Friday, July 1, 2011

Farrel. 6 Tahun Dan Terus Unggul Mencintai

Hanya ada dua sebab kenapa kereta yang kau pakai tidak dipakai oleh sekalian umat manusia yang lain.

Pertama : Sebab kereta kau super dahsyat and kelas habis orang lain tak mampu nak pakai.
Kedua : Sebab kereta kau super cikai and cokia habis orang lain tak hingin nak pakai.

Okay untuk situasi aku, aku masuk dalam group yang kedua. *Geleng kepala sambil mengeluh slow – slow*

Seperti yang lain sedia maklum, aku dah hampir 6 tahun pakai Savvy mewah bergaya sejak tahun 2006. Memang purposely aku beli kereta tu sebab aku rasa macam stylo gaban bawak kereta macam tu. Walaupun boyfriend pada ketika itu (Suami pada ketika sekarang) suggestkan Myvi sebagai pilihan utama tapi dah namanya dasar budak degil aku nak jugak nak jugak savvy mewah bergaya. Dan impian budak degil ni terlaksana pada penghujung tahun 2006, ketika banjir besar melanda Johor, pada ketika itu jugaklah kereta aku keluar dari kedai. Nampak tak bencana yang menyambut kedatangan kereta aku. Hahaharam betul. Sebulan jugak kereta aku berendam paras tayar dalam banjir sebab masa tu aku cuti sem 7.

Dan memang ternyata, Savvy mendapat sambutan yang tak menggalakkan daripada rakyat Malaysia. Bukak je mana – mana web semua pun kondem Savvy. Kesian aku dan keretaku. Huuuhuuu. Padan muka aku jugak. Sapa suruh degil sangat.

Sepanjang dah berapa tahun pakai Savvy ni, memang tak aku nafikan kereta ni banyak membawa musibat kepada aku. Meter tak jalan secara tiba – tiba, susah nak start, kereta tiba – tiba mati tengah jalan suka – suka hati mak bapak dia, kereta tersengguk – sengguk time jalan kat jalanraya and super macam – macam lagi musibah yang menimpa. Dan dan dan harga maintenance Savvy sangatlah mencekik darah. Kalau servis kat Proton atau nak dapatkan alat ganti tulen dari Proton, setiap kali bil sampai, kau akan rasa macam nak lempang je petugas kat kaunter tu.

Jadi seboleh – bolehnya aku nak cari satu workshop panel untuk Savvy yang tak mencekik darah secara membabi buta dan jugak mempunyai pomen bak kata orang kampong.com sangat reliable dan tak palat. Bertahun jugak aku cuba nak curang dari Proton Servis dan akhirnya aku berjumpa jugak dengan Nazwan Workshop. Sesiapa yang duduk Batu Pahat boleh pergi kat workshop ni dekat dengan round about Simpang Rantai. Kenapa Nazwan Workshop?

Pomen yang terlatih. Kebanyakkan pomen – pomen dia adalah dari Proton Servis ataupun Perodua Servis.

• Melayu. Islam. Penting nih. Kalau ada yang Islam bukak workshop, kita dulukan yang Islam dulu. Hehe.

Servis yang terbaik dari ladang. Kalau aku hantar kereta atau suami hantar kereta kami prefer abang Nazwan sendiri yang attend kereta kami. Gila demand tak? Tapi popem – pomen yang lain pun amat comel dan berbakat. Yang penting diorang tak buat muka samseng and sentiasa cool kentang je bila berurusan dengan pelanggan. Memang 5 bintang!

Harga alat ganti yang jauh lagi murah dari kedai tapi dijamin bukan alat ganti tiruan. Kita boleh pilih samada nak alat ganti yang betul – betul baru masih bau kedai atau alat ganti second handed tapi masih dalam keadaan yang super baik. Aku pernah order accelerator Savvy, kat Proton servis dia charge RM379, kat Nazwan Workshop Cuma RM200 + labour. Gila tak?

Kemudahan perkhidmatan yang multi. Ada cat kereta, ada buat kusyen kereta and macam – macam lagi. Yang best, harga sangat reasonable siap boleh nego lagi. Haih!

Pendek kata aku memang recommend habis lah kat sesiapa yang nak servis kereta or nak betulkan kereta or nak apa – apakan kereta korang kat sini. Harga servis Savvy pun tak mahal, around RM70-RM80. Tengok minyak apa yang kau nak pakai and kilometre servis.

