Saturday, May 14, 2011

Separuh Beban Dah Hilang. Emak Aku Memang Best Sedunia!

Lagi 3 hari je lagi sebelum acara karpet merah Anugerah Bintang Popular sekolah aku. Tapi macam biasa, artis perasan sensasi macam aku belum ada tajaan baju dari mana - mana butik. Seriously, aku rasa macam shit lah kot sebab tak dapat cari mana - mana baju kuning yang kelihatan best untuk digayakan. Kuning babe, kuning. Aku tak pernah ada baju kuning. Titik.

Balik dari sekolah petang tadi try jugak masuk mana - mana butik ehem kedai baju yang ada di sekitar Batu Pahat, still, aku tak dapat lagi jumpa baju kuning yang cantik untuk aku pakai. Siap beli tudung baru kaler pink sebab emo sangat tak dapat cari warna kuning. Balik rumah dengan perasaan hampa.

Lepas maghrib tadi, duduk - duduk dengan emak merangkap tailor aku zaman - berzaman. Borak - borak pasal baju rayalah apalah kan, then tiba - tiba emak keluarkan satu kain yang memang emak beli untuk aku. Warna kain ni agak pelbagailah sikit aku pun taktau nak cakap warna apa, campur - camput hijau, cokelat, mustard, royal yellow, ada orangey sikit - sikit. Sekali pandang memang tak munasabah langsung kalau aku nak kata baju ni sebagai baju yang layak aku panggil warna kuning. Tapi after bincang - bincang sikit dengan emak, nak stylekan macamana baju ni and kain dia nak buat pattern apa semua, so kami pun sepakat membawa berkat cuba untuk menjadikan baju ni sesuai unuk baju masa sambutan Hari Guru nanti. Ohsemmmmm!

Ini kain dia. Gojes,kan?
Tak sabar nak tunggu hasilnya! Ohsem! Ohsem!
Esok nak pergi cari tudung dengan kain. Tapi aku dah dilengkapi dengan plan B dah. Kalau andai kata tudung dengan kain tak jumpa yang menepati citarasa, or something happen ke apa, masih ada sinar harapan! Yeah! Phewww stress gila aku nak cari baju kaler kuning!!

p/s : Tapi lama - lama aku rasa kaler kuning ni cantiklah jugak. Haha!

Dah.Babai!

2 comments :

nur easy said...

cantik lah warnanya.. kuning kan ceria..;)

Cik Puan Bunga said...

@nur easyEh cantik eh kaler dia?mintak2 bila dah siap jadi baju cantiklah hendaknya! :D