Thursday, June 2, 2011

Pasar Karat

Sesiapa yang duduk Batu Pahat mesti tau Pasar Karat ni apa. Kalau tak tau sila ketuk kepala masing - masing. Eh takdelah. Aku pun macam malas pulak nak pergi tanya peniaga - peniaga kat situ kenapa bagi nama Pasar Karat. Kenapa macam nama pasar ni tak berapa nak stylo kalau nak dibandingkan dengan pasar - pasar lain yang ada kat muka bumi ni. Arghhh malaslah nak fikir! 

Pasar Karat ni orang putih kata macam Flea Market lah kot. Tempat menjual macam - macam barang - barang terpakai.Yang lagi best Pasar Karat ni special sikit sebab barang - barang dia kalau korang pandai cari jumpa yang branded - branded tapi diorang jual selamba je RM30 ke RM40. Mana yang pandai tawar dapatlah RM15 or less than that. Aku pernah nampak stroller baby brand Maclaren tersadai dipandang sepi oleh manusia yang lalu - lalang. Kondisinya masih baik, kalau beli baru mahu ribu - riban. Tapi pakcik tu jual RM70 je sebelum tawar. Tapi masa tu aku belum ada Adam lagi. Jadi macam tak heranlah kan kau nak jual dua posen pun aku beli nak buat apa. Sekarang baru datang menyesal tu. Adoi!


Baby walker ni suami beli kat Pasar Karat. Cantik lagi. Masa baru sampai memanglah kotor sana - sini, lepas suami basuh nampak kilat memancar - mancar. Beli walker ni masa umur Adam 5 bulan. Warna putih and biru. Cantik je pun. Kalau beli yang baru mungkin ratus - ratus. Suami beli ni dengan harga RM20 saja. Alhamdulillah. Jimat tak? Bukan kedekut, tapi ajar anak jangan membazir. Tak salah pun pakai barang second handed. Preloved gitu!

Korang masuk je Pasar Karat confirm akan di welcome dengan pemandangan sebegini. Oh pic rembat dari SINI.
Semalam masa datng English course aku tengok Tika bawak satu handbag yang aku rasa eh aku macam pernah nampak je design bag ni. Nak tanya segan. So aku pandang - pandang dari jauh jelah. Peluang datang bila Tika pergi breakfast kat kantin, secepat kilat aku rembat beg dia selngkar sini - sana. Tepat seperti yang dijangka. Tika bawak beg Coach original babe pergi sekolah! Wiwiwittttttt! Pattern ni aku rasa dated back 10 years ago or more. Tapi aku sangat pasti design ini sangat vintage. Cium bau kulit dia pun dah tau kulit original. Jahitan kemas sangat - sangat. Zipper dia pun lain, besi dia elok lagi dan tak karat.

OMG OMG!Cantiknyaaaaa handbag ni! *Eh macam pantun dua kerat.
Terbaiklah!
Sekembalinya Tika mulut kepoh aku terus tanya beli beg tu kat mana. Tika kata beli kat Pasar Karat dengan harga yang kalau korang dengar mesti rasa macam nak minum racun tikus! Tak sampai 10 hengget okay! Apasal jual murah sangat?Well pakcik - pakcik yang jual tu korang ingat kisah sangat ke jenama apa beg yang dia jual?Janji dapat duit barang laku sudahhhh. Beg - beg macam ni biasanya datang dari Singapore. Tika pernah beli beg Guess harga RM15. Rasa nak menangis sekarang!

Kadang - kadang kalau nasib baik dapat beli barang - barang yang macam baru tapi dengan harga yang nauzubillah jauh lebih murah. Tapi kalau datang tak kena gaya, memang benda - benda sumpah buruk jelah yang ada.

Nak lebih pics Pasar Karat?Pergi SINI!

Dah.Babai!

20 comments :

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

wahh pasar karat.miza tak pernah pergi lagi.nnt mgu dpn nak blk malaysia...nak gi sana gak ler............

Naddy said...

weh kat ne pasar karat ni..aku pnh dgr...tp katne???bawa aku soping jom..hahahaa

nur easy said...

ya ke.. tak tau pun.. kat BP celah mana ni???? ;) eh eh excited pulak tetiba

Plankton Seksii said...

sy tengah cuti sem ni .. setiap pagi mest pegi paso karat ni.. memang berbaloi habes la.. belambak beg kulit. dah la 4hengget je! huhu

Cik Puan Bunga said...

@Lydia Miza(Aidyl Azim)Jom serbu! Sekarang ni ngah musim barang2 branded lagi mengamcam! :D

Cik Puan Bunga said...

@NaddyKat area pasar melayu. jom jom jom!

Cik Puan Bunga said...

@nur easyArea pasar melayu / pasar ikan besar batu pahat! :D

Cik Puan Bunga said...

@Plankton Seksiihai plankton seksi! :D kan?berbaloi - baloi! :D

Mrs. Adnan said...

bestnye..kenapa pasar karat BP tak sama macam kat JB punye? kat JB punya pasar karat banyak jual barang antik je..nyampah!

Kat mana lokasi pasar karat BP ni?

Cik Puan Bunga said...

@Mrs. Adnanoh pasar karat BP pun kdg2 dia taram jugak jual brg antik :D lokasi dia kat belakang bangunan berhampiran pasar besar! :D

Rai said...

waaa..jelesnya dgn orang batu pahat..balik johor nak kena singgah ni..

mestii..

wajibbb...

paksa somi...arghh..nak pegi!!!

Cik Puan Bunga said...

@Raimehlah rai! :D

best neh! hihi!

Naddy said...

hahahaaha jom ahh mgu dpn aku balik kite pi ea...kita soh inn bw kite...hahaaha x pnh merasa naik viva die..hieee mgu dpn taw taw taw

nn said...

baru tau kewujudan Pasar Karat kat BP! lebih bersemangat nak balik kampung hehe.

nn said...

baru tau kewujudan Pasar Karat kat BP! lebih bersemangat nak balik kampung hehe.

Cik Puan Bunga said...

@NaddyOkay babe! :D

Cik Puan Bunga said...

@nnKg kat Bt Pahat?Hah kena balik selalu ni nampaknya! :D

lalinkmanish said...

kaq,pasa ni hari2 ke? atau ahad je?

Cik Puan Bunga said...

@lalinkmanishhari - hari ada, tapi barang loading paling banyak hari rabu, jumaat and ahad! :D

aleen said...

mcmn nak pergi pasar karat tuh?