Saturday, July 23, 2011

Adam Pencinta Soft Toys

Aku okey je pun kalau Adam ternyata menggemari soft toys. Suami pun kata okay je kalau Adam suka soft toys asalkan bentuk soft toys tu takdelah macam gegurl sangat. Lagipun comel je kalau budak bambam macam Adam main dengan soft toys. Huhuhu!

Aku start belikan Adam soft toys dari masa dia baby lagi. First sofy toys yang dia dapat hadiah dari kawan - kawan office suami. Bebear warna biru. Tapi Adam macam tak berapa nak berkenan dengan bebear tu. Tak tau kenapa. Lepas tu belikan Adam macam - macam soft toys lagi sampailah dia tak boleh berenggang dengan soft toys dia. Nak tidur pun gentel - gentel soft toys dia dulu. Haha. Comel!

Tidur dengan aman bersama Bunny Hop. Bunny Hop ni Papa Aicha yang kasi. Thanks uncle!
Perasan tak tangan kanan Adam tengah pegang ekor Monkey pepel. Haha.
Dengan Giraffe dia.
Latest. Inchworm dia order dari Ummi Nad.
Suami kata Adam  inherit kecintaan kepada soft toys ni dari aku. Dulu masa bercinta asyik minta suami belikan soft toys aje. Bila dah ada anak, turun pulak kat anak. Kira okaylah kan dari Abang Fateh. Pantang nampak figurine ultraman mesti mintak belikan. Sampai penuh rumah dengan ultraman. Kehkeh!

Kitty aku pun dia sebat jugak. Dahlah jauh dari Jepun. Sob sob!
Tadi kesian gila Adam dia cari Kitty dia hilang. Tidur pun asyik terbangun je sebab cari Kitty dia. Sikit - sikit "Kittyyyyy.. Kittyyyyy.." Kesian anak bujang aku. Rupa - rupanya Kitty dia terlipat dalam comforter. Haha.

Ada jugak mulut puaka kata tak takut ke kalau Adam jadi nyah ke hape main dengan soft toys kan. Aku rileks je kot. Lainlah kalau Adam main dengan lipstick ke, eye shadow ke maka wajarlah aku merasa terancam dan patut berwaspada. Setakat main bebear takde pondan nya anak kaulah, Jenabbb oiiiii!

Dah.KBhai!

6 comments :

ieyfa syifa said...

adam comel :)

Cik Puan Bunga said...

@ieyfa syifathanks! :D

cik nur said...

hehehehe suka tgk adam comel jaa ala kalo kecil bg jer explore sume kan :)

Cik Puan Bunga said...

@cik nureheh. thanks cik nur. dia mmg suka soft toys! :D

dd.hasnidar said...

eh,kalau boys main soft toys pondan ke?takdek la.anak dd tu mmg dari kecik main soft toys yg asalnya kepunyaan dd.

dah besar ni dia dh mula minat machineries mcm backhoe,excavator etc.tp kesayangan dia ttp turtle.awak bleh tgk kat entry ni :

http://ddhasnidar.blogspot.com/2011/01/turtle-bucuk-rifdi.html

Cik Puan Bunga said...

@dd.hasnidarorang kata. adam sukaaaaaaaaa gila main soft toys, digigit2 sampai basah. cool jek kan? comel! hahahahaha!