Tuesday, July 26, 2011

Hari Ini Saya Pergi Sekolah Dengan Berwarna Berry!

Excited sangat sebab semalam dapat beg baru, sampai malam tak boleh tidur. Perangai sebijik macam budak yang tak sabar nak pergi sekolah sebab nak tayang beg baru dekat kawan - kawan. Puas pusing - pusing tapi mata taknak lelap jugak. Memang kronik betul sakit aku ni.

Bangun pagi bersemangat nak pergi sekolah, kalau selalu tu rasa macam malas nak pergi sekolah kan hari ni aku lebih bersemangat nak pergi sekolah. Haha. Lagi - lagi hari ni suami hantar pergi sekolah, jadi dia punya mengada - ngada tu lebih sikit dari biasa. Sebelum pergi sekolah aku dengan suami pergi bandar sekejap nak uruskan beberapa perkara. Ehem! Ingatkan sampai sekolah maybe lambat sikit, rupanya urusan cepat siap pulak. Jam baru pukul 11 lebih. Ajak suami pusing - pusing Carrefour. Sebenarnya dalam hati dah plan nak cari kasut warna merah hati, nak matchingkan dengan handbag baru. Kehkeh!

Jatuh cinta terus!
Kat Carrefour Batu Pahat tu takde sangat kedai kasut. Yang paling ngetop pun kedai kasut Bata. Aku masuk dalam kedai terus mata melilau cari kasut yang sesuai dipadankan dengan baju and beg. Ingatkan nak cari kasut Scholl, tapi sebab kasut Scholl mahal nak mati, tu yang terus masuk kedai Bata. Boleh tahan jugak kasut - kasut Bata sekarang. Lawa - lawa. Pattern kasut pun dah up to date dah sekarang. Dahsyat betul!

Last - last aku ternampak kasut seksi memukau pandangan ni kat section Bata Comfit. Wahhhh lawa jugak. Sekali sarung kat kaki rasa sedappppppp je. Selesa. Lembut macam pijak atas cupcake. (Eh tu macam menipu sangat pulak!) Tapi rasa bestlah. Sekali tengok harga, mak aihhhh! Mahal pulak kasut Bata sekarang. Padahal kalau kita sebut kasut Bata je semua orang pun buat muka hina dina. Mana ada hantaran kawen pakai kasut Bata! Kasut macam ni je dah RM60. Tambah sikittttt je lagi dapat sandal Scholl sebijik. Tapi takpelah. Sebab dah suka, bayar ajelah. Nasib baik baru lepas gaji.

Phewwiiiittt! Cantik! Matching habis lah dengan handbag baru! Hahahahaha! Kanak - kanaklah aku!
Muka gembira. Oh ni muka latest aku. Parut Chickenpox pun dah tak nampak sangat. Yeyayyyyyyy!

Dah.KBhai!

16 comments :

fa-rho-ha-alif-nun said...

Kakkk, apa cerita cabaran vco tuuu. review camnee. ke dah hilang dipuput anginnn. hehehe

Lea IsNaw! said...

wow merahnya mak ngah...

tapi beg tu comel

Innanie | Ariffin said...

dah tak yah beli kasut dan beg raya. ni guna sampai raya tahun depan. hehheeeh!

Cik Puan Bunga said...

@fa-rho-ha-alif-nunLupa laaaaa... takde pulak yang request, jadi segan nak buat! tapi tengoklah tu muka terbaru akak. Alhamdulillah! :D

Cik Puan Bunga said...

@Lea IsNaw!Merah sangat eh?? Huuuu! Merah jek bagi kat mak ngah ehhhh.. maklong, mak uda, mak usu apa cerrr? hehehehehe~

Cik Puan Bunga said...

@Innanie | AriffinErrr smpi deepavali jek boleh tak? huuhu *melawan*

cik nur said...

hehehhe
morning kak
nur hari nie kaler merah hitam try something new saje pakai lipstick merah jgak hehehe :)

✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ said...

comeinyeee... baru je shopping beg kaler shocking pink! nk kene cari kasut yg matching jugakla tuk bawak pi kije... hahaha.. trase seperti budak umo 15 tahun..ngeeee

Cik Puan Bunga said...

@cik nurHamboihhh hamboihhhhhh! Lipstick kaler merah yeeee! Huhuhu!

Cik Puan Bunga said...

@✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™Saja je ngengada nak matching2.. hahahaha.. mcm best jek! :D

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

wahh ngan kasut baru..handbag lagi,mesti hati bunga2 hr ni kan?

Rai said...

cik bunga,
aku bagi award kat ko..kalau ko rasa ko comel meh ambik..hahaha..

Cik Puan Bunga said...

@RaiAku comellll ahhhh! Hahahahaha! :D

Cik Puan Bunga said...

@Lydia Miza(Aidyl Azim)Terlebih bunga2 kak! Hihihihi!

ynadona said...

pakai ape x tggl parut?kita pun xde parut gak..alhamdulillah..ehhe

Cik Puan Bunga said...

@ynadonaElehhhhh kena kat muka tak meriah sgt kan macam akak kena? wuwuwuwuwuwu!