Thursday, July 28, 2011

Cantik

Kisah manusia nak cantik!
Dengan kuasa Allah yang Maha Esa, elok je masuk hari ke 22 aku makan VCO softgel, aku diserang pulak Chickenpox yang meragut kejelitaan (Jelita kewww?Muntah!) muka aku yang baru je nak merasa nikmat bahagia. Masa tu aku rasa memang ibarat kata dah jatuh ditimpa tangga tercium pulak taik kucing aku yang nama Antanum tu. Hadoih. Tapi aku memang redha seredha redhanya, nak nangis golek - golek pun nak buat apa kan. Bukan boleh jadikan muka aku cantik pun. Dan yang paling syok sekali, bintik aku paling banyak kena kat muka. Memang terbaiklah!

Selamba je muka penuh bintik, aku keluar jalan - jalan!
Buruknya rupa paras! Nak buat macamana. Hadoih!
Sepanjang aku kena chickenpox tu aku tak makan langsung VCO softgel tu, aku tak cuci muka pakai cleanser, just pakai air biasa, tak pakai bedak, tak pakai ubat apa - apapun, aku cuma sapukan Gel Gamat Luxor kat muka tiap - tiap hari. Setiap masa dan ketika. Gel gamat ni buat muka kita kurang sikit gatal dan rasa merenyam tu. Selesa sikit. Mula - mula aku pakai tu, aku tak budget pun gel ni akan bagi kesan kecantikan kat muka aku. Aku cuma nak kurangkan gatal and nak senangkan ambik wudhu'. Sebab kalau sapu ubat klinik yang pink tu, kalau nak solat kena tenyeh betul - betul bagi hilang.

3 hari pakai gel gamat tu, aku dapat rasa perubahan drastik kat muka aku. Bintik - bintik mula kecut secara sukarela dan tanpa paksaan. Kalau ada bintik baru yang tumbuh, aku sapu je gel gamat tu secara tebal - tebal, esoknya bintik tu terus kecut and kering. Makin happylah aku kan sebab mana sangka gel gamat tu boleh bertindak sedemikian rupa.

Masuk minggu ke 2 aku tenyeh gel gamat kat muka, aku happy sebab bintik baru dah takde yang tumbuh and parut - parut chickenpox and parut jerawat terdahulu semakin pudar. Tapi tak berani nak buat apa - apa testimonial sebab nak tengok dulu apa yang akan berlaku selanjutnya. Genap sebulan aku pakai gel gamat tu, aku berpuas hati dengan kondisi muka aku. Parut memang ada, tak boleh nak buat apa tapi takde pertambahan bintik sama ada chickenpox ataupun jerawat.

Then, aku macam takut - takut sikit nak pakai cleanser aku yang sedia ada sebab takut jadi apa - apa kat muka. Takut muka aku masih sensitif lagi. Aku pun Google sehabis tenaga pencuci muka yang macamana yang aku boleh guna, yang sesuai dengan aku selain daripada pencuci muka yang berasaskan tumbuh - tumbuhan. At last, aku jumpa artikel yang kata susu kambing tu baik untuk kulit. So aku trylah beli susu kambing punya sabun jenama HR tu. Tak mahal pun. RM5.80 je.

Gel gamat ni RM32. Sabun susu kambing RM5.80
2 minggu pakai sabun susu kambing HR, aku rasa muka aku memang lain sangat - sangat. Aku dah stop ambik VCO time ni lepas aku habiskan satu botol. Aku nak tengok apa yang jadi kalau aku terus guna sabun susu kambing HR. Gel gamat pun aku dah stop. Sekarang fokus utama nak hilangkan blackhead / whitehead and hilangkan parut - parut saja.

Untuk tujuan menghilangkan parut, aku gunakan Bedak Harum Nasila. RM5.50. Serious aku tak pernah dengar nama bedak ni sebelum ni. Bedak ni memang untuk hilangkan bintik hitam dan gebukan kulit muka. Aku beli bedak ni kat pekan je pun. Agaknya Allah memang nak bantu, entah macam mana tergerak hati nak pergi kedai Pakcik Mokhtar tu and ternampak pulak bedak ni. Terus beli. Nak tau?Alhamdulillah, muka aku hampir 85% bebas parut. Alhamdulillah.

Masih terus menggunakan bedak ni sampai sekarang. Baru guna dalam 2 minggu.
Hasilnya?
Tanpa edit photoshop.
2 hari lepas. Latest.
Petang tadi. Takde edit. Nampak jelas pores. Boleh tanam jagung.
Alhamdulillah. Tak sangka betul. Berhabis untuk barangan mahal, rupanya serasi dengan barang - barang murahan saja.

