Monday, July 4, 2011

Banyak - Banyak Orang Yang Aku Tak Hormat, Kau Je Pun Sebenarnya!

Aku ambik masa selama beberapa hari untuk redakan emosi and dalam masa yang sama cuba nak cool downkan perasaan marah dalam hati. Aku buat hidup macam biasa, dengan harapan perasaan marah yang membuak - buak dalam hati aku ni sikit - sikit akan berkurangan. Alhamdulillah. Tak sia - sia usaha aku selama beberapa hari ni. Walaupun hati masih terasa sakit lagi, tapi aku dah lupa macamana perasaan marah aku hari tu sampai rasa macam nak membunuh secara besar - besaran. Syaitonnnnn syaiton!

Kalau hari tu masa aku tengah marah, aku buat entri ni, mesti ayat aku akan jadi melampau habis, maybe akan kedengaran kurang ajar and mungkin akan memburukkan lagi keadaan. So kali ni, aku nak cuba sedaya upaya untuk tidak mengeluarkan apa - apa ayat yang boleh mengundang malapetaka. I tryyyyyy!

Cuba korang bayangkan situasi ni, 

Ada seorang manusia yang dulu menghalang gila - gila kau nak kawin dengan boyfriend kau, siap panggil mak bapak segala datang universiti kau semata - mata nak mengkeji kau, nak malukan kau depan orang ramai, orang yang tergamak sabotaj majlis pertunangan kau sampaikan di malam yang sepatutnya kau bertunang, yang ada kat rumah kau hanyalah kau, family kau dan lelaki yang nak bertunang dengan kau. Tanpa sebarang majlis, tanpa sebarang lafaz apa - apa, semuanya sebab orang yang kau harapkan boleh tolong kau jayakan majlis pertunangan kau, tikam kau dari belakang, sanggup palatkan majlis pertunangan kau, supaya bapak dia boleh mengamuk - ngamuk and make a scene.

Manusia yang taknak membantu langsung masa kau nak kawin, maksud aku bukanlah mintak bantuan kewangan ke hape, tapi cukuplah memadai bagi bantuan sebagai wakil dari pihak lelaki, nak nak lagi pengantin lelaki adalah adik kau, at least tunjuklah muka masa adik kau kawin, sebab adik kau sorang - sorang duduk atas pelamin takde sorang pun sedara mara dari sebelah dia yang datang tengok dia di hari berbahagia dia. Takde. Kau tak datang.

Dan manusia ni jugaklah yang sanggup bawa kayu baseball semata - mata nak pukul adik dia, masa adik dia balik rumah mak bapak dia untuk ambik baju / sijil - sijil / degree segala sebab adik kau dah kena halau sehelai sepinggang sebab kawin dengan perempuan yang bukan pilihan mak bapak dia. Kau ingat tak? Setiap kali adik kau perlukan kau untuk at least bantu dia dari segi sokongan emosi, tapi kau takde. Kau langsung tak bantu dia, kau langsung tak endahkan dia. And sekarang kau nak cakap pasal adik beradik dengan aku?

Well, bila kau kata kau nak ajar aku cara macamana nak hormatkan kau, aku rasa macam nak tergelak guling - guling pun ada jugak. Nak ajar aku hormatkan orang?Pleaselah. Kau tau ke nak hormatkan orang macamana? Janganlah nak buat kelakar dengan aku. Kau kata kau berkira habis dengan aku?Apa yang kau nak kira dengan aku?Ataupun sebenarnya siapa yang patut berkira dengan kau? Aku ke yang pakai harta kau? Last time aku check, kau yang pakai harta aku. Correct me if I'm wrong!

Banyak kali kau repeat dalam sms yang kau bagi kat suami aku, kau kata yang aku tak hormatkan kau. And konon - kononnya kau nak ajar aku macamana cara nak hormatkan kau. Jujurnya, aku geli baca sms tu. And kalau kau nak sangat tau, kau tergolong dalam golongan manusia yang memang aku takkan hormat sampai bila - bila. Kau tak layak kot nak dapat taraf yang sebegitu tinggi dalam hidup aku. Nama nak hormatkan kau memang mimpi di siang hari lah.

Selama ni aku banyak diam je kot bila kau buat macam - macam semata - mata nak pisahkan aku dengan suami, and aku tau kau sedikit sebanyak terlibat dalam semua benda yang jadi sebelum and selepas kami kawin, tapi kau lupa satu bendalah, Allah tu Maha Kaya. Sooner or later, kau akan tau jugak kot langit tu tinggi ke rendah. Selama ni aku sabar je bila kau buat macam - macam, pada aku, pada suami. Aku memang tak boleh kalau suami yang kena, aku rela aku yang tanggung semua ni. Tapi bila kau dah sakitkan suami aku, and libatkan aku sekali dalam hal ni, kau memang macam orang bodohlah.

