Tuesday, June 21, 2011

Adam Irfan Xaharis Anak Siapa? : Hafizal Elias Is Gonna Be A Great Father

Hah cepat cepat! Muka Adam macam siapa? Cepat - Cepat!

Yang pasti muka  - muka pelik macam tu belajar dengan Mama. Haha.
Sempena Hari Bapa, aku tujukan entri ni khas untuk suami tercinta ehem Hafizal Elias.

Saat kali pertama abang pegang Adam, abang azankan dan iqamahkan dia, Lina tau yang nanti abang bakal menjadi seorang Papa yang Adam akan adore. Abang pegang dia dengan penuh kasih sayang. Sesuatu moment yang tak boleh nak digambarkan dengan kata - kata. Moment tu terlalu indah.

Masa dalam berpantang, abang yang banyak jaga Adam. Abang pandai tukarkan lampin Adam, abang pandai diamkan kalau dia nangis. Abang pandai layan dia main,abang memang betul - betul penyabar kalau dengan Adam.

Seiring dengan Adam yang semakin membesar, betul apa yang Lina cakap kan, Adam memang adore sangat - sangat kat abang. Kalau abang balik kerja terlompat - lompat dia mintak abang dukung dia. Kalau abang dukung dia, dia letak kepala dia kat bahu abang sambil tangan lagi sebelah tepuk - tepuk bahu abang. Lina tau dia kenal siapa abang and dia sayang abang.

Dalam hati Lina selalu doakan supaya sifat - sifat baik dalam diri abang semua jatuh kat Adam. Lina nak Adam membesar jadi lelaki baik macam abang. Bertanggungjawab, penyayang. Insyaallah.

Sempena Hari Bapa ni, Lina nak ucapkan tahniah untuk abang kerana sebelas bulan Adam hadir dalam hidup kita, abang memang berusaha yang terbaik menjadi seorang Papa yang hebat untuk Adam. Lina bangga dengan abang.

Semoga Allah merahmati kita, sayang.

I love you.

Dah.Babai!

18 comments :

izz zara said...

oh, comelnya dia trlompat2 minta ayah dia dukung!

sukasuki said...

sooo sweet la kakak..hope adam jadi apa yang papa dan mama adam ingin kan.insyaallah.

nur easy said...

terharu ;)

cik nur said...

berkaca mata bila baca wuwuwwuw
terharu brasa nyer h(biasala terlebih feeling plak)

Cik Puan Bunga said...

@izz zaraa'ah. dia memang lompat - lompat. macam dah setahun tak jumpa bapak dia. huhu!

Cik Puan Bunga said...

@sukasukiterima kasih. Insyaallah. aminn amin!

Cik Puan Bunga said...

@nur easythanks :)

Cik Puan Bunga said...

@cik nurthanks cik nur! :) luahan hati nurani.

Rai said...

pandai juga cik puan bunga beromantika d'amor ya..hehe..

semoga berbahagia selalu..adam menjadi anak yang baik..mama menjadi isteri dan ibu yang baik.. berkekalan ke akhir hayat..

Naddy said...

syoknya...tp klu ngn mama die ade lompat2 x?hahaahah


slamt berbahgia syng! delisha da 1 tahun da =)

Cik Puan Bunga said...

@Raiohoiii pandai je kalau soh menggatal! hahaha!

amin! Thanks ya rai!

Cik Puan Bunga said...

@Naddytu rahsia aaaaa.. hahaha!

oh ye? kau cepat kawen beranak cepat! :D

Miss Tasantek said...

adam! hahaha.....sangat tak reti duduk diam sejak pandai jalan. takut mokde tengok adam lari2 kejar nenek ari tu :)

Cik Puan Bunga said...

@Miss TasantekBersedialah kau untuk apa jua kemungkinan! hihihihi!

missteeha the babling girl said...

ngee~ happy family !

:)

Cik Puan Bunga said...

@missteeha the babling girlwell thank you! hehe!

Naddy said...

eleh mesti adam nangis...hahaha
aku muda remaja lagi la..lek dulu...

Cik Puan Bunga said...

@NaddyMuda?? Hahahaha denial terbesar.