Thursday, June 9, 2011

Hafizal Elias

Apa kejadahnya promote nama suami kat blog?

Ala *chilek ah. Mungkin aku dapat pahala sikit – sikit ke kan? Mana kita nak tau kan. Korang ni cepat sangat mengkeji. Bagilah aku can nak feeling – feeling sikit. (*Wah bahasa aku sekarang sungguh rempitness! Eh rindu sama Nadia Monster!)

Sebenarnya tajuk entry takde kena mengena langsung dengan intipati entry. Tapi sebab aku taktau nak bubuh tajuk apa, aku bubuh jelah nama dia. Takkan aku nak letak nama jiran aku pulak.

AZHAR ANIS.

Pening kepala tak? Tu nama jiran aku tu. Lagi takde kena mengena dengan entry! Eh arghh sudahlah suka hati akulah nak letak tajuk apa.

Selasa lepas, lepas balik dari Terengganu aku cakap dengan emak aku nak keluar berdua dengan suami. Maknanya macam biasalah emak kena jagakan Adam Super Sapien untuk kitorang. Dah rasuah emak dengan set sudu and sutera batik kan, nak tak nak terpaksalah emak setuju jugak. Puaka betul aku, dating taknak bawak Adam. Cis!

Kitorang tengok movie X-Men. Bersinar – sinar mata suami bila aku kata “Abang jom tengok citer X – Men jom!” Kalau aku ajak tengok cerita hantu ke hape mulalah buat muka Sardin cap Adabi. Sakit hati aku je. Sebenarnya aku pun minat jugak citer X-Men ni, sebab aku pun mutan macam diorang jugak. Korang je yang tak tau. Bila tengok Charles Xavier terus aku teringat kat X-Men aku yang kat rumah tu. Senyum sorang – sorang boleh dalam gelap tu teringat anak sendiri. Xaharis. Kelas gitu. Nyehnyeh!

Aku tak fokus sangat tengok cerita tu sebab asyik nak pergi toilet je mana boleh nak fokus. Nyampah. Baru duduk 5 minit dah nak pergi toilet semula. Ni kes togok banyak sangat air lah ni. Tak memasal aktif pulak sistem perkumuhan aku pada hari itu.

Habis tengok movie, terus pergi cari tempat makan sebab perut aku lapar gila. Tak sempat nak makan sebelum keluar, sempat hidu je bau lauk yang emak masak tanpa mengetahui apakah menunya. Kalau tunggu balik rumah baru makan memang jahanamlah licin dikerjakan dek Makngah dengan bala tenteranya.

Sebab baru balik dari Terengganu, duit pun dah jahanam habis dikekahkan maka kena pilih tempat makan yang murah tapi super sedap. Sempat lagi aku nak demand time – time pokai macam ni.

Maka dengan ini, berbekalkan budget dua orang tak lebih RM20 iaitu sorang sepuluh ringgit maka kitorang pun makan kat VK Restaurant, The Summit. Macam yang aku cakap tadi, makanan kat sini murah and super sedap (Baca : Kalau tengah super lapar) Tapi not badlah weh makanan dia, sedap! Cuma kadang – kadang terlebih masin. Lori garam tumpah depan rumah lah aku agak. Tekak aku macam nak makan nasik jek hari tu so order Nasi Goreng Ayam Kunyit dua set dengan fresh orange and tembikai laici. Satu benda lagi yang aku suka makan kat restoren ni, masakan dia super cepat siap. Tak sempat perut kau nak protes sebab lapar sangat makanan pun eh dah sampai?Bila makanan dah sampai tunggu apa lagi?Bismillah and terus ngap!

Kacak kan? Angguk kepala laju - laju please semuaaa!
Motherly betul rupa aku sekarang. Alhamdulillah. Emak emak lah katakan.
Nasi Goreng Ayam Kunyit sedap nih makan panas - panas woh!
Tembikai laici dia warna tak show betullah! (Belajar cakap 'Show' dengan Tini! Hehe!)
Habis makan suami offer nak belanja blouse sebab simpati agaknya dengan aku asyik pakai baju sama je pun tiap – tiap kali nak keluar. Aku dengan sungguh demand nak mintak penampar pun bertanya “Abang kalau mintak dua boleh tak?” Nasib baik suami angguk, kalau dia geleng?Mungkin aku dah berguling – guling.

Masuk satu butik blouse yang selama ni aku tak masuk pun sebab sakit hati dia jual baju mahal sangat. Bengang je pun walaupun cuma window shopping. Tapi blouse dia cantik – cantik kau! Aku suka tengok sebab warna – warna blouse dia cantik – cantik pastu ada sulam – sulam. Ala sweetnya! Aku terus capai baju yang dah lama aku aim. Siap betul – betul ambik dua! Warna biru and warna hitam. Bolehlah bagi effect kurus sikit. Kahkahakahharapanpalsu.

Thanks abang! Sayanggggggg abang! Ceh time bagi baju sayang, kalau tak, asyik nak berwrestling je.

Well bila dah gemuk kenalah cari baju ala ala pregnant gitu. Lemak simpan elok - elok dalam baju. Kehkeh.
Hitam ni cantik sulaman dia weh. Betullllll!
Sekian saja untuk entry kali ni. Entry takde motif pun sebenarnya. So amacam? Tajuk entry ada kena mengena tak dengan intipati entry?

Dah.Babai!

4 comments :

nur easy said...

perkara2 mcm ni mmg biasa berlaku..hehe ;) ns grg mu itu buat org teringin je lah..

Cik Puan Bunga said...

@nur easyEize kat summit weh! kedai makan paling bwh! Sedap! :D

cik nur said...

hurm nur selaloo jer makan tempat yg mcm nie lagi murah dan kenyang heheh

Cik Puan Bunga said...

@cik nurKan? jimat! perut akak ni demam ah. nyampah betul. makan nak mahallll jek. bila dah sengkek padan muka. kihkih!