Wednesday, June 8, 2011

Terjah Terengganu (Part 2) Edisi Jalan - Jalan Habiskan Duit

Harus aku tegaskan disini bahawa (Ceh macam nak berbahas pulak!) tak banyak gambar - gambar menarik dan sensasi yang aku dapat ambik masa aku shopping gila - gila kat Pasar Payang. Tangan masing - masing kena kosong okay untuk pikul hasil rembatan nanti and lagi pulak tuuuu DSLR aku yang besar yang ada kaki dengan tangan yang comel yang kacak tu nak letak mana kan. Tapi kalau korang nak bergambar sakan kat sana pun takde hal, takde orang marah. Banyak je orang kehulu - kehilir sangkut DSLR kat tengkuk memasing. Cuma aku jelah yang tak larat. Lagipun masa itu emas babe. Daripada aku sibuk ambik gambar, baik aku sibuk tawar harga. Bijakkkk bijak.

Sampai kat Pasar Payang (Tak sesat babe! Terer tak aku?) pukul 10 lebih tapi orang dah ramai gila babun punya. Parking pun penuh sesak sampai kena beratur untuk tunggu parking kosong. Nampak sangat rakyat Malaysia ni suka betul kalau bab - bab menghabiskan duit nih. Aku pun termasuk sekali la. Sebab awal - awal dah pesan kat suami withdraw kat ATM bagi habis duit gaji. Huwahahahahahaha (Ketawa macam orang mental)

Sekali lagi aku berdoa moga - moga ada rezeki parking untuk Adam. Alhamdulillah, ada parking kosong dekat dengan tangga nak masuk Pasar Payang. Jahat eh aku, doa guna nama Adam. Tapi Alhamdulillah Allah makbulkan. Amin amin! Masuk je kat Pasar Payang kedai pertama yang kami tuju adalah kedai jual keropok. Suami nak borong keropok kat sini. Banyak jugak borong keropok goreng yang pure ikan kat kedai ni. Suami jelah yang banyak beli barang apa yang dia nak kat sini. Harga pun macam tak lari jauh dengan kedai - kedai yang lain. Kat kedai ni kitorang rembat keropok ikan, keropok segera 10 bungkus, serunding daging 2 bungkus, asam - asam dengan sos pencicah. Ada jugak beli keropok udang tapi pakcik tu tak recommended. Asyik dok lobi suruh beli keropok ikan. Tak faham aku.

Adam behave gila - gila sepanjang masa.
Suami khusyuk pilih keropok.
Sana - sini keropok kau. Naik juling mata aku.
Adam kalau dapat puting gojes dia maka dia akan okay - okay saja.
Pakcik tu bagi free  asam sepeket. Dia kata makan dalam kereta. Belasah ajelah. Terima kasih pakcik! Lepas habis borong keropok, suami ajak borong souvenir pulak sebab dia takut kalau lupa. Mata aku dah melilau tengok soft toys penyu yang banyak gila - gila and pelbagai warna. Comel betul! Konon - konon Adam yang mintak, aku cakap kat suami nak dua biji. Satu untuk Adam satu untuk aku. Comel! Boleh gantung kat kereta. Kat perut penyu tu ada tulisan sulam TERENGGANU. Untuk size sebesar tapak tangan tu cuma RM7 je. Macam biasa kalau cari souvenir rembat keychain dengan fridge magnet ajelah. Keychain tu nak bagi sedara mara and kawan ofis suami. Fridge magnet nak bagi kat Maklong sebab dia suka kumpul fridge magnet. Banyak lagi souvenir cantik - cantik yang ada jual. Harga pun taklah mahal sangat. Tapi sebab nak control budget ehem maka beli yang convenient saja.

Muroh muroh sepeket 10 rial sajo!
Kitorang standby beli woven bag yang besar gila - gila untuk isi barang dalam tu siap - siap. So takdelah plastik bag berselirat kiri kanan tangan, dalam masa yang sama boleh ganti - ganti dukung Adam. Nak bawak stroller macam susah pulak sebab jalan dia kecik je muat - muat aku. Dah macam vietnam yang jual dari rumah ke rumah tu pulak. Misi seterusnya nak cari barang - barang untuk aku, family mertua and family aku. Masa ni emak tak ikut shopping sebab dia pergi wedding dengan family Makngah. Aku dah nak balik baru emak sampai. Lambat ah emak!

Habis satu pasar tu aku redah. Celah - celah kedai turun naik tengga semua aku pergi. Bukan senang nak datang sini, dah alang - alang sampai memang aku tawaf betul - betul. Adam pulak diam je dengan papa dia. Tak merengek. Cuma time nak susu ajelah dia buat perangai sikit. Lepas tu okay balik. Banyak kedai aku masuk, peniaga - peniaga ni mentang - mentang aku orang luar, dia tekan harga kaw - kaw punya. Aku dah terfikir nak cakap loghat Terengganu jek dalam kepala otak ni, tapi nanti nampak sangat kartun nya. Ada ke weh aku nak beli songket dia letak harga RM4500! Tercekik aku dengar! Sutera batik cantik - cantik tapi harga dia mak aihhhhhhhhh! Aku mampu beli yang harga seratus ajelah.

Masa cari batik sutera, aku tengok semua penjual dia lawa - lawa. Kecik cinonet je masing - masing. Uniform pakai baju sutera batik yang cantik - cantik. Perempuan Terengganu ni lawa - lawa eh. Muka memasing mulus je rasa macam nak lempang. Mana - mana lelaki yang nak cari jodoh boleh jugak datang sini. Manalah tau boleh sangkut dua tiga. Eh!

Penat shopping kitorang berhenti kejap untuk makan and recharge bateri Adam. Bila dah kenyang, sambung balik SHOPPING!

Pukul 2.30 petang baru siap. Masing - masing dah penat gila - gila dah. Hasil rembatan dah cukup memuaskan. Amin!
  • Sutera batik (Aku punya)
  • Kain batik 5 pasang (Untuk mak mertua + makcik aku)
  • Kain pelekat (Untuk abah mertua + pakcik aku )
  • Kaftan untuk Syira and Tisyar
  • T-Shirt (Meme,Embun, aku and suami)
  • Baju batik comel (Adam)
  • Set sudu (Emak)
  • Comforter Narita (Maklong)
  • Soft toys (Aku)
  • Keropok + Asam
  • Tudung bawal (Embun + aku)
Semua dah ready nak balik hotel. Nak solat and rehat sekejap sebab malam tu nak jalan - jalan tepi pantai and makan - makan pulak. Oh dan Adam pun perlu ditidurkan sebab taknak dia mental macam hari pertama hari tu. Adoi!
Dah.Babai!

6 comments :

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

kalau LM benda wajib beli adalah asam jawa yg pedas tu..hik2.

Cik Puan Bunga said...

@Lydia Miza(Aidyl Azim)Yang tu beli jugak! SEDAP! :D

ynadona said...

Perempuan Terengganu ni lawa - lawa eh? hahahhaa...nak saya jawab kan kah?

nur easy said...

alaa.. napa kita tak termasuk senarai penerima nih.. hik2 -tak berkait-

Cik Puan Bunga said...

@ynadonaTak payah. Duk diam - diam jek. Cis!

Cik Puan Bunga said...

@nur easyAhahahahahahahaha adoi!