Tuesday, June 21, 2011

Pendekar Bintik Bertarung Dengan Raksaksa Merah Kaki Banyak!

Sejak aku dengan Embun jadi Princess Bintik ni aku memang kalau tidur malam memang port depan TV kat ruang tamu je sebab dalam bilik macam sejuk sangat, nak tidur dapur dengan emak karang menjangkit dengan Adam pulak. Tidur depan TV macam lebih kondusif, sekali boleh tengok TV. So berkubanglah kami adik - beradik setiap malam. Aku je pengkubang tegar sebab aku demam and tak boleh langsung nak angkat badan (Samada betul - betul sakit atau ngengada. Debatable) maka aku forever bentang toto depan TV sambil berselimut tebal macam orang Eskimo padahal tengah - tengahari buta.

Satu malam tu hujan turun dengan agak lebat. Taklah malam sangat pun, dah nak pagi dah dalam pukul 4.20pagi gitu. Aku terjaga dari tidur sebab aku rasa macam ada tangan tengah usap - usap rambut aku. Takkan suami pulak sebab dia kerja. Ah sudah! Aku dah rasa seram, takkanlah pulak saka lahanat tu masuk dalam rumah pulak. Rumah dah kena 'pagar' cemana dia boleh masuk? Aku membatukan diri buat sementara waktu sebab tengah fikir nak buat apa pasni. Cis! Idea taknak datang pulak! Haram betul. Tetibe aku rasa ada jari - jari kecik merayap - rayap dalam rambut, alih - alih pastu ada satu benda merah and panjang lebih kurang sejengkal setengah merayap atas muka aku. Gila ke apa!!

Peh peh peh pehhhh!
Sepantas kilat aku bangun dari tidur and tepis menatang tu jatuh. Terus lupa yang diri sendiri tengah sakit and tak larat bangun. Aku tengok lipan tu dah masuk bawah toto. Aku kibas toto, dia lari pulak masuk bawah kabinet TV. Cipet betul kau lipan! Kau telah melancarkan perang! Aku tengok kanan kiri takde pulak senjata yang boleh digunakan selain toto aku dengan selimut aku. Takkan aku nak tekup muka lipan tu pakai selimut aku sampai pengsan pulak?

Bila dia dah masuk bawah TV memang payah sikit sebab jenuh pulak nak tunggu dia keluar, maka aku kejutkan Embun suruh dia ambik Shieldtox dengan benda yang boleh buat ketuk. Melompat Embun sebab terkejut sangat. Kehkeh. Dia cuma ambik Shieldtox je. Ceh! Aku pun sembur bawah kabinet TV supaya lipan tu mamai - mamai sikit terkena semburan beracun hikmat aku! Wahahahahahaha! *Sambil cekak pinggang*

Aku sembur banyak gila tak sampai seminit lepas tu dia keluar sambil terhuyung - hayang. Aku ketuk tapi kena sipi je kat perut dia. Dia berjaya lari ke ruang tamu tengah and masuk bawah sofa. Cis! Cipet lagi sekali. Dengan kekuatan dalaman yang masih bersisa, dengan tangan yang penuh bintil berair yang menyakitkan, aku angkat sofa tu dan ahahhh! Betul tekaan aku! Lipan tu dok diam bawah sofa. Mungkin dah sedikit mamai. Dengan sekuat tenaga aku ketuk - ketuk lipan tu tapi asik miss je sebab aku tersipi pukul. Bintil tumbuh kat mata, menganggu vision aku sikit. Tapi akhirnya berjaya jugak aku potong dua lipan tu. Tu pun ada hati lipan tu nak lari lagi tinggalkan bahagian bawah dia. Memang tak guna. Bila aku tengok lipan tu masih bersemangat lagi nak lari, maka perhitungan terakhir harus aku lakukan. Dengan sekuat hati aku hentak kepalanya. Tamat riwayatnya disitu setelah beberapa kali menggeletik.

Lepas tu baru aku rasa sakit - sakit satu badan. Dalam hati aku menyumpah - nyumpah lipan tu dan bersyukur sebab Allah selamatkan aku tanpa sebarang kecederaan. Bayangkanlah kalau Allah tak sayang aku. Dahlah kena Cikenpok, kena sengat lipan lagi. Adehh!

Lepas tu aku terus lipat toto and sambung tidur dalam bilik. Esok paginya Adam nak buat main pulak bangkai lipan yang aku tak sempat buang hasil pertarungan di Subuh hari. Nasib baik cuma lipan yang masuk dalam rumah, kalau babi hutan? Tak ke naya.

Dah.Babai!

10 comments :

Rai said...

aku nak tanya.. ko sakit ke tak nih sebenarnya.. hahaha..

Cik Puan Bunga said...

@RaiSakit puan. kasihan sama saya. huhuhu!

cik aletheea : said...

wah.. x bleh imagine!!!!
"Tetibe aku rasa ada jari - jari kecik merayap - rayap dalam rambut, alih - alih pastu ada satu benda merah and panjang lebih kurang sejengkal setengah merayap atas muka aku"lipan jalan atas muke!!!!

erk..ngeri giler...
NGERI OK!!!!

Rai said...

hahaha..bertarung dengan resakse lipan mengalahkan orang sihat.. tapi nasib baik ko tak kena sengat kan..bahaya betul..

Cik Puan Bunga said...

@cik aletheea :cuba berada disituasi tersebut. dahlah sedang sakit. memang dugaan. huhu!

Cik Puan Bunga said...

@Raitulah kan?alhamdulillah. tuhan bg peluang bertaubat! huhu!

Naddy said...

haahahha lipan da menodai kau..hahaaa

Cik Puan Bunga said...

@Naddyauwwwwww! Hahaha!

cik aletheea : said...

kagum* kagum*
dah ler tengah saket, boleh bangun dgn garang nye g pukul cik lipan tue...seb baik x kene gigit...cepat sembuh tanpa sbrang tompok-tompok ye...amin

Cik Puan Bunga said...

@cik aletheea :Terima kasih. Tuntutan hidup tu. nak selamatkan diri punya pasal. huhuhu! oh terima kasih untuk doanya. amin! :D