Baru – baru ni aku hantar Farrel (Nama kereta aku. Poyo tak?) pergi betulkan ekzos yang bocor kat tabung tengah and dah berlubang – lubang dah ekzoss aku. Bentuk dia memang menjatuhkan standard sebab memang sangat pailang rupa parasnya. Plus wiper yang dah berkulat last aku tukar tahun lepas masa Adam dalam perut lagi dah. Memang agak memalukan jugaklah kalau aku drive Farrel kat jalanraya sebab dah macam bot tunda jek rupa parasnya. So, aku hantar Farrel ke Nazwan Workshop. Kos tukar ekzos and wiper just RM190 + labour. Ekzos RM150, Wiper (Sillicon) RM40. Sangat – sangat berpatutan kan kan kan? And sekarang Farrel dah kacak kembali dah. Tapi still, kecelaruan identity Farrel masih kekal. Hahahaha.

Wiwit wiwit eyelashes baru! Seksi seksi! Haha!
Maka kau akan jadi lebih menggoda! Huhu!
Ekzos Perodua sumbat dalam Proton. Bagus bagus!
Hello Kitty. Nasib kaulah farrel. *Oh nampak sangat kereta tak berbasuh dah berbulan. Haih!*
Owner kereta hebat ini yang masih dalam keadaan bintik.
Walaupun Farrel boleh tahan hampehnya sepanjang berkhidmat dengan aku, aku kalau kata nak jual dia and tukar dengan kereta baru memang aku taknak. Biarlah dia busuk mereput pun biar, asalkan dia dibawah jagaan aku yang penuh keprihatinan ni. Aku dan Farrel ibarat pasangan suami isteri yang dah lama kahwin atas dasar cinta. Dia pilihan aku dulu, walaupun dihalang tapi aku kuatkan jugak hati nak jugak kat dia. And aku kenalah terima dia seadanya. Kalau dia rosak, aku betulkan. And bila dah betulkan, dapatlah dia berkhidmat dan berbakti kepada aku. Jangan masa dia tengah hebat jek aku puji – puji dia, bila dah rosak keji – keji dia. Oh tidak sayang! Walaupun aku ada jugak keji dia sekali dua. Hahaha.

Banyak kenangan and jasa Farrel kat aku. Uish takkan lupa punyalah. Sentimental value tuuu. Tapi kalau ada orang nak beli letak harga dua juta, aku jual jugak. Cinta kan boleh dijual beli. Eceh! Keji! Haha!

Dah. KBhai!

14 comments :

Miss Tasantek said...

rilek ar tak basuh sebulan. aku tak basuh berbulan2..steady je kale die. sungguh medellion grey itu kalis kotor :) hahaha..bijak kau pilih kala 2nd car tu. memang tak kan nampak kotor :) malam nampak bercahaya je. kalau kau tersandar ke tepegang ke...tau lah nasib kau :) hehehe.

Ayuraza said...

ohhh yeee...saya tak penah tahu sangat pasal kete sebab laki yan bikin semuanya..hehe..
tahu bawak jeeee...:P

Rai said...

2 jutaaa?? rupiah bleh aa..haha.. dasar materialistik!!

nur easy said...

kena wat lawatan ni kat workshop cadangan tu.. ;)

izz zara said...

oh, nama kereta rupanya farrel tu.. hehe

Nini Hartini said...

biasalah, mmg akn jd kereta kesayangan. kereta akk pn nmpk cantik lg kan?.. lgpn anak baru sorang, okeylah kereta comel. lainlah dh ade askar, barulah kene beli kereta besar2. hehee...

Goodbye Nuffnang
.

Cik Puan Bunga said...

@Miss TasantekHahaha abang izal kalau bab cuci keta memang haram ah. selagi aku tak potpet mmg jgn harap keta nak berbasuh. huhu. medallion grey memang klasik ah!

Cik Puan Bunga said...

@AyurazaDulu saya pun taknak ambik tahu pasal keta, bila dah lama2 rasa eh kena ambik tau jugaklahh! huhuhu!

Cik Puan Bunga said...

@Raiahahahahahaha rai hidup memang kena materialistik! cit! huhuhu! nak beli tak?kihkih!

Cik Puan Bunga said...

@nur easyeize sila eize sila. memang terbaik! :D

Cik Puan Bunga said...

@izz zaraHahaha ye. kacak kan nama beliau? ngehngeh!

Cik Puan Bunga said...

@Nini HartiniHuhuhu Tini baru askar ada satu pun dah terpaksa upgrade second car, kalau travel barang adam jek penuh bonet. huhuhuhu!

suhaili sarif said...

alo comelnya nama keta akak.hehe
nama keta saya baby jade.ahax!!
nanti wat gakla pasal die.hehe

waaaa eyelashes farrel lentik yuu..nak gaks..brand ape ya kak?

Cik Puan Bunga said...

@suhaili sarifBaby Jade! tak ngalah! hihihi!

haaa buatlah entry pasal dia. bahagia gitu! hihi!

oh akak lupa brand apa, tapi asal ada silikon kat wiper tu dah ok dah! :D