Sunday, July 17, 2011

Idola Kurus Saya

Sekarang ni aku super bermotivated untuk kurus. Dulu pun aku sibuk - sibuk nak kurus jugak. Tapi hangat - hangat taik ayam kampung ajelah. Bila ada orang offer nak belanja McD terus menggelupur. Nampak choc cake, terus kena sawan baby. Air masak taknak minum, bantai minum air manis aje. Dulu masa tengah bersemangat kental nak kurus, aku bantai yogurt je. Nampaklah jugak perubahan, tapi lama - lama aku jadi malas. Nak pergi kedai beli yogurt pun malas. Haih!

Bila lama - lama tengok badan sendiri yang gemuk tak kurus - kurus lepas bersalinkan Adam, aku jadi geli pulak tengok badan sendiri. Nak beli baju pun kena beli pattern - pattern maternity dress je. Memanglah bagus, tutup aurat, tak pakai ketat - ketat tapi aku rasa semacam pulak bila orang dok kata aku pregnant lagi ke sebab asyik tengok pakai baju besar - besar. Dalam hati menangis siapa yang tahu.

Dulu masa sebelum pregnant, bila berat badan cecah 52kg je aku dah menggelupur nak diet nak diet sebab rasa dah gemuk sangat - sangat. Tapi sekarang berat badan 64kg kenapakah aku begitu selamba badak taknak buat apa - apa? Aku rasa aku dah hilang motivasi untuk kurus. Sebab suami kata, dia suka tengok aku macam ni. Comel - comel gebu, nak peluk pun sedap. Chett!

Tapi aku tau, jauh dalam hati dia, kalau aku kurus, cantik dan langsing macam dulu, dia jugalah manusia pertama yang akan rasa happy dan teruja. Tau sangattttt! Kan sayang kan?

Semalam, aku chat dengan kawan lama aku masa kat UPM dulu. Dulu dia pun ada masalah berat badan macam aku, tapi sekarang bila aku tengok pics dia yang terbaru, rasa macam nak duduk bawah pokok sambil sepak muka sendiri dengan selipar Jepun. Mana pergi semua lemak - lemak kau wehhhhh???? Cantik gila dia sekarang. Langsing! Tak nampak pun ada lemak kongasam kat perut and yang paling best, kaki nampak lawa je, kurus!

Aku rasa, manusia yang aku layak jadikan idola kurus adalah dia. Sebab dia memang layak and berhak aku nak jadikan idola. Tanpa slimming pils ke, slimming drinks ke, yang paling dahsyat tanpa bantuan mana - mana pusat pelangsingan pun, dia mampu turun 8kg dalam masa dua bulan. Kau ada??

Aku korek - korek rahsia dari dia, manalah tau kot - kot dia nak share sikit dengan aku. Huhu. And bila dia cerita satu - satu apa yang dia buat untuk dapatkan figure macam tu, aku memang tabik spring kat dia. Dia kontrol makan + workout + moral support dari orang tersayang and kawan - kawan dia. And of course la ada suara - suara sumbang kata itu ini kat dia, tapi self esteem dia tinggi, tak pandang semua tu. Orang sebenarnya jeles tengok dia kurus and cantik. Tabik kat kaulah!

Semalam, bila chat dengan dia, aku rasa teruja nak diet and workout betul - betul. Betul apa yang dia cakap, dari pemakanan memang boleh buat diet kita berjaya. Kalau makan main bantai je nak makan apa, tak fikir sikit pun masa depan, maka kau akan end up macam aku, gemuk dan hidup dalam misery. Ouhh no!

Entri ni khas aku dedikasikan untuk kau, Shuhaili Che Musa. Idola kurus aku!

Pic curi dari blog dia! Hahahahhh ampunnnnn!
p/s : Sue, jadi trainer aku yeh yeh?

Dah.KBhai!

14 comments :

H.J said...

selamat kurus ye awk comel..lol

Asyraf Arif said...

selamat mengembalikan susuk tubuh seperti dahulu kala masa mengajar I ! hahaha

~ SueHarriz ~ said...

yatt..ko slalu wat entry utk aku kannn...aku terharu wehhh...aku hrp rahsia tu ko amalkan lah. hahaaa ko sorg je tahu tuh. nt raya aku nk tgk ko dgn imej baru wokeh. ada sebulan lbh lg dr skrg wahai sahabat!!!!!! *nt dh kurus santek, ko mntak BMW pn en.hafizal belikan. * muahahahahaaa

Cik Puan Bunga said...

@H.JTerima kasih! Terima kasih! :D

Cik Puan Bunga said...

@Asyraf Arifthanks ye skandal! Insyaallah! :D Hehehe!

Cik Puan Bunga said...

@~ SueHarriz ~Hahahha sebab aku sayang kauuuuuu! Kekekekekeh! Wehhh akan ku sahut cabaran kau sueeee! Akan ku sahutttttttt! (ceh berlebih - lebihan pula!)

Kau kan idola kurus aku! Chayok chayok!

Fazira Abdullah said...

nk tau gak rahsianye..huhu

Cik Puan Bunga said...

@Fazira AbdullahRahsia tak boleg bgtau! Hahahahaha! Takdelah, kawal portion makan and workout macam hell. :D

Miss Tasantek said...

kak, aku ada cerita nak kongsikan di sini tentang diet. :)
dulu housemate aku suka cakap dia gemuk. die nak kurus. die diet tanpa nasihat doktor. just skip makan nasi and bedal yougurt and benda2 yg boleh buat dia kenyang tapi bukan berunsurkan kabohidrat.

memang berkesan. siyes die boleh turunkan badan dia ikut apa yang dia nak. tapi...

beberapa bulan kemudian dia sakit. dia kerap demam and dia dimasukkan ke hospital sebab die disahkan mengidapi tiroid. Dr kata die jadi cam tu sebab clash on diet. untuk sakit ni aku tak tau nak citer cane. tapi die sendiri cakap die menyesal sebab diet tanpa nasihat doktor or nutritionist.

aku pon tak tau lah istilah medic ni cane sebab dia (kawan aku ni) keje dengan ubat2an so die senang je citer itu ini tapi aku cam blur2 je nak faham. hahaha...

Cik Puan Bunga said...

@Miss Tasantekalahai orang malaysia kalau diet karbo memang camtu jadinya. hahahaha! takpe, kita tunggu cemana. tapi kalau ikut dietitian pun memang kena jaga makan + workout. yeahhh!

Rai said...

semoga ko tabah hati dalam usaha untuk kurus cik bunga..aku sokong ko dari shah alam..haha

~ SueHarriz ~ said...

dia crash diet kot, yg ala2 x makan ape sgt tu..sayur pn tolak tepi..xpe yatt..buat scr sehat pk..sayur n buah jgn tinggal! pasti berjayaaa!! =)) *sntsa positif beebh!*

Cik Puan Bunga said...

@Raithanks rai! jauhnya sokong aku! heheheheh!

Cik Puan Bunga said...

@~ SueHarriz ~positifffff! yeahhhhhhhhhhh!