Saturday, May 28, 2011

Testimonial Hari Ke-7 Memakan Virgin Coconut Oil Softgel (VCO)

Ada yang inbox aku, ada jugak yang tanya betul ke VCO Catalyst yang aku makan tu berkesan. Okay, satu benda yang korang kena faham aku bukan dealer benda alah ni, bukan jugak lepas aku buat testimoni, aku paksa korang beli dengan aku VCO ni, haha macam haram saja perangai.Tidak. Ini lebih kepada perkongsian pintarlah sangat and just nak share dengan korang perkembangan aku memakan (Tini kata wujud perkataan memakan. Yeah. Thanks Tini!) VCO Catalyst ni. Okey meh teruskan pembacaan. Chewah.

Lepas aku bersalin, muka aku memang tak payah cakaplah dah macam hantu raya je aku tengok. Dah tak mulus gebu macam dulu - dulu masa zaman belum ada baby. Even masa aku pregnant pun, muka aku takde masalah sebab orang kata kalau hormon berubah muka akan naik jerawat blablabla. Tak pulak jadi kat aku. Yang kongasam nya sebab lepas je bersalin, muka aku mak aihhhh kalau orang terserempak malam - malam mesti demam sebab ingat aku hantu kopek ke hantu pokok pisang ke.Muka aku memang teruk. Jerawat besar - besar, muka jadi menggerutu and parut jerawat susah nak hilang. Benda ni jadi after sebulan aku deliver.

Perasaan time tu korang takyah tanyalah. Mana - mana manusia yang rapat dengan aku sabar ajelah kan sebab dengar aku membebel pasal muka yang semakin ahhh aku nak cakap pun buat emosi je. Aku cuba macam - macam untuk rawat muka aku. Aku guna NDz, first two weeks pakai muka aku memang superb habis tapi lepas tu masyaAllah muka aku naik jerawat gila - gila. Orang panggil ni purging, purging ni macam muka kita sehabis tenaga keluarkan segala macam jerawat yang ada. Banyak gilaaaaaaaaa!

Then bila NDz gagal, and kebetulan aku pergi scan kulit, beautician tu kata muka aku penuh gila dengan kimia. SO aku pun bertukar kepada produk berasaskan tumbuhan, Skinfood. Produk ni memang bagus, kulit kita rasa best je. Tapi masalahnya, jerawat aku lambat nak hilang, parut pun macam segan segan bangang je nak hilang dari muka. Aku memang fed up habis.Rasa macam ah wadefak nya! Tenyeh make up banyak - banyak nak cover jerawat pun makin memburukkan keadaan, jerawat still ada. Memang puaka.

Kemudian aku try Homopathy. Aku buang toksin dalam badan and nampaklah perubahan ketara. Muka aku beransur - ansur pulih.Kalau badan kita bebas dari toksin secara tak langsung kulit kita pun akan jadi sihat. So selama sebulan aku mengamalkan perubatan Homopathy ni. Alhamdulillah. Berkesan untuk aku, tapi first- first tu kena banyak sabar sebab purging still berlaku. Sekarang ni bila dah tinggal jerawat sikit - sikit and parut jerawat yang hodoh, aku try VCO Catalyst.

Aku betul - betul nak ucap terima kasih kat suami sebab belikan aku VCO Catalyst ni. Suami banyak membantu dari segi sokongan moral sepanjang aku berjuang cewahhhh berjuang konon hahaha yelah berhadapan dengan situasi macam ni bukan mudah. Orang - orang yang pernah melalui situasi macam ni je faham apa yang aku rasa. Ah emosi!

Ini masa aku mula - mula beli VCO iaitu 7 hari yang lepas.Nak nangis aku tengok muka sendiri. Ini tanpa makeup.
Ini hari kedua aku makan VCO. Testimonial kat SINI
Ini gambar masa hari Khamis last week.
Terbaru. Masa wedding cousin 28/5/2011. Genap 7 hari aku makan VCO Catalyst.
Dalam pic kat atas ni jerawat batu aku yang besar macam setan tu dah flat habis tinggal bekas saja. Jerawat yang lain dah start kering and aku boleh make up tanpa ada sebarang masalah. Alhamdulillah. Kalau dulu nak make up memang mencabar minda, and kalau ambik gambar pun still boleh nampak lagi jerawat aku berbatu batan tumbuh kat pipi tapi sekarang Alhamdulillah dah boleh nak bergaya ranggi dalam gambar. Aku sangat - sangat puas hati dan bersyukur dengan apa yang Allah beri ni. Alhamdulillah. Aku rasa aku sedang mengalami healing process sepanjang aku makan VCO Catalyst ni.

Tapi janganlah expect yang perut - parut jerawat aku dah hilang. Ada lagi, cuma dah makin pudar. Nampaklah perubahannya. Suamilah orang yang paling gembira dengan perubahan ni. Tiap - tiap hari dia belek muka aku. Dulu masa jerawat bersepah kat muka dia selalu tanya "Sakit tak?Sakit tak?" Sambil pegang - pegang jerawat tu. Bila aku tanya aku cantik ke tak, mesti dia kata aku cantik sangat walaupun time tu jerawat aku macam lahanat bersepah atas muka. Sedih aku. Aku buat semua ni untuk dia. Amin!

