Thursday, June 30, 2011

Blog Famous Kalau Masuk Majalah

Kan? Aku rasalah. Sebab kalau masuk majalah mesti ramai  yang baca, lepas tu ramai yang tergerak hati nak tengok blog kau, lepas tu mana yang dah tertambat hati akan follow. Alahhh bestnya! Bila aku blogwalking kat sidebar mesti ada featured mana - mana blog yang pernah masuk majalah. Kau tau tak betapa jealousnya aku?

Aku telah membuat hipotesis sendiri. Tapi hipotesis cap katak jelah kan, sebab ditulis berdasarkan emosi dengan keadaan diri yang gatal - gatal nih. Hipotesis ni bertajuk Kenapa Blog Kau Tak Famous Walaupun Dah 5 Tahun Kau Berblog. Loser!

# 1 Blog Serabai Langsung Tak Berinformasi

Blog kategori picisan cum merapu macam blog aku jangan haraplah kalau korang terfikir nak menambah ilmu pengetahuan kat sini. Godeh macamana pun entri yang keluar semua yang merapu - rapu. Sabooo ajelah. Macamanalah nak femes kan. Lainlah kalau aku buat cetusan pendapat yang super extreme ke, buat pengakuan berani mati ke yang sebenarnya aku ni orang Super Saiya ke hape kan. Atau, nak lagi palat, aku buat entri troll blogger lain. Keji habis.

# 2 Tak Banyak Buat Tutorial

Macamana nak buat tutorial. Coding pun masih terkial - kial. Setiap kali nak make - over blog Google tutorial dari blogger lain. Hampehtakhampehtak!

# 3 Tak Stylo / Tak Masuk Group Fashionista / Tak Join Gathering Gempak

Kasihan deh aku. Duduk kat ceruk. Macamana nak join gathering super best kan kan? Dahlah tak reti pakai shawl lilit lilit, tak stylo pulak tu. Balik - balik sarung T- shirt bodoh dengan selipar Jepun. Masih ada hati nak tepek muka sendiri kat blog. Muka kalau photogenic takpelah jugak. Pakai sarung guni pun nampak lawa, ini muka nan hadooo jek pun sibuk nak cari publisiti murahan. Bila muka dah nan hadooo jek takkanlah aku nak join group - group fashionista kan? Mau terbelekik air liur semua orang kalau aku masih bermimpi seperti itu. Sila tengok blog - blog manusia yang pandai bergaya, kira berapa juta followers dia ada. *Main semut bawah pokok sambil kecewa*

# 4 Takde Kebolehan Lain Selain Merepek

Aku tak pandai mendoodle macam orang lain, tak pandai buat lawak dan menghasilkan vlog sendiri, tak pandai nak menjahit ke buat kek ke, tak pandai nyanyi dan menghasilkan channel youtube sendiri. Selain merepek tanpa motif aku langsung takde kelebihan yang boleh dibanggakan. Again, menyumbang kepada sindrom blog tidak femes.

# 5 Aku Buy And Blog Barangan Cap Katak

Ada ke beli ubat gigi perisa epal pun aku nak update kat blog? Compare dengan orang lain yang beli handbag LV dan publish kat blog, kau rasa mana yang lagi memberi kesan? Ubat gigi perisa epal atau handbag LV? Bercuti pun takdelah sampai ke Malibu ke, Las Vegas ke, paling jauh pun pergi Terengganu je. Siap duduk bilik tumpangan lagi, bukan duduk hotel mewah. Halo, cemana nak tarik readers der?

# 6 Blog Aku Tak Masuk Majalah

Jangankan majalah Mangga ke hape, majalah sekolah sendiri pun aku tak pernah masuk. Memang double loser ah!

Macam yang aku cakap tadi, tu semua hipotesis orang tak stabil emosi. Sebenarnya aku okay je dengan pencapaian blog aku setakat ni. Asalkan ada readers, silent readers and stalkers aku dah cukup gembira and nak update blog tiap - tiap hari. Yang lagi best, kalau entri - entri aku boleh menggembirakan manusia lain. Bahagia rasanya.

Kan dah kata. Bila ada yang happy baca blog aku, aku happy jugak!

Dah.Kbhai!

15 comments :

mamashikin said...

eh cik puan bunga, nti awk hntarla blog awak..blog awk best apa..sy suka baca..followers pun ramai kn..awk pun pandai susun ayat, rasa fun bila baca blog awk...

Ain Zulaikha said...

hehe jangan putus asa, jadi ramah dengan orang tu paling penting nak kenalkan blog kite, even blog tak masuk majalah ke, tak de tutorial ke, itu tak jadi masalah kalau kite selalu ramah dengan orang n tinggalkan komen or jejak, lama kelamaan nt mesti orang akan datang dgn sendiri.. tp even da byk org kenal kena gak usaha keras huhuhu mmg ssh nak kasi orang kenal blog kite. so itu je lah share dari saya ehehehe.. semoga seronok berblogging

Asyraf Arif said...

errr, chill lah miss. nanti lama2 masuklah tuh dalam majalah. huhu I suka baca blog nie ! :)

Rai said...

eleh..bukan nuffnang ko banyak ke cik bunga..ngade!! tak femes konon..

Cik Puan Bunga said...

@mamashikinMama shikin, malulah nak hantar. blog takde kemajuan kendiri yg mantap. hahahaha. terima kasih sudi singgah! :D

Cik Puan Bunga said...

@Ain ZulaikhaEh eh Ain! Thanks ye bagi tips. alahhh blog tak femes macam blog ain! :D tak rajin bw pulak. thanks ye by the way sudi singgah blog ni! :D

Cik Puan Bunga said...

@Asyraf ArifHai kekasih gelap! hehehehe! thanks ye! muah muah sikit!

Cik Puan Bunga said...

@RaiHahahaha raiiii mana ade banyak! huhuhuhu!

Naddy said...

memang tak best pun..hahahahahah

Cik Puan Bunga said...

@Naddyhahahaaa amat biahdapp oh!

miya said...

awak comel.. sy sedih lpas baca entri ni, huhu.. sedihh..

Cik Puan Bunga said...

@miyaKehkehkeh perli ke hape! HAHAHAHA!

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

awak..blog awak bestlah..sy jumpa terus folo tau..mula ingt nk baca jer blog ni malas nk komen tp terkomen lak kt entri nih..kita suka blog awaklah..besttt!

Cik Puan Bunga said...

@Rina AVAIL a.k.a Cik BettyTerima kasih. Terharu nih! ^___^

Anonymous said...

It is a tough query, and the facts are there are a huge selection of strategies that may propel you through Clash of Clans 10x faster than elsewhere.


My web blog; clash of clans hack gems - -