Tuesday, May 3, 2011

Penjaga Masa Tu Satu Tugas Yang Penting. Sila Puji Aku.

Sebab aku buat kerja dengan begitu dedikasi sekali. Aku tak tinggal langsung kerusi time - keeper masa Kejohanan Bola Jaring MSSMNJ 2011 hari tu. Ya. Aku gigih. Aku tahu. Tak payah puji aku lebih - lebih. Walaupun aku kaki bangku tak tahu bersukan sekurang - kurangnya aku takdelah bajet cun memanjang tak boleh langsung nak terlibat dalam aktiviti sukan. Tak. Aku bukan orang macam tu.(Walaupun sepanjang kejohanan aku make-up walaupun cuaca panas terik. Very tak sesuai.SO what?)

Walaupun mula - mula aku rasa sangat tak best sebab kena bangun pagi - pagi selama 2 hari berturut - turut tapi lama - lama aku syok pulak dapat jadi time - keeper sebab aku boleh borak - borak dengan petugas - petugas, aku boleh skip kelas ehem and secara tak langsung aku boleh releasekan tension aku sikit kot. Apa, kau ingat aku tak tension ke? And yang paling best, aku dapat rasalah jugak jadi orang penting dalam kejohanan tu. Cehceh. Oh ada jugak manusia yang keji aku cakap aku gemuk. Aku gelak ajelah. Takkan aku nak belasah dia sampai mati pulak kan.

Kak Sally memegang bahan bukti department kami.
Lengan aku besar. Sekian Terima kasih.
Yang paling aku rasa best, aku dapat borak - borak dengan student yang selama ni aku langsung tak pernah kenal. And aku rasa sangat selesa berborak dengan beliau. Kami gelak sama - sama, mengumpat sama - sama, and aku rasa bestlah dapat spent time masa dengan dia. Tiba - tiba ayat aku gay gila! Oh Ziana (5ST1) if you happen to read this, I wanna say that I had a great time with you. You rocks! Terima kasih sebab bantu Teacher sepanjang kejohanan tu berlangsung,ye!

Next year pihak penganjur jangan segan - segan panggil aku datang bertugas ye. Dengan rela hati. Kehkeh. Oh sekolah aku dapat naib johan. Okay sangatlah sebab kita fight gila - gila jugak against MRSMBP. Aku bangga dengan students - students aku. Cayalah!

Dah.Babai!

No comments :