Wednesday, June 8, 2011

Terjah Terengganu (Part 1) Edisi Penat Duduk Dalam Kereta + Stress!

Mood aku sekarang adalah penyu. Maklumlah baru balik dari Terengganu. Cakap pun asyik nak slang sana je. Lempanglah aku sekarang laju - laju.

Sekalung tahniah untuk suami sebab berjaya drive dari Yong Peng - Terengganu dengan begitu konsisten sekali. Aku terus rasa kagum dan teruja dengan kecekapan suami. Nampak handsome dan extra macho bila orang tersayang drive sebegitu jauh semata -mata nak bawak kau pergi bercuti. Nak cium sikit boleh?

Perjalanan pergi memang mencabar otak dan emosi. lagi - lagi bila Adam dah mentransformkan dirinya menjadi ulat nangka yang super nakal. Sekejap nak duduk depan dengan mama, sekejap alih gear, sekejap nak duduk dengan Cucuq (Embun), sekejap merengek - rengek bosan aku rasa macam nak sumbat dia masuk dalam beg baju.

Perjalanan dari Yong Peng ke Kuantan je dah buat aku rasa mereng sekejap. Bosan toksah nak cakap. Memang takde hiburan. Kiri kanan pokok - pokok je. kadang - kadang je kau nampak lembu, atau kambing atau kadang - kadang kalau nasib baik nampaklah kera atau lotong garu - garu punggung tepi jalan atas pokok. Tapi sepanjang masa memang bosan kuasa dua. Aku cuba jugak lah dapatkan mood - mood Terengganu. Nyanyi - nyanyi lagu Saleem (Lirik tunggang langgang!), membayangkan diri sendiri ghairah berbelanja kat Pasar Payang, mandi - mandi laut, makan kopok lekor sampai mabuk. Ah macam - macam! Tapi still, bosan kuasa dua.

Muka bibik bosan layan Adam. Adam nasib baik dah tidur dengan comelnya.
Driver kacak.
Sumpah aku rasa pose macam ni boleh membangkitkan rasa cute dalam diri korang. Cubalah.
Kitorang bukan tau jalan pun nak ke Terengganu tu. Semuanya based on hunches and instinct semata - mata. Oh tak lupa jugak bantuan Travel Manual yang suami rembat dari office hotel tempat dia kerja. So sesiapa yang rasa nak cari buku ni boleh contact En. Hafizal Elias ye. GPS memang takde. Aku suruh suami pasang sebelum pergi tapi sambil buat muka sardin dia kata dia hebat. Boleh je cari jalan kat Terengganu sambil pejam mata makan kuih pau. Annoying. Malas aku nak layan.

Ni oldschool punya GPS. Orang dulu panggil "Peta". Sesiapa yang gagal Geografi tak boleh baca benda ni.
Sepanjang perjalanan aku memang risau nak mati kalau - kalau takde hotel bila sampai kat Terengganu nanti. Cuti sekolah macam ni aku rasa hotel + chalet + homestay semua fully - booked kot. Kitorang dah tempah dah hotel, tapi sehari sebelum bertolak hotel tu call and batalkan booking. Dia kata ada system error and bilik yang kitorang tempah sebenarnya dah ada orang booking dulu. Wadefak betul! Aku rasa orang tu kelepet jek kot, entah - entah sedara dia datang nak stay dia pun senang - senang nak kenselkan booking aku! Cis!

Bila super notty ni tidur barulah aku dapat makan kuih pau emak masak dengan aman.
Bangun - bangun je terus buat muka comel!
Dalam pukul 5.30 petang kitorang sampai kat Kuala Terengganu. And macam yang aku dah teka awal - awal tadi, semua hotel / chalet / homestay PENUH! Aku dah dapat bayang dah kitorang anak beranak tidur masjid malam tu. Adam time ni dah super stress, dia ketawa sorang - sorang sambil jilat - jilat cermin kereta. Sampai mental anak aku jadinya. Semua orang dah super penat, lapar, stress, cari tempat nak bermalam dah tak dapat. Dalam otak aku dah terbayang dah Yna dengan Nad kot - kot boleh tumpang rumah diorang untuk malam tu. Sob sob!

