Thursday, May 5, 2011

Pregnant.Atau Dalam Kata Lain --Mengandung

Sebelum apa – apa aku nak ucapkan tahniah kepada sepupu aku Tasa and Azmee yang bakal bergelar mummy and daddy around next year. Congrats! Ini rezeki Allah yang bagi, terima dengan hati yang penuh redha. Cehwah aku dah macam Ustazah Noorbahyah pulak (Eh betul ke aku eja nama orang ni!) Tiba – tiba terasa macam nak pregnant lagi.Kahkah.Aku bukan apa, aku rindu lah pulak kan masa perut aku mengembung dengan comelnya. Melantak banyak – banyak pun ada alasan “Babylah yang lapar…” Rindu betul dilayan macam puteri raja bunian. Semua orang akan mendengar rintihan hati dan melayan perangai mengada – ngada aku yang confirm kalau aku buat sekarang ni free – free aje dapat penampar Jepun.

Masa aku pregnant dulu, aku jarang online. Aku rasa aku idle lah jugak dari dunia online ni dekat 6 – 7 bulan jugaklah kot. Aku bukan apa, tak boleh langsung nak tengok laptop even handset pun aku tak boleh nak tengok. Aku nak terasa nak terbelahak time – time tu jugak. Bila aku dah rasa okay, dah tak mabuk lagi, sebab morning sickness aku sangat dahsyat. Gila betul. Apa makanan yang masuk dalam perut aku, tak sampai 10 minit confirm akan keluar balik. Seksa nya nak menonggeng dalam toilet terbelahak. Kesiannya aku.

Lepas tu around pukul 11 pagi mesti aku dah macam cacing kepanasan sebab emak dah start nak masak tengahari, aku tak boleh langsung bau emak tumis ke, goreng ikan ke. Mesti rasa nak termuntah. The only benda yang boleh masuk dalam perut aku dengan jayanya adalah air soya, mee hun Pama dengan gula – gula Fox’s. Yang lain, confirm keluar balik.

Nasib baik masa awal – awal aku mabuk, time tu cuti sekolah. Memang aku terlepek terbaring langsung tak buat apa – apa. Time nak solat tu aku rasa macam nak pergi mati pulak, bila bangun rasa kepala sakit, mata aku kabur – kabur, lepas tu isi perut rasa nak terkeluar. Sepanjang masa aku habiskan depan TV, baring atas comforter. Lepas mandi, aku baring semula depan comforter langsung tak boleh pakai bedak ke sikat rambut ke hape sebab aku rasa nak muntah. Yang lagi mengarut aku tak boleh masuk bilik tidur. Aku rasa nak muntah. Kesian aku paksa suami tidur depan TV. Tiap – tiap hari selama 6 bulan! Hahahh! Sabar ajelah kan! Lepas tu aku boleh pakai baju yang samaaaaa je tiap – tiap hari. Baju Giordano warna putih dengan seluar pendek Hawaii warna pink. Tulah uniform aku hari – hari. Aku pun taktau morning sickness jenis hapelah aku ni. Kadang – kadang emak dengan suami datang check aku bernyawa lagi ke tak sebab ada lalat terbang – terbang dekat aku. Kuajaq betul!

Aku berlarutan buat perangai macam ni sampailah aku pregnant masuk bulan ke 7, barulah morning sickness hilang. And kalau korang tertanya – tanya kenapa aku dari berat 49kg boleh jadi sampai 81kg masa deliver, masuk je bulan ke 7 makanan favourite aku adalah nasi! Nasi nasi nasi and nasi! Tengah – tengah malam aku bangun makan nasi. Lauk telur goreng dengan kicap pun takpe. Nasi memang menyelerakan. Lepas tu kat sekolah hari – hari Kak Sally bagi aku makan nasik lemak + sambal kerang. Tu belum kira bekal nasi yang aku bawa dari rumah. Mana tak tembun! Tapi alhamdulillah walaupun aku gemuk masa pregnant (And sekarang pun tak kurus – kurus lagi jugak) aku takde kencing manis, darah tinggi and lain – lain sakit. Sakit gigi masa pregnant pun tak. Yayyyy!

Pada aku, time pregnant ni memang antara masa – masa yang memang tresure. Yang kita takkan dapat pengalaman ni kat mana – mana. Insan – insan bertuah yang Allah pilih dan beri anugerah berharga ni je yang dapat merasa. And for that, I thank Allah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Biarlah gemuk ke hape kan, yang penting aku dah selamat jadi mama kepada seorang anak lelaki yang kacak dan pintar sedunia. Insyaallah!

p/s : Tasa, if anything just let me know. Cehwahhhhh!

Dah.Babai!

10 comments :

nur easy said...

betullah. rindu kan masa2 preggy. wow camtu rupanya gaya u masa pregnantkn adam ya. mujurlah semua ada dicc.. apapun syukur pd Allah atas semuanya kn..;)

izyan asimat said...

salam dear..
best kan pregnant...
hehehe kena menghargai detik2 pregnant ni... heheh
sy pon pregnant je ni berat da cecah 80.. tapi takpe la gemuks kan demi bby.. heheheh

Cik Puan Bunga said...

@nur easyPelik-pelik je masa mengandungkan Adam. Haha. pengalaman berharga. amin! amin! :)

Cik Puan Bunga said...

@izyan asimatTulah kan. Redha ajelah kalau gemuk. nanti lepas deliver jangan lupa diet. jangan jadi macam saya. haha!

Miss Tasantek said...

weh. saje nak komen kat entri ni. haha..sebab dulu aku baca entri ni aku tak leh tembus line nak komen. hahahaha..
aku tak leh benti mengunyah apa2, mulut payau cam org demam tu. asik makan gula2 je tak pape ke weh?? tak kena kencing manis ke makan gula2 je?? boleh tak?? boleh tak??

Cik Puan Bunga said...

@Miss TasantekOkey kot? Misi takde cakap tak boleh pulak? huhuhu! weh dah buat buku merah?

miya said...

awak comell..(dah jadi tagline plak)
ada2 saja kan pregnant ni.haha.. ketawa bila ingat pengalaman sendiri. termuntah cium baju suami.hahaha!!!

Cik Puan Bunga said...

@miyaKENAPA???? Sebab tak tahan bau dia eh? HIHIHIHIHI!

~EcahAbu~ said...

hahaha memang lawak x hengat :D

Cik Puan Bunga said...

@~EcahAbu~HUHU! ^____^