Seriously, kau tak layaklah nak cakap pasal hormat dengan aku. Nak buat kacau kat sekolah aku? Nak malukan aku depan orang ramai? Kau cakap memang sebijik macam orang bodoh. Kau ingat aku budak - budak bangang ke yang kau boleh piat - piat telinga suka - suka hati kau? Sorrylah banyak - banyak. Kalau kau berani, kau buatlah babe.

Satu je kot pesan aku, orang kata ukur baju kat badan sendiri. Kalau tak mampu, buat cara tak mampu. Jangan berlagak macam orang mampu. At least, aku kerja, ada income sendiri, tak menyusahkan suami aku, tak menyusahkan kau, tak menyusahkan mak bapak kau. Susah senang adik beradik aku sudi membantu. Adik - beradik aku terbaik, tak pernah menyusahkan orang, masing - masing berjaya. Alhamdulillah. Yang paling penting, adik - beradik aku tak pernah keji suami aku, diorang sayang suami aku macam darah daging sendiri. Jauh beza babe, jauh beza.

Dan yang paling aku bersyukur, suami aku tak macam kau. Sangat - sangat jauh beza. Wekkkk!

p/s : Terlajak perahu boleh di undur.


Dah. Kbhai!

20 comments :

Aimie Lieyana said...

Sabar ye kak..
mcm2 jenis manusiaade dlm dunia ni..

Cik Puan Bunga said...

@Aimie LieyanaThanks aimie! :D

tengkujuh said...

Aku suke entri ni!

-[DeeYA]- said...

bersabar ye.
nk gaduh2 pun xbleh selesai masalah.
doa byk2 dia dpt pengajaran+petunjuk dari Allah.

p/s tetiba rasa nk baling bom kat dia.cool x??hehehe..

ishhh..syait000nnn!!!shoooohhhhhh!

ynadona said...

tragis nye...

nur easy said...

manusia itu berubah. mudah2an Allah limpahi rahmat.

p/s: sangat comel header baru. lebat rambut adam..;)

are_liana said...

sabar cikgu..
pasti Allah telah rencanakan yang terbaik untuk cikgu sekeluarga, insyaAllah. ameeen :)

p/s : adam comel seduniaaaaa ! hehe ;)

mieyza said...

T______T..tsskk..sy pun ada list manusia2 hampeh yg xakan sy hormat sampai dorang mamps...:(

sampai mati pun xhabis fikir knp susah sgt manusia2 hati busuk ni nak mudahkan urusan keluarga sendiri. Org2 ni mmg sy dunia akhirat xkan maafkan..T_T

Rai said...

aku consider ko dah paling penyabar dah ni cik bunga..kalau aku mmg da maki terus da..pundek semua keluar aku rasa..

Cik Puan Bunga said...

@tengkujuhTerima kasih. sokongan moral diperlukan. Huhu!

Cik Puan Bunga said...

@-[DeeYA]-Jahat tak kalau aku cakap, aku takkan doakan dia dapat petunjuk ke apa dari Allah? Dah banyak sgt membuat durja dalam hidup aku. argh!

Cik Puan Bunga said...

@ynadonaSungguh. Sob sob!

Cik Puan Bunga said...

@nur easyInsyaallah (tak ikhlas)

hahaha dalam doodle jek rambut lebat! kahkah!

Cik Puan Bunga said...

@are_lianaTerima kasih. cikgu tengah sabar ni. tapi kdg2 terbabas jugak sabar tu! :D

Cik Puan Bunga said...

@mieyzaMemang hak kita kan nak maafkan org tu atau tak.. bagi akak, memang akak takkan maafkan. dah banyak kali kot akak mengalah. hasilnya? Inilah dia....

Cik Puan Bunga said...

@Raikalau ikutkan hati ni rai... haishhhh!

Afne said...

mmm.. klu ikut ayat2 karangan ni dr a-z mcm tau. sbr lah yat. since kita cam ada hubungan bkn affair bau2 kentut takde bunyi ni tau gitu2 lah. but hey, cam setuju ur 2nd last parag tu. kuat tul kan semangat pizal.

Cik Puan Bunga said...

@Afnepenatlah kak, balik - balik yang dapat busuknya asyik saya dengan family. orang lain confirm 100% salahkan saya. yelah, saya je yang nampak jahatnya. huuu sob sob. tapi takpe, demi suami dengan adam saya kena jadi kuat! yeah! yeah!

thanks kak. kalau suami tak kuat semangat, saya mesti dah jatuh tergolek - golek.

nazahiahhalim said...

akak, hati2,byk kan baca doa2 pelindung diri. ayat2 ALLAH sjalah yg dapat lindung kita. org yg perangai mcm setan ni, kwn2 dia setan jugak. gambar2 akak dgn suami, dgn adam, geng2 setan boleh guna utk buat sihir kak...

kita bukan percaya bomoh2 ni, cuma beringat dengan ilmu hitam yg kita tak suka, tp ada org yg suka berkawan dgn setan2 ilmu hitam ni, bahaya.

apa pun ALLAH MAHA KUASA!

Cik Puan Bunga said...

@nazahiahhaliminsyaallah. itu memang jadi ingatan akak sepanjang masa. terima kasih ye ingatkan akak! :D