Ewahh pandai je aku cakap.(Sebenarnya aku yang dah gatal bontot nak keluar.Kehkeh) Merangkap misi nak belikan Embun yang ngada - ngada tu laptop. Menyampah aku satu family nak layan mogok lapar dia nakkan laptop, karang kalau dia terjun jambatan ke hapa kan kurang pulak ahli keluarga aku. So lepas sesi bermusyawarrah dengan emak and kakak - kakak yang lain, semua telah sepakat membawa berkat sedekah berapa yang ada setiap sorang untuk belikan dia laptop. Tengok, betapa sayangnya kitorang pada adik kitorang yang sewel ni.Ni kalau tak dengar kata ni memang sajalah cari nahas ni.

Jalan - jalan kat Summit jumpa kedai jual laptop yang best gila. Beli laptop dapat barang free sampai 40 ketul. Pebenda kejadah free kalau macam tu. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan di cari. Ewah. Walaupun harga laptop sedikit melebihi budget yang diluluskan, tapi takpelah, untuk adik yang tercinta, pasrah ajelah. Tengok jam dah pukul 2.00 petang, so kitorang lunch dulu sebelum memulakan misi outing yang kedua. Second outing ni kena hantar hero hemshem balik rumah dulu, sebab suami beriya ajak temankan dia tengok Fast and Furious 5. Kalau bawa Adam memang payahlah kan. Terpaksa (Chewahh terpaksa konon) hantar Adam balik rumah bagi nenek jaga. Kena rasuah nenek lauk untuk dinner sebab nenek kata dia malas masak. Takpe. Layankan je.Aku sebenarnya memang tak minat cerita - cerita drive kereta lajulah, tembak - tembak ah memang bukan jiwa aku, tapi sebab kesian nya tengok suami buat muka comel penuh pengharapan nak tengok movie ni maka selaku isteri comel yang taat aku pun temankan ajelah. Nak tunjukkan betapa dia menghargai aku sanggup temankan dia, sepanjang movie tu dia pegang tangan aku tak lepas, siap belikan aku cokelat untuk di ngap sepanjang movie tu. Kehkeh. Terima kasih, abang.

Tempat duduk yang strategik. Bestlah kalau nak buat dating - dating. Haha. Ehem, dah halal takpe heh.
Balik dari tengok movie kitorang singgah Carrefour kejap belikan Adam susu dengan teats untuk feeding. Sambil jalan - jalan tersinggah booth Catalyst.Tengok - tengok produk yang dia jual. Dulu masa aku awal pregnant and takda selera makan, suami aku paksa aku makan pure virgin coconut oil tau tak. Nak terbelahak aku makan. Rasa dia memang yucky la, tapi khasiat dia banyak sangat. Antara lain kulit Adam jadi mulus and gebu. Alhamdulillah tak dijangkiti rashes, kalau ada pun nappy rashes aje.  VCO ni scientifically proven sebagai penuh berkhasiat dan tidak akan memberi kesan sampingan. Sambil tengok - tengok, akak yang jaga booth Catalyst ni bercerita tentang kebaikan VCO soft gel untuk menghilangkan parut jerawat dan mencantikkan kulit. Ceh macam perli aku jek. Mentang - mentang kulit aku banyak jerawat. Suami pulak tanpa banyak soal terus belikan aku satu botol untuk cuba selama sebulan. Kata akak tu insyaallah kalau aku makan secara konsisten, hasilnya takkan mengecewakan.

Botol macam ni untuk sebulan. Aku beli dapat harga RM37. Taktaulah kalau kat tempat lain lagi murah atau lagi mahal.
Banyak jugak testimonial membina untuk mereka yang dah cuba produk ni. Aku pun gatal jugak nak try, manalah tau serasi dengan aku. Yang penting VCO ni takde side effects. Nanti dah cukup sebulan aku pakai, aku buat review eh.Insyaallah. On the way nak balik, singgah booth yang jual jamu - jamu tu, suami belikan aku VCO jenama lain pulak. Sebab VCO soft gel ni kita boleh sapu kat muka. Nak guna yang Catalyst punya sayang, so beli jenama lain yang murah sikit. Nanti boleh sapu kat jerawat. Ia dipercayai boleh menyembuhkan jerawat dan parut jerawat. Fuiyoh! Teruja!

Okay yang ni murah sikit. RM28.
Sampai rumah dah pukul 9malam, emak dah lapar dah, nasib baik teringat nak belikan emak lauk. Belikan emak ayam masak merah + telur bungkus + tomyam campur. Sedap emak kata. Beli kat Ceria Maju Restaurant. Sedap jugak. Kalau ikutkan memang dah flat habis, tapi sempat jugak tengok movie kat Channel HBO dengan suami. Adam tidur cepat jadi bolehlah aku manja - manja dengan suami sambil makan tembikai. Haha. Romantik tak. Yang si Embun gembira sangat dapat main internet tanpa gangguan. Dah ada laptop sendiri, nak nak lagi rumah aku dah pasang wireless. Ceh.
Dah.Babai!

4 comments :

Naddy said...

huh murah2 rm37 tu..aku bli 39.90..durghhh booth mana?kt ngn entrance tu ke????

Cik Puan Bunga said...

@NaddyHa'ah, booth yang dekat dengan kedai cermin mata tu... ok tak?Dah lama pakai?

KatekateKite said...

wahh!!! best nyer suami belanje! nak jugak! hehehe.....(padahal, Primrose oil pon tak habis2 makan lagik =.=')

kak, kite baru je baca pasal VCO nih semalam kot, banyak khasiat die and bagus untuk kulit!

wahh... pasni licin lah kulit muke akak! =D

Cik Puan Bunga said...

@KatekateKiteAkak makan EPO jugak, tapi yang dosage rendah. Macam takde pape perubahan pulak, tu yang beli VCO. Saja nak cuba, kalau okay alhamdulillah, kalau tak cuba cara lain. Haha muka akak sangat teruk. uwaaaaaaaa!