Sunday, June 19, 2011

Hai Nama Saya Puteri Bintik!

Kalau ada yang kata entry aku ni entry budget cun nak kontrol ayu tepek gambar sendiri je kat entry blog memang aku lempang dia sampai dia muntah lipas. Lama dah aku tak update. Mungkin aku akan lebih tak update lepas ni sampailah aku betul - betul sembuh. Amin!

Oh ya, pada yang belum tau, aku kena serangan Cikenpok. Ah dah jangan tanya cemana nak eja Cikenpok betul - betul. Bukan dapat markah pun kan kalau aku tau cemana nak eja betul - betul.Kehkeh. Aku ingat aku demam hari tu rashes biasa je. Rupanya betul - betul kena Cikenpok. Adeh.

Masuk hari ni disaat entry ini dihasilkan, keadaan bintik dibadan dan muka dan ditempat - tempat yang sungguh kurang sopan kalau aku sebutkan disini, amatlah mendukacitakan. Bayangkan badan dan muka kau penuh dengan bintik - bintik hodoh berair yang nanti akan menjadi nanah dan gatal dan merenyam dan kau tak mampu berbuat apa - apa. Nak garu pun tak boleh! Gila kau nak garu! Nanti bertebaran satu badan virus macamana? Apapun tak bleh! Apapun tak bleh!

Hari pertama kena aku rileks je, boleh nyanyi - nyanyi lagi sambil berangan berapa hari MC bakal aku dapat, dalam kepala dah berangan macam - macam cerita yang aku nak tengok kalau dapat MC. Wah heaven nya! Malam hari pertama kena badan aku dah macam ketuhar gelombang mikrowave. Panas sejuk ikut suka. Kejap aku menggigil - gigil, kejap karang aku campak semua selimut baju, kepanasan. Esok paginya, bangun tidur tadaaaaaaaaaaaaaaaaa aku nampak hantu bintik dalam cermin bilik mandi. Seram bangang aku sorang - sorang.

Pergi klinik, doktor bagi MC 2 hari. Doktor kata nextweek baru bagi MC panjang sebab aku pergi klinik pun hari Khamis. Sabtu, Ahad takyahlah kan nak bagi MC. Time ni aku rasa dah macam beruk pun ada. Sikit - sikit tergaru. Dia punya merenyam toksah cakap lah wehhhhhh. Aku macam nak garu dengan kertas pasir je rasa. Doktor pesan jaga makan betul - betul sebab kalau manusia tua yang kena Cikenpok ni memang lambat sikit nak baik. Ada kes sampai 3 minggu. Kalau budak yang kena dalam seminggu dah baik.

Setiap kali bintik ni nak tumbuh setiap kali tu jugak aku demam. Panas melampau. Pernah suami ambik suhu aku cecah 40.7c. Kalau aku kepit telur bawah ketiak, boleh terus makan dengan madu. Kebah je demam tu diaaaaaa sekelompok bintik baru menjajah kawasan badan. Tahniah!

Hari pertama. Bintik belum berapa nak banyak.
Hari ketiga. Time ni dah larat nak ambik gambar jangkasuhu. Sebelum ni macam mayat hidup pun ada.
Sepanjang demam aku baring depan TV ruang tamu. Bau memang dah macam bangkai. Mandi cuma 2 kali sehari, sabun tak pakai, mana tak bau. Makan taknak, asyik togok air kelapa. Dah macam monyet. Uniform macam biasa aku pakai TShirt putih je. Warna lain taknak. Taktaulah kenapa. Mengingatkan diri sendiri pada mati gaknya.
Sepanjang sakit, suami yang sapukan ubat, masak air (Kadang - kadang emak aku masak) teman aku tengok TV.  Banyak ah aku susahkan dia. Aku kalau demam divanya extra melampau sikit.Tak geli langsung dia dengan keadaan aku yang dah macam mutan ni. Terima kasih, suami. Aku dah nazar dah, aku baik je dari sakit ni aku nak masakkan untuk dia. Amin!

