Monday, May 23, 2011

Sesuatu Yang Besar Maknanya. Buat Aku Terus Kuat Untuk Bertabah

Tajuk entri dah macam pendahuluan karangan. Persetankan. Ceh dah pandai cakap persetankan sejak baca cerpen - cerpen Zulfazlan Jumrah. Berbakat betul lah mamat ni buat cerpen sampaikan aku tak faham kadang - kadang ayat dia. Gila ah bahasa Melayu penulisan dia sangat bertaraf dewata. Google lah sendiri ye kalau nak baca cerpen - cerpen dia, kat Berita Harian Online banyak. Lari topik.

Bangun pagi - pagi hari ni. Selalunya lepas solat Subuh aku tidur lagi sekejap. Tapi hari ni lepas solat terus tak tidur sebab pagi - pagi nak hantar Adam check up. Dah 10 bolan dah anak bujang aku tu. Kacak. Genetik akulah tu. Kehkeh. Oh bukan nak cerita pasal tu, tu nanti aku update lain tajuk. Balik dari klinik, terus buka Facebook kejap. Tiba - tiba nampak dua benda comel ni ada kat Wall aku. Alamak, terus luruh jantung aku dibuatnya. Tersentuh betul hati aku sebagai seorang cikgu.

Budak ni kerjanya gelak je. Aku pun tak faham. Tapi tak mungkin dia gila. Haha. Terima kasih Filda Nur Khalis.
Ini daripada the only pelajar lelaki yang aku boleh harapkan dalam kelas. Karangan bagus, kalau suruh membaca pun sebutan betul + sedap. Harapan bangsa dan negaralah! Terima kasih Haikal Danial.
Aku rasa ini kot gambar yang dia sketch. Comel.
Serious aku rasa terharu sangat - sangat. Rasa dihargai pun ada. Hilang semua penat lelah aku mengajar kelas diorang yang macam zoo tu. Serious aku rasa kelas diorang macam zoo. Jerit - jeritlah, bunyi - bunyian peliklah. Hari tu aku kata kelas diorang macam ada setan terlepas. Setan okay. Sebab aku rasa diorang weird sangat. Suka sangat buat bising sampai tak boleh nak duduk diam. Tapi hopefully dua orang ni terselamatlah dari menjadi koloni setan - setan yang lain. Amin!
Bertambah kuat azam aku nak buat mereka berjaya. Sebagai manusia biasa, aku perlukan motivasi. Biar sekecil manapun motivasi yang ada, sikit pun cukuplah, untuk meyakinkan aku bahawa mereka masih punya harapan. Masih boleh dbentuk. Cerita pasal motivasi, aku ingat lagi masa tahun 2009, masa tu aku maish mengajar kelas SPM. Aku dapat kelas paling hujung sekali. Kelas 5KM2. Aku rasa takde cikgu lain kot yang sanggup mengajar kelas jin bertendang tu. Students nya jenis yang datang sekolah buat kacau, buat huru - hara, memailangkan cikgu - cikgu, kurang ajar, haa kelas tulah yang aku dapat. Setiap kali aku masuk kelas, aku rasa hopeless sangat - sangat. Yang betul - betul nak belajar sikit sangat. Yang lain kerja nak menyetan jek. Aku tau kalau aku tak buat something, memang jahanam jugak masa depan diorang - diorang semua tu.

Aku pun dah malas nak masuk kelas membebel kerja tak siaplah hapelah, kebanyakkan cikgu - cikgu diorang pun kadang - kadang tinggal je kelas tu terkontang - kanting. Kadang - kadang aku pun sama. Malas aku nak tengok muka budak - budak yang kurang ajar, jenis yang kalau kau tengok muka diorang memang rasa nak bagi penampar je. SPM tinggal dua bulan je lagi. So at last, aku pilih budak - budak yang aku rasa nak belajar dan ada harapan. Ada 8 orang semuanya. 8 orang yang aku rasa nak berjaya dalam hidup diorang. 8 orang ni aku ajar dengan sepenuh hati dan kasih sayang aku. 8 orang yang bagi orang lain dah takde harapan ni, aku drill hari - hari dengan latihan karangan. Aku bagitau diorang, kalau karangan tak boleh buat, jangan harap nak lulus. 8 orang ni aku sayang sangat - sangat. 2 bulan solid aku buat macam tu. Drill drill drill.

And masa keputusan SPM diumumkan, 8 orang ni lulus English dengan bergayanya. 8 orang dari kelas yang takde harapan. Takde yang mustahil kan?And yang lagi ajaibnya, sorang budak ni nama dia Harith Aidil, BM gagal tapi English lulus. 7D. Aku masa tu memang bangga habis. Kembang kuncup lubang idung aku. Walaupuntak dapat pujian ke penghargaan ke aku tak kisah. Pada aku, 8 orang yang lulus English ni dah cukup buat aku rasa bahagia sangat - sangat. Terima kasih korang. Satu benda yang aku selalu cakap dengan diorang : Kalau nak jahat ke hape ke lantak koranglah. Tapi dengan guru - guru, jangan kurang ajar. Alhamdulillah. Aku nampak hasilnya.

Aku harap sangat students aku yang baca blog aku ni. korang jangan rasa kalau aku marah - marah diorang tu maknanya aku benci diorang. Aku nak diorang berjaya and dapat yang terbaik dalam hidup. Aku tak pernah benci anak murid. Adalah sorang tu yang aku benci. Hahaha. Childishnya aku. Tapi tu cerita lain la, memang wajarlah aku benci sebab mulut dia macam lahanat, fitnah - fitnah, insyaAllah satu hari nanti Allah akan bayar kat dia. Amin.

Oh dan sekali lagi Filda Nur Khalis dan Haikal Danial, TERIMA KASIH!

Dah.Babai!

6 comments :

nur easy said...

dah nampak dari mlm td.. terasa mau like2 jg tapi x boleh..;)

Cik Puan Bunga said...

@nur easyComel kan?hahahaha!

cik nur said...

ttba nak jadi cikgu boleh hehehe
:)

Cik Puan Bunga said...

@cik nurBoleh boleh boleh! :D

mimie said...

BuNga...ko kene Tgok citer JUVANA kat tv3...kene cekal, tabah, brutal kalo nk ngajo bdk2 yg payah nk d ajo...

Cik Puan Bunga said...

@mimieBetul. Tapi tu cerita. Dengan realiti jauh beza. Haha.