Thursday, June 9, 2011

Stupidity Tu Bukan Satu Benda Yang Boleh Buat Kau Dapat Pujian

Hari ni aku nak cakap pasal perangai manusia yang kadang – kadang kalau nak tunjuk sangat bodohnya sampai tak menyempat – nyempat nak tunggu besok – besok. *Mengeluh macam good – good* Aku dah tersampuk pulak asyik nak cakap ‘good – good’ je sekarang. Students akulah ni pengaruh benda yang bukan – bukan kat aku! Cis!

Berbalik kepada objektif sebenar aku menulis entry ni aku nak cakap pasal perangai manusia yang kadang – kadang kalau nak tunjuk sangat bodohnya sampai tak menyempat – nyempat nak tunggu besok – besok. Kehkeh aku copy paste jek ayat tu. Malas pulak nak type sampai dua kali.

Aku jumpa banyak betul contoh – contoh tauladan manusia yang ngokngek kepalakemek ni. Banyak. And salah satunya baru jadi kat aku masa aku and family syoksyokyokyok memperabihkan duit gaji kat Terengganu minggu lepas.

Masa tu kitorang baru keluar dari parking Tanjung Vista Hotel nak ke Pasar Payang. Jalan kat situ memang one way saja. Anak panah memang merata – rata menunjukkan jalan tu memang one way doh. Sapa tak nampak memang anak luar... biasa. Tengah syok – syok suami drive sambil aku susukan Adam, tetiba ada satu kereta pacuan empat roda datang dari arah depan. Laju gila. Straight memang laju dan menghala ke arah kereta kitorang. Gila tak cemas weh! Sampaikan nak mengucap pun lupa! Tragis!

Memang patutlah kitorang cemas, dah namanya jalan one way. Datang celah mana pulak kereta lahanat ni. Laju pulak tu. Tindakan terakhir suami adalah beam kan lampu berulang – ulang kali sambil hon hon banyak kali jugak. Mana tau driver dia tengah mabuk ke tengah kiss molot dengan gf dia ke hape kan sampai tak sedar kereta dah melawan traffik ke tengah mabuk samsu tonggak ke. Tapi nak lagi tunjuk perangai bodohcelaka ehem excuse me kereta tu boleh beam balik siap hon hon nak kena cepuk. Peh aku dah berasap dah ni plus gabra gigil kepala lutut. Habis aku carutkan driver bangang kuasa dua tu. Nasib baik tak berlanggar, suami aku cekap jugaklah. Sibet kau sibet kau! Sumpah aku dalam hati.

Bahaya tau tak buat perangai bangang macam tu! Kalau berlanggar macamana? Kalau mati macamana?Kalau kau yang mati takpelah kan, anggap saja ajal dah sampai. Tapi kalau aku ke yang mati?Dunia kurang satu tau tak manusia jelita ayu rupawan dalam dunia ni. Taulah kereta kau besar, kalau berlanggar dengan kereta cabuk aku ni memang tak berkudis pun tapi hormatlah sikit pengguna jalan raya yang lain. Jangan membuat lahanat di jalan raya. Beng - ap sangat ke sampai tak nampak signboard jalan sehala?Kau tak nampak ke kereta semua tuju arah lain kau sorang je tala arah lain? Kereta besar mak aihhhh tapi otak kau lagi kecik dari nat tayar kereta kau. Cis!

Tuh tuh kereta puaka. Sesuai sangat jadikan hantu Karak. Sebab puaka!
Tak nampak sapa yang drive. Kalau Melayu, memang memalukan.
Masa kitorang kat traffic light, kereta lahanatpuaka tu rupa – rupanya ada kat belakang kitorang. Sibuk nak selit menyelit nak duduk depan taknak ikut turn. Peh panas hati betul. Cermin gelap doh budget artis sensasi ke hape. Aku pun terus ambik handset cap katak ambik gambar kereta tu dengan niat dalam hati memang nak publish dalam blog. Manalah tau ada sesapa yang kenal kereta tu terbaca blog aku ni kan. Bolehlah kau sampaikan ucapan tulus ikhlas KEPALAHOTAKKAU kepada pemilik / driver kereta berkenaan.

Siap terpampang eh flat kereta. Ada aku kesah?

Macam aku cakap tadi manusia kalau nak tunjuk sangat bodohnya kadang - kadang sampai tak menyempat – nyempat nak tunggu besok – besok.

Dah. Babai!

4 comments :

cik.chacha said...

setuju dgn sis bunga, kalau jumpa org camni mmg rase nak carut2 kan aje...

tapi disebabkan dah lama stay kat terengganu ni, kinda dah biasa sangat jumpa driver yang macam tu. =.='' (not all driver la kan tapi ramai jugaklah yg perangai cam sibet.)

Miss Tasantek said...

ouh..aku ada cerita masa kt Tengganu balik dari antar eno kawin. masa tu kami benti kat Kelulut beli kopok lekor kat kedai tepi jalan yg famous amous tu.
masa tengah2 bli tu, tiba2 ada lah bunyi bedentum motor tegolek siap budak yg bawak tu tegolek2 macam kayu balak ke tpi jalan. sadis giler. masa tu aku dengan bapak aku terus lah dapatkan budak tu. ada satu brader tu kejar keta yang terlibat eksiden tu sbb keta tu tak nak benti.
sebuah kereta Merc mewah yang dinaiki sepasang suami isteri. bergaya giler macam nak gi kenduri kawin. ingatkan dia benti nak tanya apa jadi kat budak tu sebab die kata tak perasan pon motor tu tesenggol dengan die. tapi...makcik tu dok sebok cakap sape nak ganti signal die yang pecoh tu. bapak die. sekali wakli sound direct je,
" tak payah citer banyak boh, bawak budak ni gi klinik dulu baru sambung citer lagi. kesian budak ni luka2"
pakcik tu macam segan dengan wakli die nak bawak dak tu gi kinik tapi bini dia tu mati2 tak nak pegi. nak gak tau sape salah.
u know sape salah??
menurut adik tu :
" saya jln kat tepi je, tapi tak tau lah keta tu tiba2 masuk jalan saya dan saya tesenggol die sikit. terus motor saya tak boleh kawal.rasanya dia nak elak keta yang bagi signal nak masuk simpang depan tu "
see?? bodo yang tak sempat nak tunjuk besok2. Melayu beb. melayu. kesian budak tu.koyak rabak baju kurung die.

Cik Puan Bunga said...

@cik.chachaBetul betul. Huhuhu! Entah apa yang ada dalam fikiran sampai tak nampak signboard. Gilak ah!

Cik Puan Bunga said...

@Miss TasantekKESIMPULANNYA APA? - Bodoh kena tunjuk hari ni. Seksok dah tak valid. Bengong.