Friday, July 1, 2011

Adam Buat Jantung kami Sekeluarga Berhenti Sekejap Selama Lapan Puloh Saat!

Pagi tadi semua orang sibuk kerumun Maklong nak tengok apa yang dia bawak balik dari Bandung. Malam tadi baru sampai dari KLIA terus balik ke Parit Yaani. Gila betul kakak aku sorang ni. Malam - malam pun sental jek drive dengan Paklong. Kami sekeluarga duduk berkumpul ramai - ramai sambil masing - masing mulut potpet sibuk tanya itu ini. Masa ni kami semua duduk kat pintu tengah sambil grill terbukak lebar. Adam and toddler yang emak babysit duduk sekali dengan kitorang.

Tetibe emak perasan yang Adam jalan terkedek - kedek ke anjung rumah menuju kat grill depan. Grill tu menghala terus ke laman rumah terus ke jalan raya. Emak perasan je cucu dia yang super hyper tu terkedek - kedek nak menghala ke depan, emak terus tangkap dia bawak masuk dalam rumah semula. Tapi still grill pintu tengah emak tak kunci lagi. Kami pun meneruskan pot pet sambil sibuk belek baju sulam, telekung sulam and macam - macamlah yang Maklong bawak dari Bandung.

Tengah asyik rancak berborak, dengar macam kereta suami nak masuk parking. Suami aku kerja malam hari ni so memang standardlah waktu - waktu around pukul 9 pagi macam ni dia sampai kat rumah. Tapi kereta suami tak terus parking tapi stop kat tengah jalan sambil hon - hon berkali - kali. Aku dah rasa lain macam dah, aku tengok kiri kanan Adam dah takde dah. Aku berlari sepantas kilat berdesup ke anjung, aku nampak Adam dah jalan terkedek - kedek kat laman rumah menghala le jalan raya. Ya Allah berderau darah aku rasa macam jantung stop tak berdegup! Elok je dia berjalan dengan kaki ayam hala ke jalan raya, ke arah kereta papa dia. Masa ni muka suami memang kalau di toreh tak berdarah!

Terus aku berlari kejar Adam, dukung dia and bawak dia masuk sambil tangan dia dua - dua belah genggam batu, mulut dia sibuk sebut Papapapapapapapapapa. Ya Allah aku tak tau apa yang aku rasa time tu. Bayangkan kalau Adam termasuk dalam parit depan rumah and takde orang perasan? Bayangkan kalau kereta atau motor yang lalu and terlanggar Adam? Bayangkan kalau Adam kena culik ke hape kan? Ya Allah aku rasa down sangat - sangat. Aku yang careless, aku sibuk sangat tengok kain baju sampai aku tak sedar Adam dah jalan ke halaman rumah. Ya Allah. Ya Allah.

Aku bersyukur takde apa - apa yang jadi kat Adam. Kalau tak, memang aku tak dapat maafkan diri sendiri. Aku mama yang careless! Memang tak boleh nak marah Adam, dia tak tau apa - apa. Kami yang dewasa ni yang careless, 6 orang dewasa boleh tak perasan Adam dah lepas keluar dari rumah. Careless and super duper idiot ah! Aku salahkan diri sendiri!

Benda ni jadi pengajaran buat diri aku, janganlah sekali - kali cuai dalam jaga bab - bab anak ni. Nak nak lagi Adam sekarang dah pandai jalan and kalau buat kerja - kerja jahat tu memang senyap jek mulut dia. Sekarang dia suka panjat grill, panjat meja lepastu berdiri atas meja. Ya Allah. Memang kena extra cautious lah. Hari tu, dia pegang iron masa aku tengah gantung baju. Melalak - lalak Adam sambil tunjuk tapak tangan dia merah kena iron panas. Haih anak mama.

Mama janji sayang, mama takkan careless lagi lepas ni. I love you, sayang! Maafkan Lina ye abang. Lainkali Lina tak careless lagi macam ni!

Oh Adam kalau mama marah dia suka sengih - sengih macam ni!

Dah. KBhai!

6 comments :

Rozana Mohd Zin said...

syukur alhamdulilah adam xde pape... next time hati - hati ye kak.. bahaya..

Cik Puan Bunga said...

@Rozana Mohd ZinTulah. Berderau darah ni rasa. Huhu!

Nini Hartini said...

suami akak marah tak? heee.. budak2 baru dpt jalan ni mmg kne jaga elok2. maklumlah, baru nk explore semua tmpt.

Goodbye Nuffnang
.

fa-rho-ha-alif-nun said...

Hoh baye tu kakkkkk. adoiii. takpe2 pngalaman spy mendewasakannnnnn mematangkann fikirannn (tiba2 nyanyi)

Cik Puan Bunga said...

@Nini HartiniUiii dia tak cakap apa, tapi faham sgtlah dari riak muka dia. macam kecewa habis lah. huhu. serik akak Tini!

Cik Puan Bunga said...

@fa-rho-ha-alif-nunHah ni kompom minat To Ki nih! hahahaha!