Monday, July 25, 2011

Botol Susu Seksi - Seksi

Serious! Aku nampak ada botol susu gambar lembu yang seksi! Sebab lembu tu nampak teteps dia. Tak pakai bra! Hahahahaha! Eh tak kelakar eh? Sorry ah aku agak tension di petang - petang Isnin begini. Ingatkan nak bergurau - senda membawa bahagia dengan korang semua. Haha. Ampun.

Berbalik kepada tajuk asal. Eh memang betul, aku nampak banyak sekarang botol - botol susu yang seksi. Panjang melentik ah, bulat - bulat ah. Aku mana boleh nampak benda bulat - bulat nanti teruja rasa nak beli!

Last weekend aku ajak suami pergi jalan - jalan sebab bosan kena tinggal dengan Maklong kat rumah. Ada ke dia pegi Muar makan asam pedas tak ajak aku. Derhaka punya kakak. Bosan sangat, aku pun ajak suami jalan - jalan sambil nak belikan Adam teats baru untuk botol - botol susu dia. Teats yang lama masyaAllah bentuknya sungguh menikam kalbu dah berlumut - lumut dah. Nampak sangat pengotornya. Haishhhh! Maka kena belikan yang baru. Kesian Adam minum susu nanti ada bakteria.

Survey - survey kat Square One macam takde teats yang comel - comel last - last pergi kat The Summit masuk baby shop yang depan KFC tu. Kat situ banyak sikit pilihan. Adam nampak bola bergantung - gantung dah merakas dah. Terpaksa belikan dia sebijik. Bola Ben10 warna hijau. Excited habis dia siap jerit - jerit tanda penuh kegembiraan.

Alang - alang dah beli teats, terembat sekali botol Pureen sebiji. Macam comel je warna kuning cair. Bentuk dia panjang, slim and slender. Kalau sebelum ni aku suka belikan Adam botol yang bulat - bulat and besar - besar kali ni bagi dia minum dari botol slim pulak. Mana tau emaknya boleh slim! Eh takde kena mengena!

Slim.
 Anakku teats. 2 for RM7.90. Aku suka beli teats / botol Anakku. Aku rasa macam cool je.
RM8.60. Jangan beli mahal - mahal. Membazir. Ecehceh.
Masa Adam buat birthday party yang tak berapa nak party sangat pun tu, Kak Kiah ada bagi Adam duit. Salam keruk. Ngehngeh. So aku pun belikan Adam baju gunakan duit salam keruk tu. Dapat 2 helai baju. Ada jugak kenangan birthday Adam nanti kan. Comel. Satu baju jalan - jalan, satu lagi baju untuk dia tidur.

Besar dah anak aku. Beli baju pun umur budak 2 tahun.
Dah. Tu je pun aku nak cerita. Takde motif betul! Babai!

2 comments :

Miss Tasantek said...

boleh tak aku nak cakap aku dah gi tengok botol susu skang ni....ngeh2..teruja weh.tapi tak beli lagi. tengok je ;)

Cik Puan Bunga said...

@Miss TasantekBelikan Adam barang seketul dua! Hahaha! Pastikan BPA Free! :D