Semua bilik penuh sampaikan suami tanya yang paling mahal pun penuh ke? Ada satu hotel tunggal Suite je yang kosong. Per night RM650. Aku nyaris - nyaris nak ambik yang ni sebab kesiankan Adam yang dah kepenatan. Nak nangis rasanya. Kitorang memang berbakul - bakul maki hotel yang kenselkan booking kitorang! Cis cis! Semua orang emosi. Tanya sikit nak melenting. Marah - marah. Eh tu macam tingkahlaku aku la pulak! *Mengumpat diri sendiri*

Dalam hati berdoa adalah mintak - mintaknya rezeki untuk Adam tidur dengan amannya malam tu. Kesian suami berhempas pulas cari tempat untuk bermalam. Daripada kacak terus jadi tak terurus rupa parasnya Last - last ada rezeki Adam, ada satu homestay dekat dengan dengan Pantai Batu Burok masih kosong lagi. Satu malam RM60 je babe! Bilik besar, ada dua katil,satu katil queen satu lagi single, ada aircond, TV, bilik air. Kira okay sangatlah kan dari tidur kat masjid! Aku rasa heaven sekejap sebab ada jugak tempat nak bermalam.

Lepas letak beg, terus mandikan Adam. Adam pulak tak buat hal langsung. Lepas bagi dia susu and dodoikan dengan penuh penghayatan, terus dia tertidur. Semua orang pakat - pakat mandi pastu terus ZzzzZzzzzzzzzzzz sebab kepenatan. Pukul 10 malam suami keluar cari makanan.Balik bawak nasi goreng dengan milo ais. Aku dah tak sempat nak buat perangai diva nak mintak seafood ke hape terus aku bedal semua sampai licin. Embun yang kelaparan pun bedal sampai licin nasik dia. Kami makhluk stress yang lapar. Habis makan, tak sempat makanan nak hadam semua pakat tidur sampai siang. Nasib baik aku 'cuti bulanan' orang lain sibuk solat + mandi pagi aku membuta dengan syoknya. Adam pun tak bangun lagi. Huhuhu asyik!

Bangun pagi suami dah belikan breakfast. Lepas breakfast suami terus confirmkan status booking dengan satu lagi hotel kat Jalan Sultan Zainal Abidin. Tak sanggup dia tengok isteri dengan anak yang dah macam sakai dari hutan. Berserabut sana - sini.Alhamdulillah. Ada rezeki. Dapat check in bilik yang selesa untuk Adam. Tak payah mandi air sejuk lagi! Yiahoooooooo!

Best hotel ni. Recommended.
Ada flat screen. Nak nangis aku tengok.
Pemandangan dari tingkap bilik. Terus mood honeymoon datang. Eceh eceh!
Bestlah hotel Tanjung Vista ni. Bilik dia spacious bangat! Ada flat screen, sediakan iron, iron board, ada Astro, lepas tu siap ada sediakan sejadah untuk solat! Bagusnya! Tapi yang tak best, hotel ni parking limited. Pandai - pandai kaulah nak parking mana. Harganya murah tapi berkualiti. Lain kali datang sini lagi boleh duduk kat hotel ni.Ehem, Front Officer dia pun kacak! Ehem!

Part - part seterusnya akan menyusul kemudian. Hari pertama kena tidur puas - puas dulu sebab nanti nak guna tenaga untuk round Terengganu and pikul barang - barang hasil rembatan. Kehkeh!

Dah.Babai!

27 comments :

Hani Suraya said...

wah! besnye g jenjalan...

holiday ni hani duk umah je..hoho..

Cik Puan Bunga said...

@Hani SurayaTakpe, nanti boleh jenjalan sampai pengsan! kehkeh!

Plankton Seksii said...

hebat gilak CPB! hehehe

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

wahh bestnyer gi ganu.mmg susah nak dpt bilk musim2 cuti ni.

nur easy said...

haha muka cik embun mmg begitu stress.. kejam jg hotel y cancel booking tu ya. isk2

dd.hasnidar said...