Gambar terbaru. Baru ambik 1 jam yang lepas. Cantik tak aku?
Nah aku bagi close up sikit!
Paling rindu dengan Adam. Dah 5 hari aku tak dukung, peluk, tidur dengan dia. Dia nampak aku dari jauh sambil nangis je. Sedihnya. Maghrib tadi dia rindu sangat agaknya, emak tidurkan dia taknak tidur. Bila aku datang dekat and hulurkan botol susu kat dia, terus dia baring. Aku tepuk - tepuk badan dia sampai dia tidur. Dah rindu sangat. Mintak - mintak dia tak kena. Aku rela tanggung semua sakit ni untuk dia. Alaalalala mama rindu kat Adam lah sayang...(Dah taknak tulis pasal Adam banyak - banyak. Nanti sedih. Sob sob!)

Nanti update lagi ya. Aku dah rasa merenyam dah ni.

Errrr doakan aku cepat sembuh ye?Tak syok ah jadi puteri bintik!

Dah.Babai!

13 comments :

cik.chacha said...

oloh2~~ kesiannya sis bunga.
semoga cepat sembuh ye. ^__^
banyak2 bersabar, tuhan bagi sakit sebab DIE sayang, DIE nak hilangkan semua dosa2 kite. =)

CikHanis said...

get well soon kak.^__^.

tapi dulu kite kene, nenek kata tak bleh mandi langsung.nanti makin byk bintik tu keluar.

ReeNaJoE said...

alahai ciannyee kat awak yat..dah tua2 pun kena gak cikenpox ni (*_^)v..akak dl last kena time kat upm dl hehehe..best sbb leh cuti 10 hari..pastu jgn risau nanti sembuh bintik2 tu...jgn garuk je nanti parut mmg susah nak ilang...akak nyer parut cikenpox dah xde kelihatan pun pastu sbb time kena akak xgaruk langsung w/pon merenyam ya rabbi..ni demam utk menghapuskan dosa2 suka ngumpat ni heheh

Rai said...

alahai..kesiannya cik bunga.. semoga cepat sembuh ok.. takpe la jadi monyet kejap minum air kelapa banyak2..asal cepat baik boleh cuddle2 adam balik..

Naddy said...

oh tahniah! hahaha

Cik Puan Bunga said...

@cik.chachaThanks ! :D Banyak dosa neh! kihkih!

Cik Puan Bunga said...

@CikHanisYe ke?Alaaaa kenapa nenek awak tak pesan kat akak jugakkkkkk!

Cik Puan Bunga said...

@ReeNaJoEKakkkk bapak gatal gila dia punya bintiks tuh kakkkk... rasa cam nak guling2 atas jalanraya sambil bogel! gatal dehhhh!

Cik Puan Bunga said...

@RaiSemalam dah peluk dia sekali buat lepas rindu. muehehehehe! thanks! :D

Cik Puan Bunga said...

@NaddyTerima kasih! huh!

Nini Hartini said...

sis, mandi 2x sehari? uishhh. bukan ke kalau chickenpox tak boleh mandi langsung? kalau kena air akn tinggalkan parut. tu yg tini selalu dgr org cakap. tini pn x pernah kena chickenpox, campak, dsb. tak pernah dan harap x kan kena. heheheh... sakit kifarah dosa kan. sabar..sabar..

sabtu tu rumah mak mertua tini ada kenduri, tini mcm nmpk mak akak, tp x pastilah betul @ tak. mak akk ada dtg tak? dlm gambar nmpk lain..tp yg tini jumpa tu nmpk lg muda dr gambar. kalau x dtg, means tini salah org. kehkeh

Cik Puan Bunga said...

@Nini HartiniHah? Tak boleh mandi??? Arghhhh tensennyaaa! Emak suruh mandi. mak kata nanti bau kambing. Mandi jugak. Kehkeh. pasrah pasrahhhh.

oh emak tak datang? hantar Adam pergi kenet sebab dia batuk agak serious. orang lain. :D tapi mak akak muda jugak. kehkehkeh!

cik pelita said...

la bleh mandi ke??? dh 2 aie cik pelita xmandi,just lap2 badan dgn tuala basah je coz ade org ckp xleh mandi. dh migrain dh ni coz suhu badan panas sgt.. jum melawat blog cik pelita

http://pelitahiasan.blogspot.com/