Friday, July 8, 2011

Akhirnya Kereta Merah Itu Pulang Jua

Tengok ada pics Viva 1.0 merah ni karang ada hati - hati yang sentap. Lantak. *Mata ke atas, tangan ke bahu, mulut buat muncung itik*. Setelah melalui banyak onak ranjau berduri wah ayat kelas kau macam novel cinta, maka sampai juga red warrior aku ke halaman rumah semalam. Emak kata ajaib jugaklah sebab tiba - tiba je kereta ni ada depan rumah. Takde pulak orang bagi salam ke atau bagitau emak kereta dah sampai ke apa ke, takde takde. Emak kata manusia yang tak dikenali datang parking depan rumah terus berambus macam penyangak. Berbudi bahasa betul manusia yang buat kerja - kerja macam ni (Lagi nak ajar aku budi bahasa. Pui!)

Sedih betul. Dulu masa aku dengan suami beri kereta ni pada orang, kereta ni comel je, terpelihara susuk tubuhnya, bersih dari segala noda. Harum dan sungguh memikat. Takde pulak aku campak kereta ni tepi jalan weh kau sila ambik, ke hape ke, aku hantar rumah, bagi elok - elok. Tuptup masa pulang, macam tu dia buat. Takpelah. Mungkin itu cara orang berbahasa dengan aku. Ye ye aku terima saja. Karang cakap lebih - lebih heboh pulak sekampung kata mulut aku jahat. Tak kuasa I, nyah!

Rindu betul aku dengan Red Warrior (RW) dah 6 bulan tak jumpa. Masa aku nampak dia dah tersadai depan halaman rumah, rasa sebak pulak secara tiba - tiba. Nilah harta pertama yang aku ada lepas berkerja. Bila tengok dia dalam keadaan macam tu, aku rasa sedih pulak. Perkataan pertama yang terlintas dalam hati aku "Tak guna!". Serious. Dulu aku jaga dia dengan best walaupun suami aku malas nak ambik tau pasal dia sebab suami aku tak berkenan dengan warna dia, tapi aku sayang gila kat dia. Aku tak bezakan antara dia dengan Farrel. Dua - dua aku sayang. Tiap - tiap minggu aku basuh dia. Lap interior dia. Tsk. Senang kata aku jagalah.


Tapi bila RW sampai semalam :

Ni interior terbaru dia. Cantik kan? Oh kayu tu bukan kami punya. Tapi tup tup ada. Some sort of message ke hape, wallahualam.
Seat depan dia cantik sangat. Kan? Rasa macam nak lempang orang.
Bila barang kita dipinjam, kita harap orang akan jaga barang yang kita pinjam baik - baik. Macam kita, pinjam harta orang, janganlah macam nak buat hak milik pulak kan. Musibat namanya tu. Even dulu masa aku study kat U, kalau aku sewa kereta orang, sebelum pulang aku cuci dulu and bersihkan kereta tuan punya tu. Tak pernahlah aku membuat durja. Sampaikan tuan kereta tu selalu bagi aku beberapa jam free (Kadang - kadang sehari free) sebab aku selalu buat harta dia macam harta aku. Harta dia macam harta aku means bukan aku guna sesuka hati aku, tapi aku jaga macam harta aku. Takdenya nak membuat durja. So lepas ni satu kerja pulak aku nak hantar RW ke car wash untuk cuci kusyen dia. Tak pernah pulak aku jumpa kalau cuci kusyen dapat setakat RM40-RM50. Tapi takpelah, nak buat cemana kan. Bahagian ni yang aku dapat.

RW ni banyak kenangan dalam hidup aku dan suami. Yang paling romantik bila suami datang pada malam kami bertunang hanya bertemankan RW dan cincin. Romantik kan?Macam jejaka idaman kau datang with a shining armor riding a horse. Tulah knight aku. Heeee. Sampai mati aku ingat. And satu lagi yang best, yang takkan aku lupa sampai bila - bila, aku bawa balik Adam yang pada ketika itu masih fragile and tiny naik RW. Sepenuh hati aku mempertaruhkan RW untuk bawak balik putera hati aku dan suami. Memang takleh lupa.

My Red Warrior
JKR 9594. Kalau nampak dijalanan, hon dua kali tanda kita saling mencintai.
Yang aku paling kesalkan, kenapa tergamak diorang layan RW macam ni, sebab RW adalah sebuah kereta yang hebat. Diorang tak tau ke yang RW....

Juga sebuah autobots yang berkuasa!
Takpelah RW. Jodoh kita masih panjang. Biarlah kau dalam jagaan aku dengan tenang. Duduk jangan gaduh - gaduh dengan Farrel and Bang Long ye. Hidup muafakat, aman damai. Kesian RW, mungkin dia trauma. Pada readers aku nak pesan, kalau pinjam harta orang, jaga baik - baik tau. Korang jangan membuat durja. Namo namo! Tendang nanti!

Dah.KBhai.

12 comments :

Miss Tasantek said...

sial nyer perangai...letak je then blah??
kak, buluh tu cam ada mesej je. salai atas api ar..kalau orang tu niat jahat kat kau mesti die tebakar. keh keh keh...

-[DeeYA]- said...

hadoooooiiiiii!!!!!
bleh sakit jantung tgk keta tu.
sibet btol!dh pinjam xreti nk jaga.
xbagi pinjam berbunyik pulak mulut masing2.
ish2..sabar2.dugaan dunia.

p/s:miss u la babe!!! =(

Cik Puan Bunga said...

@Miss Tasantekyup. letak and blah.
bukan citer bohong ni. ini real punya.
hahaha mak aku kata cam penyangak perangai.buluh tu entah. mesej tersirat gaknya. selamat bapak aku ambik. buat pe tah. huhuhu. budi bahasa budaya kita.

Cik Puan Bunga said...

@-[DeeYA]-amacam cantik tak keta aku?
bersinar2 kan? hahahaaharam!
takpe2, aku sabar, karang tak sabar mmg dah berlumutlah manusia tuh.
cis betul!

p/s : miss u tooooooooooo! :(

cik nur said...

hurm memamng sakit hati la kalo dapat harta kita balik mcm keadaan nyer hai..mcm2 manusia nie kan..

Cik Puan Bunga said...

@cik nurNak buat cemana cik nur. dah nasib. haihhhh... :(

Naddy said...

ptut lma x nmpk si merah tu...peh trbaekk la seat die...ada jual x??hahahahhaha kalau dah prangai cm tu...1 je yg ble ubah die..iaitu..bila die trima hukuman Allah...huuuuu uztajah x gua? =) sabr byk2 yerr

Cik Puan Bunga said...

@Naddyhalamakkk ustazahnya kau! :D hahaha takpelah naddy, nak buat cemanakan. nanti aku cakap banyak2 lain pulak jadinya. malas betul. bercakap dengan mereka yang tak educated ni (ehem) susah sikit.

faRahAdILa said...

tukar je dgn satria gti dia. ;p

Cik Puan Bunga said...

@faRahAdILaah tak kose! :( kalau santek takpe jugak! huhu!

with love:zaren said...

t silver saye akn hon RW cik puan bunge ea...haha

Cik Puan Bunga said...

@with love:zarenorait babe! :D nak lagi best belanja owner dia makan seround! haha!