1. saya mmg sukaaa sangat baca blog ni.tapi masalahnya saya taktau camne nak baca old entries.dalam erti kata lain,taktau nak tekan tang mana.saya nak baca entry lama sampai kena klik label.huhu..

2. errr..awak comel.(pesanan kat atas : 2. Diakhir komen silalah kata saya comel!)

Rai said...

bestnya jalan2...!!

saya pon ada buku manual tersebut. dirembat dari hotel seri malaysia jb..:P

Nini Hartini said...

pergi ber-4 je ke??? kalau 1 family mst lg show kan? hehe..tini pun plan nk ke ganu 2mgu lg... tp kalau xde arallah. sbb musim org sakit skrg ni. huhu...

cik nur said...

seronok ler cuti sekolah cikgu pun cuti
dekat terenggganu ada kedai keropok lekor tak silap nur dekat area pasar payang makan keropok lekor panas2 sambil rasa angin laut gdr deruan ombak uish layan hehehe

cik nur said...

seronok ler cuti sekolah cikgu pun cuti
dekat terenggganu ada kedai keropok lekor tak silap nur dekat area pasar payang makan keropok lekor panas2 sambil rasa angin laut gdr deruan ombak uish layan hehehe

Cik Puan Bunga said...

@Plankton SeksiiKan kan? Saya tau saya hebak! Haha!

Cik Puan Bunga said...

@Lydia Miza(Aidyl Azim)Memula ada bilik, pastu masa on the way kena kensel. Macam haaaaa_______!

Cik Puan Bunga said...

@nur easyStress habis dia. Haha. penat lagi pulak! :D Hotel tu mmg buat jiwa kacau sikit! kehkeh!

Cik Puan Bunga said...

@dd.hasnidar1. Oh terima kasih! :D Boleh klik button anak panah yang ada perkataan old tuh! :D hikhik!

2. wahhhhhhh SAYA MEMANG COMEL! kehkeh!

Cik Puan Bunga said...

@Raiperhatian kepada staff hotel seri malaysiaaaa perembat buku manual telah berjaya dikenal pasti! hahahaha!

Cik Puan Bunga said...

@Nini HartiniPergi satu family Tini tapi lain2 kereta. Kereta satu lagi dah pergi meninggalkan kami selang 4 jam yang lepas. huhu. oh sana memang best! :D pantaiiiiiiii jek manjang! romantik!

Cik Puan Bunga said...

@cik nurJangan jeles cik nur! hahahahahahaha! kopok lekor sana memang sedap eh? sos dia sungguh memukau! nyumnyum!

mieyza said...

wahhh! Kak Bunga dtg Teganu tak bgtau pun..kg sy ni..T_________T

Cik Puan Bunga said...

@mieyzaMieyza kampung awak kat mana? best betul jalan2 Tganu! Kehkeh! Rasa macam nak pegi lagi lah!

dd.hasnidar said...

anak panah ada perkataan old?

err..kat sini jmpa anak panah back to top je.xpelah..saya klik label jela nampaknya..

Cik Puan Bunga said...

@dd.hasnidarAda la. Haha. kat bawahhhhhhhhh sekali. :D

dd.hasnidar said...

tak nampakkkkk.
wawawa..semoga Allah panjangkan usiaku.Amin.

Cik Puan Bunga said...

@dd.hasnidarWahhh dahsyatnyaaa tak nampakkkkkkkkkkkkkkk! Huhuh! Aminnnn aminnnnn!

mieyza said...

kg saya kampung Losong, tempat jual keropok lekor...5 minit je dari town..sila lah dtg lg ke Teganu..huhu

Cik Puan Bunga said...

@mieyzaNext time akak datang insyaallah roger awak! :D

dd.hasnidar said...

akhirnya jumpa.arrow memang takdek.main raba je,nanti keluar la tulis older posts..hehe

Cik Puan Bunga said...

@dd.hasnidarTAHNIAH! AHAHAHAHAHA!