Tuesday, July 12, 2011

Berkat Kau Sabar, Dan Kemudian Bila Kau Redha

Hari ni aku busy gila. Sampai aku tak sempat makan. Kagum betul aku dengan perut aku. Macamana entah boleh tahan dengan tak makan. Cacing - cacing dalam perut, are you okay?Patutnya aku puasa hari ni. Tapi pagi tadi emak goreng nugget, aku boleh buat muka kanak - kanak ribena makan nugget sambil bersila depan meja makan. Macam setan perangai. Baru kena goda dengan nugget dah patah iman.


Tapi alhamdulillah, semua kerja aku dah siapkan dengan jayanya. Aku dah buat Nilam, lepas tu aku dah import data bacaan satu - satu (Macam haram buat benda ni. Naik pinau mata aku!) aku dah siapkan report paper untuk rekod bacaan library, tinggal nak buat power point presentation je untuk rekod Nilam. Tu nanti - nantilah aku buat. Aku nak berlibur dahulu. Kehkeh. Jadi Penyelaras Nilam ni bukan syok pun. Macam pencacai pun ada jugak, tapi sedaya - upaya aku cubalah buat kerja dengan ikhlas. Kalau buat kerja tak ikhlas, pahala tak dapat, apapun tak dapat. 

Tadi aku diberitakan dengan dua khabar gembira. Chewahhh! Diberitakan konon, gila novel ayat aku. Haha. Yang first tu aku tak berapa gembira sangat, lebih kepada terkejut pun ada. Tapi aku buat - buat cool kentang jelah walaupun dalam hati aku gembira, tapi aku tak bagi apa - apa keputusan lagi. Pengetua mintak aku mengajar sesi pagi semula. Walaupun belum official tapi Ketua Panitia aku dah khabar - khabarkan dah. Kalau dulu aku dapat berita ni, mesti aku gembira. Sebab aku dapat balik mengajar Upper Form. Dapat mengajar pagi and jumpa kawan - kawan lama.

Tapi, bila aku dapat berita ni tadi, aku rasa berbelah bahagi pulak. Aku dah naik seronok mengajar sesi petang. Aku dah mula sayang budak - budak aku. Aku dah rasa sebahagian dari diorang pulak. Nanti aku rindu diorang yang manja - manja dengan aku, yang selalu kata aku pelakon Korea walaupun aku tau diorang nak ambik hati je tu, tapi aku terhibur jugak dengan diorang. Buat aku ketawa perasan sorang - sorang pun iye jugak. Entahlah. Aku dah selesa dengan hidup macam ni. Aku pun belum bincang dengan suami lagi. Buat masa ni aku taknak fikir lagi. Taknak fikir taknak fikir.

Yang secondnya, RW aku dah ada orang yang melamar. Alhamdulillah, aku bersyukur betul ke hadrat Allah Taala. Pertolongan dariNya datang dari orang yang aku tak sangka - sangka. Syukur sangat - sangat. Aku terpaksa lah jual RW sebab takkan aku nak pakai 3 biji kereta, nak buat apa karang orang kata aku poyo pulak pakai 3 biji kereta. Lagipun manalah aku mampu nak pakai kereta sampai 3 biji, tak mampu buat cara tak mampu. Jangan nak berlakon - lakon macam mampu. Amin amin. Syukur Alhamdulillah. Minggu ni jugak aku akan settlekan hal RW ni. Doakan ye kawan - kawan.

Akhir - akhir ni banyak benda yang jadi, yang mencabar emosi, fizikal. Banyaklah. Walaupun aku give up sekejap, marah, geram blablabla tapi in the end aku tau takde ubat yang lagi mujarab melainkan sabar dan redha. Dan tengok, apa Tuhan bagi bila kau sabar dan redha? Amin Ya Allah.


Syukur.

Dah.KBhai!

7 comments :

cik nur said...

hurm tuh lpas nie nak slaloo ingt kan diri sendiri supaya sabar dan redha banyak2 hehehe

Cik Puan Bunga said...

@cik nuramin! hehehe!

Naddy said...

alahai berbelah bagi plak ye...sng2 ko keje malam jela weh..hahahhahhaha

jap2..plakon korea??hahaahahahhaahhaahahahhahaahhahaahha ok sekian!

Naddy said...

alahai berbelah bagi plak ye...sng2 ko keje malam jela weh..hahahhahhaha

jap2..plakon korea??hahaahahahhaahhaahahahhahaahhahaahha ok sekian!

Cik Puan Bunga said...

@Naddyehem students aku menyayangi aku. hahahahahaha bebudak mana reti cakap bohong. ngehngeh. :D

Naddy said...

smua sbb nk dapat A je tu! hahaahaha

Cik Puan Bunga said...

@Naddy*tangan di bahu mata ke atas*