Tuesday, May 31, 2011

Pot Luck Selalu Buat Aku Hilang Kawalan Ke Atas Diri Sendiri

Kalau manusia normal, tiap kali ada potluck, mesti akan melompat kegembiraan buangtebiat. Tapi kalau manusia yang sedang dalam berdiet hampehsangat macam aku mesti kalau ada potluck menyumpah dalam hati. Ibarat kata kalau taknak makan karang di kata sombong pulak, kalau makan pulak nanti menyesal tak sudah sebab kalau dah namanya potluck kenalah makan penuh pinggan barulah datang luck nya.Kahkah.Okey finelah tak kelako.

Jumaat lepas sebelum cuti Kak Linda buat jamuan sikit untuk cikgu - cikgu. Memang bagus sangatlah sebab perut aku pun tengah lapar. Jaga exam pun tak berapa nak khusyuk sebab bapak punya lapar perut aku. Nasib baik budak - budak dengar kata, tak berani nak tiru, kalau tak memang aku kokak kepala sorang - sorang. Sampai je bilik guru Kak Fiza pelawa makan. Apa lagi. Bedallllllllllllllllll!

Jangan keji aku. Dua set ni satu Tika punya. Aku taulah aku makan banyak tapi takdelah sampai makan sekali dua pinggan.
Mengikut firasat aku, benda ni nasik jagung. Tapi taktaulah kalau salah. Kahkah aku tau makan je weh. Nama - nama makanan aku kisah pun tak.
Thanks Kak Linda. Kenyang cacing - cacing dalam perut saya makan makanan free, lain kali buat lagi! Huhu!

Sekian saja untuk hari ini.

Babai!

12 comments :

Naddy said...

dap!

cik aletheea : said...

Friday off before vacation Kak Linda for dinner louder to cikgu - cikgu. It's very nice because I was hungry belly. Keep the exam was not how my son because the father had preoccupied me hungry belly. The fate of slaves - slaves heard the word, not daring to imitate my son, if not indeed I kokak head alone - alone. Until teachers je chamber Kak Fiza pelawa eat. What else. Bedallllllllllllllllll!...



OMG... ape yang cik puan bunga bebel nie.. apsal english mcm nie pulak...
pastu baru prasan yang 'THIS PAGE HAS BEEN TRANSLATED FROM INDONESIAN TO ENGLISH' ~adeh~

btw, gambar makanan tue mmg mengiurkan

Cik Puan Bunga said...

@NaddyAnda selalu membuat potluck kah jua?Haha!

Cik Puan Bunga said...

@cik aletheea :Masa memula baca komen ni, terberenti kejap jantung, rasa macam eh apakah yang cuba dilakukan ini?hahahaha translated eh?buruk bebenar bunyinya! huhu!

Miss Tasantek said...

kau ni bila nak diet betul2 ni??

Cik Puan Bunga said...

@Miss TasantekRelaks la. Abang izal kata aku lawa je cenggini. Baru sedap peluk. Kehkeh.

Naddy said...

selalu gak..huhuhu tu yang badan macam bulan..haahaha

cik aletheea : said...

hahaha mmg buruk giler

Cik Puan Bunga said...

@NaddyNama pun potluck jadi memang kita ni betul2 in luck lah. dapat makan banyak2! kahkahkah!

Cik Puan Bunga said...

@cik aletheea :Kahkah. Tak boleh blah lah google nih!

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

samalah..klu umah sendiri leh kawal lg...umah org..wahh rasa rugi tak mkn byk...hik3.

Cik Puan Bunga said...

@Lydia Miza(Aidyl Azim)Kan kan?Hahahaha apalah kita ni. Eh rezeki kan? :D