So untuk korang yang mengalami masaalah macam aku, cubalah korang try VCO ni. Mana tau serasi dengan korang. Sebelum makan baca bismillah dulu and selawat nabi. Lagi barokah. Amin!

Apa - apa yang korang nak tanya, boleh jek pun!

Dah.Babai!

32 comments :

fizz said...

cam best je benda ni..beli kt mna??ada org sruh tnyakan..*padahal sendiri yg nk cuba..hhehe..

nur easy said...

Orang2 yang pernah melalui situasi macam ni je faham... setuju2 ;)

Cik Puan Bunga said...

@fizzBeli kat Carrefour. Sebotol untuk makan sebulan rm37 sahaja. alhamdulillah. mehlah cuba! :D

Cik Puan Bunga said...

@nur easyKan easy??Sedihnya! Huhuhu!

nOah said...

Kak bunga, kita pon makan VCO..memang lembut jerk muka..parut jerawat yang degil jahat tuh pun dah hilang sikit2..yang penting kita kena sabar kan ;p

Cik Puan Bunga said...

@nOahDah lama tak makan?Haaa betul. kena sabar.sabar yang banyaaakkkkkk sangat sebab kalau tak boleh give up jadinya! :D

Naddy said...

haha kau blum tgk lagi muka aku..msti ko akn rse nk sepak2 je..hahhaaha nk aku mms x???haahahah

Cik Puan Bunga said...

@NaddySabar! ;] Hihi!

cik nur said...

alhamdulilah dah cun dah muka dia hehehe :)

Cik Puan Bunga said...

@cik nurAlhamdulillah. Thanks cik nur! :D

Nini Hartini said...

jgn lah ckp mcm hantu raya. kesin pd mereka2 yg mengalaminya. hehhe... ada sstgh org yg ada jerawat pun cantik gak.

seronok kan muka dah bebas dr jerawat. hehe... produk terbaru tini tambah (sengkuang tu wajib) vaseline. tetibe muka jadi mcm cerah. tp bila pakai kt body apesal gatal semacam.huhu

Cik Puan Bunga said...

@Nini HartiniTini susah betul nak cari yang sengkuang tu! :( Ada jumpa kat mana-mana ke??Puas pusing tak terserempak langsung! Adoih!

.cik yaya. said...

wahh beshnyeee testi ni..nk share boleyyy puan bungaa

Cik Puan Bunga said...

@.cik yaya.Eh hai yaya femes! :D

boleh jekkk! silakan! :D

.cik yaya. said...

takde femes nye yanggg..tapi memang baguslah kulit muka cik bunga makin cantik.flawless dah.hehe

Lin Azlina said...

parut jerawat sy pun dah kurang...sgt seronok! pastunya muka pun dhnmpk licin...suka

Cik Puan Bunga said...

@.cik yaya.Belum flawless lagi! :D thanks yaya for dropping by!

Cik Puan Bunga said...

@Lin Azlinaamin! :D

Fizz said...

Wahhh..dh cantik..hihi nk share blh tak..

Cik Puan Bunga said...

@FizzBoleh aje! ^___^

Pacek ABU sifir said...

hahak..gile superb ayt2 kamu.. ni 1st day sye pakai VCO.. mmg takleh blah jalan2 dalam fac macam perogol yg kne tangkap je..(tunduk je)..hehek.. hope jadi macam kamu mke sye..

Cik Puan Bunga said...

@Pacek ABU sifirAmin Insyaallah! Jangan putus asa ya! ^___^

ZYASH said...

Rase semangat membara2 pas bace entry ne tau..

ckpunyacerita said...

salam...nak share testimoni kat fb ye...n..pada sapa2 tgh tercari2 produk ni...boleh beli dgn lia ye...for detail analea83@yahoo.com or 0194665406 (sms only)

saya sendiri dah alami perubahannya...masalah keputihan saya dah hilang ..happy sgt..(",)

kisah se0rang gadiss said...

nak share gambar ni boleh ?

♥ LuRveLyAmiera ♥ said...

kakak comel..hehe
kak, minta share kat blog and fb ye..nnt miera credit kan kat sini..;-)

Nadiatul Fatihah said...

Akak pun makan vco ni ada healing crisis eh? saya makan makin naik jerawat, x tahu kenapa. :(

Anonymous said...

Cikpuanbunga ni teacher ke?

Anonymous said...

Askum... wah satu cerita yang menarik... mana nak try Homopathy tu?

Anonymous said...

cubala makan aura white collagen..untuk dpt harga murah leh sms 0125660394

Hasnim Othman said...

Bagus memang diakui. Vco homemade saya hasilkan Dan jual online. Wassap 017-436 3649 .

Hasnim Othman said...

Awak comeyyyyy.. Sila keluar kan komen saya. Thanks ,,,peace.