Dah.KBhai!

48 comments :

Innanie | Ariffin said...

peghhhhh... gile ah licin kulit! letak jari mesti laju je jalan. Kish sikit lah!!! hahaha... bangga lettew kena puji kan. heheheh

Cik Puan Bunga said...

@Innanie | AriffinEh eh eh maluuuuuuuuuu! :D

fa-rho-ha-alif-nun said...

huii akak jenis kulit apa? minyak ke atau kering? wahhh bestnyeee. kite kalo ade jerawat kan mcm astro beso die kak. hahaha.

Ezma FaSham said...

haah.. bedak nasila tu saye gune mase sekolah sekolah dulu lagi.. sejuk bedak tu kan.. best... murah lak tu.. haha.. ape pun, same la dengan saya. Allergy dengan kosmetik mahal mahal. Dengan kosmetik murah je boleh pergi.. Haha.. jimat jimat...

ynadona said...

lol.mengade eh kejap stick ngn vco sekejap dah review produk lain.x setia betol dia nih.kekekekek.tp dah stop vco eh?pesal?x bagi kesan ke?

Mrs. Adnan said...

CPB,beruntungnye awak..takyah berhabis duit guna produk mahal..BTW, bedak Harum Nasila tu femes la. Bole tau, kulit awak jenis kering ke berminyak? Kalau same skin type nak gak cuba apa yg awak dah cuba..TQ!

Asyraf Arif said...

errr, hilang semua bintik2 tuh ? aaaa, macam nak guna jugak jep ! boleh tak for men ? haha

cik nur said...

hehehe geram jaaa bila tgk pipi halus mulus jaa :)

Jini said...

wowwww!! mavelesss la kak bunga!! blh la nnti jini try.. skang pn dh stop pkai yg mahal2 tu.. 3 ari lepas jini pegi klinik pakar pas tu dia bg ubat sapu, ubat makan, so nnti dh ok blh pkai produk lain.. hoho.. nyesal je pkai yg mahal2..hampeh.. so far pkai ubat klinik, dh ok dh ckt kulit jini..tp xjadi la semaveles kak bunga.. hehe.. blum smpai tahap boleh kawin lg.. harharharhar!!
i leeeeeep u la kak bunga!!

yayath said...

hye:) saya datang dari blog innanie.
wah..da sgt cantik sekarang..

btw,penah juga nmpak bedak tuh..tapi belum pernah try betul2..

Cik Puan Bunga said...

@fa-rho-ha-alif-nunKulit berminyak kat T-zone, kering kat pipi. kira kulit kombinasi tu eh namanya? huhu! amin! Rezeki Allah bagi! :D

Cik Puan Bunga said...

@Ezma FaShamOuhhh bedak ni dah lama eh? baru tau! haha! best tau! mmg hilang bintik2.. ya allah suka betul! :D

Cik Puan Bunga said...

@ynadonaVCO okay tapi masa kena cikenpok tu tak makan vco, try gamat dengan benda2 ni tuptup eh eh serasi bersama pulok! huhu!

Cik Puan Bunga said...

@Mrs. AdnanAwak, sebelum i cuba benda2 ni i pun berhabis untuk yg mahal2.. :( tapi sekejap je effectnya... last2 serasi pakai yang murah je alhamdulillah! :D kulit jenis berminyak kat t-zone and kering kat pipi. kombinasi heh? :D

Cik Puan Bunga said...

@Asyraf ArifAlhamdulillah hilang. Alaaa u ni, hari tu jumpa tak pasan ke? takde bekas cikenpok pun! :D lelaki boleh je pakai! trylah dua benda ni! :D

Cik Puan Bunga said...

@cik nurHehe. cik nur ni! :D

Cik Puan Bunga said...

@Jinichayok chayok jini! :D

Cik Puan Bunga said...

@yayathhai yayath! :D oh alhamdulillah. amin! :D

sukasuki said...

sy mmg mudah terpengaruh. siang tadi, terus beli sabun HR dan bedak tu. dulu bedak tu mak sy selalu pakai. hehe..lepas baca blog CPB. terus saya rasa nak beli. pengaruh wooo! ehehe

Eyra. said...

Ishhh nak try jugak lah, banyak sangat blackhead kat hidung ni =__="

Cik Puan Bunga said...

