Tuesday, July 19, 2011

Hadiah Hari Lahir Adam Yang Menyakitkan

Pagi - pagi lagi suami dah masakkan air panas untuk mandi. Bukan untuk Adam, tapi aku punya air mandi. Baik suami aku. Sayang dia sangat - sangat. Walaupun aku tak lahir tahun kambing tapi aku fobia betul nak mandi air sejuk. Terpaksa rebus air dulu untuk mandi. Pukul 6.30 pagi dah bangun and bersiap - siap nak hantar Adam ke klinik. Mengalahkan masa nak check up pregnant dulu. Adam bangun pagi gila - gila, aku buka mata je dia dah sengih - sengih main dengan Kitty dia.

Hari ni Adam nak kena inject so kena datang klinik on time. Tak boleh lewat seharipun. Aku sepanjang pregnantkan Adam and lepas Adam lahir memang aku pegi klinik kerajaan je. Aku manfaatkan habis - habisan apa yang government bagi kat rakyat. Haha. Walaupun terpaksa datang pagi, kemudian melalui proses menunggu yang sungguh mencabar keimanan, tapi aku chill je. Free of charge babe! Duit lebih boleh simpan pegi Mekah. Bagi yang tak suka tunggu, bolehlah pegi klinik swasta. Duit memasing. Haha.

Budak hemsem tunggu turn. Orang pertama sampai nih! Hebat tak?
Lama - lama jadi bosan. Errr lidah cover sikit sayang!
Papa yang sabar melayan karenah si ibu dan anak. Dua - dua meragam buat hal.
Come on lah sayangggggg! Senyumlah sikitttt!
Berat Adam turun sikitlah. Setahun ni berat dia cuma 10.2 kg saja. Tapi bila aku dukung macam nak patah pulak tulang - tulang tangan aku. Apa yang buat tambah berat dia heh? Huuhu! Panjang 79cm saja. Agak pendek untuk budak seusia Adam. Takpe sayang, pendek takpe yang penting hemsem sedunia. Kahkah.

Lepas check perkembangan dia semua - semua dengan nurse, Adam kena tunggu turn untuk kena inject pulak. Wahhh happy je dia tertonggeng - tonggeng main, jerit - jerit semua. Tak tau yang kejap lagi nak kena cucuk. Aku ingat Adam tak nangis kena inject, rupanya gegar jugak klinik dengan suara dia. Tapi kejap je, adalah dalam 15 saat ke nangis betul - betul, yang selebihnya adalah hanya drama swasta. Cehh!

Lepas kena inject. Masa ni tengah nangis olok - olok.
Kad birthday!
Charge bateri kenakalan.
Posing adalah acara wajib. Siapa tak suka tengok boleh muntah sekarang.
Iklan gigi berlapis.
Dapat ubat demam.

Alhamdulillah. Balik rumah terus ligat macam hape. Tapi kadang - kadang merengek jugak agaknya tangan lenguh - lenguh effect kena inject tadi. Tapi tak demam. Tak sempat agaknya virus demam nak menyerang kalau dah perangai macam ulat. Haih! Cepat membesar ye sayang!
Dah.KBhai!

8 comments :

cik nur said...

suka tgk adam minum susu comel jaa :)

Cik Puan Bunga said...

Hihihihi! :D

suezen said...

cepat tul mase berlalu..dh sethn dh adam

MiMiNadam said...

comel laa adam . makin besar makin comel

Cik Puan Bunga said...

@suezenhahaha kan kan kan?dah boleh tambah adik tu! kihkih! :D

Cik Puan Bunga said...

@MiMiNadamthank you mimi! :D

Nini Hartini said...

akak biasa mandi air panas ke?... tini pernah dgr 1 ceramah ni..ustaz tu ckp org yg biasa mandi air panas senang kena gangguan atau senang kata, mudah benda2 x baik ni ganggu. sbb tu kalau org kena sihir, saka, antara rawatan di rendam ke dalam badannya ais... nanti kalau dia ada saka normally ais tu akan cepat je cair walaupun bubuh berbeg2 ais.. xtau lah betul ke tak...

Cik Puan Bunga said...

@Nini Hartinia'ah. suka sangat mandi air panas! alamkkkkk ye ke Tiniiiiiii!