Saturday, May 14, 2011

Otak Aku Sekarang Hanya Fikir Kuning Saja!

Aku mungkin terlalu exaggerate disini, tapi wajib untuk aku tegaskan bahawa, aku stress nak cari baju untuk sambutan Hari Guru kat sekolah aku minggu depan. Stress berganda sebab first, warna tema memang sangat tidak memikat. Warna kuning. Come on lah. Aku boleh tolerate and consider dengan warna hijau ke, hitam ke, even merah menyala Mak Ngah pun aku boleh nak consider lagi kot, tapi kuning? Maaflah, tapi no offense ye rakan – rakan, aku sangat tidak bermaya bila diberitakan yang warna tema untuk Hari Guru tahun ini adalah kuning! Itu adalah stress yang pertama, stress yang kedua sebab semua cikgu – cikgu pakat nak pakai baju yang glamer gila – gila sampaikan aku macam rasa seolah – olah aku nak pergi ambik anugerah Bintang Popular pulak. Kalau semua orang pakai glamer – glamer bayangkan kalau aku pakai baju bangan sorang – sorang! Arghhhh stressnya aku!

Puas aku masuk dari satu butik ke satu butik, belek dari harga yang cikai – cikai sampailah harga yang buat aku tersedak, tapi masalah yang datang adalah size tak ada. Sampaikan emak aku dengan give up nya kata “Susah kan nak cari baju kalau gemuk ni?” Okey yang tu aku tak komen. Karang derhaka tak memasal. Sebenarnya 3 minggu lepas dah dibagitau yang warna tema sambutan kali ni adalah kuning, tapi sebab aku rasa kuning is effing ugh-layyy aku pun buat bodoh je lah. Tak sibuk – sibuk langsung nak cari baju. Tapi semakin dekat tarikh sambutan aku rasa bersalah pulak kalau tak pakai baju kuning masa Hari Guru nanti, dahlah aku AJK KEBIRU, apa pulak kata masyarakat nanti kalau aku tak support warna kuning ni kan. Cis memang didalam dilemma betullah!

Aku ada lagi 4 harilah kot nak taram cari baju warna kuning. Aku rasa macam dah putus harapan pulak menjajau cari baju area Batu Pahat ni. Kesian aku. Korang kalau tau mana – mana butik yang boleh aku terjah sila bagitaulah ye, aku ni kan nak pergi anugerah Bintang Popular jadi kenalah merelip sikit. Baju taknak ah kot yang biasa – biasa je, nak yang netop – ngetop sedunia jek. Kalau boleh taknak batu – batu biasa melekat kat baju, letak batu nisan pun okeh jugak kan?Ceh amarah betul ayat aku. Haha. Abaikan.

Tadi students aku buat perangai comel dengan aku. On the way aku nak keluar dari kelas, sekumpulan datang tanya aku nak hadiah apa untuk hari guru nanti. Comel je muka masing – masing. Ada yang kata nak bagi aku kereta Myvi warna pink lah, ada yang kata nak bagi handmade doodle lah, lepas tu yang aku tak tahan, ada sorang budak lelaki ni kata “Haaaa kalau nak bagi teacher hadiah, bagilah Farid Kamilllllll!” Hahahahaha gelak besar aku. Mentang – mentang aku menggilai Farid Kamil.

Arghhhh! Kembali tension! Mana aku nak cekau baju kuning ni wehhhhhh!! Ada karang aku pergi butik pengantin sewa baju warna kuning. Chesttttt!

Dah.Babai!

10 comments :

~ SueHarriz ~ said...

wehh nsb baik skola aku xde set theme color..! tp smlm dh ada ckgu yg ckp dia dh cr baju baru n tdung matching siap2..aku rs trgugat jgk aaa..tp hampeh je...haahhahaaa aku pki bju yg dorg tak pernah tgk lg la kot..hahahaa.weh ko g sewa baju kebaya songket kt butik pngantin. sure ada

nur easy said...

haha i ada baju kuning y tak pakai lg. baju liplap2 utk nikah. prepare sampai 2. haloba. sudahnya tersadai je ;)

anak murid kamu sangat memahami lah

Cik Eliza said...

kehadapan cikgu yang di sayangi , hekhekhek!

kalau nak cari baju , kat senggarang adew satu kedai baju kurung yang selambak-lambak nye kalau nak pilih pon rambang mate, area-area pasar senggarang , kalau nak la, huhu sbb bukan butik pon, huhu , x gelemer, huuuuuuuuuu~

kalau adew yg berkenan leh banje saye sekali selori baju kurung, cis!haha!

Naddy said...

hahaha senang je..x yah cantik2 bju tu..org da cntik da weh..hahaaha alaaa ko bli ke baju kuning bese2 je..pakai aksesori je..jgn dihirau org2 lain yg mcm nk g anugerah..chill! yg penting muka jgn biarkan mcm aku yg da mcm pnternak jrwt yg brjaya.....hahahahaha ok slamt maju jaya..i love yellow!!!

Cik Puan Bunga said...

@~ SueHarriz ~Bestnya kalau sekolah kau takde tetapkan warna apa.. pening aki nak fikir! :(

Cik Puan Bunga said...

@nur easypinjam pinjam! hahaha warna kuning eh?kompom tak muat sebab dah gemuk! hahahahaha!

Cik Puan Bunga said...

@Cik ElizaMurah - murah tak???area pasar senggarang?sabtu ni boleh terjah! hahahahaha!

Cik Puan Bunga said...

@Naddyhahaha kan?pakai baju biasa - biasa jek kan?huhuhuhu! malangnya, aku tak lawa. gemuk pula. adoiiiii!

cik aletheea : said...

cik puan bunga,
mengikut fakta/kajian,
pemakai yang berpakaian warna kuning akan kelihatan sekali ganda besar dalam gambar.

tengkiu

ps: farid kamil nye mata sgt comel ;p

Cik Puan Bunga said...

@cik aletheea :alaaaaaaaaaaa alaaaaaaaaaaaaaa alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!