@sukasukiInsyaallah! Tawakal! sama - sama kita doa ye! kena istiqamah pakai, tapi insyaallah nanti nampak hasilnya! :D

Cik Puan Bunga said...

@Eyra.Semoga berjaya! :D

Anonymous said...

so,cik puan cunga dah xmkn vco lg la sampai skrg ni? sy br ke nak cuba...

Cik Puan Bunga said...

@AnonymousSaya makan sebotol je. Itupun membantu jugak tau. hehe lepas jerawat dah surut kena pulak cikunpok tu yg try bedak nasila nih! :D

cik huda said...

Salam. sis, seyes lawa gler kulit sis! drastik terus cntik kulit akak. hehe. boley huda tau akak beli mne gamat gel tuh ea?

Cik Puan Bunga said...

@cik hudaKat Farmasi. Gel gamat luxor! :)

Terima kasih! :D

Siti Zuraina Bte Amran said...

salam akak..
saya p0wn ada masah jerawat..huhu..='(
means..akak pakai 3 jenis la..
gel gamat, sabun susu kambng n bedak nasilah..
bt0l x..???
saya p0wn nak try la..
seyes jeles dngn kulit muka akak..

Cik Puan Bunga said...

@Siti Zuraina Bte AmranYa tepat sekali! :D

hidayah said...

slm kak,terpegun kejap bace blog akk ni hehe..comel la tuan tanah die..berminat gak ngan gel gamat tu,habis farmasi yg ade kt sni sy try carik tp xjmpe2 jgak..ssh2 sy mntak tlg akk belikan je blh x?huhu..klu blh nnt sy bank in kn dwet kt akk..tu pun klu x sshkan akk lah.. :)

Cik Puan Bunga said...

@hidayahEhhh tak tak takde masalah, boleh aje nak tolong belikan! :D PM lah akak ye! :D

cik aletheea : said...

wah..balik nie jugak gie carik bedak nasila tue..
~lallalalallala~

Cik Puan Bunga said...

@cik aletheea :SILAKAN! HEHE! :D

Nasha Ajiem (hubby's heart 4ever!) said...

mana nak dapat bedak nasilah tu kak?

Cik Puan Bunga said...

@Nasha Ajiem (hubby's heart 4ever!)Oh kat mana2 pun ada jual. Google saja! :D

Ana admi said...

Hi n slm Cpb, sminggu lepas muka ditumbuhi ruam belah pipi kiri..agak risau so obvious, g la cari bedak sejuk tnmpak bedak ni tgerak hati nk bli ..agaknya kuasa Allah.lps bli trus gagah google jmpe tis blog then I try la few days..alhamdulilah muka jadi licin blk..sgt puas ati..dok menonyoh mlm2 sblum tdo..hehe :)

Cik Puan Bunga said...

@Ana admiOhhh dah comel balik heh muka? Bestkan bedak ni, dahlah murah! Hehehehehe! TAHNIAH!

Happy Samsam :) said...

Salam. Nak tanya, mana nak beli sabun HR yg susu kambing tuh? Dia tuh cleanser atau sabun biasa?

Cik Puan Bunga said...

@Happy Samsam :)Sabun biasa. Beli kat mana2 booth jual produk kecantikan mesti ada! ^^,

cik nana said...

datang sini cari ubat ciken pox. hihi. sy tengah kena ciken pox ni besar2 kat muka. jumpe blog sis ni terus p cari gel gamat tu. yeayy da beli.tak sabar nak pakai. thanks sis share :)

Cik Puan Bunga said...

@cik nanaWelcome Nana! :D

Anonymous said...

Gel gamat luxor boleh pki kt jerawat k

Cik Puan Bunga said...

@AnonymousBoleh :)

Anonymous said...

Sis kt mne nk.beli.bedak tu... X pnah dgar pon..huaaw

Anonymous said...

CPB...still pkai sbun susu kmbing n bdk nsila g kgum..sngat cntk klit:-)

Anonymous said...

bedak nasila mmg best,kalau kene gatal2 ke basuh area yang gatal tu,pastu lumur bedak tu insyaAllah x garu dah

Anonymous said...

urmmm..kalau nk mintak tolong belikan bedak nasilah dgn sabun susu kambing tu bole tak agak2 ? huhuhu..

amsyar said...

Kak sye mengalami masalah jerawat dan saya x thu nax gna produk apa..sbab sye tkut muka saya bertambah teruk..

Cik Puan Bunga said...

@amsyarBetter guna product yang bebas chemical substances, and awak kena kenal pasti jenis jerawat awak, then only you can find better solution for your skin problem :)