Tuesday, July 12, 2011

Jom Ke Zoo Melaka Melihat Haiwan - Haiwan Yang Kotor Dan Tua

Mana taknya. Aku rasa hampir kesemua haiwan - haiwan dia macam old school dan malas mandi. Berkeladak je semua. Lepas tu yang paling kasihan geng - geng Emu, Rhea dengan Ostrich bulu dah tercabut - cabut, togel! Kepak pun dah takde bulu. Sedihnya tengok. Dah tak gebu dah beliau. Walaupun begitu, hero - hero aku tetap teruja tengok haiwan - haiwan kat Zoo Melaka sambil bergembira.

Gerak dari rumah pukul 7.30 pagi. Sampai Ayer Keroh lebih kurang pukul 10 terus menghala ke Zoo. Aku rasa kami diantara yang awal sampai jugak. Muka memasing gigih je sambil bersemangat kental nak tengok haiwan. Emak dah siap - siap masak nasi himpit, kuah kacang, kuah lodeh dengan ayam goreng buat makan - makan nanti bila dah puas tengok haiwan. Wewuuu tak sabar nak makan sebenarnya.

Budak hemsem ni boleh pulak tidur bila dah sampai. Terpaksa papa dukung dia sebab papa yang paling kuat diantara kami. Kami yang lain insan yang lemah.
Nak jugak bergambar depan sign tu.
Sampai - sampai je disajikan dengan pemandangan yang sungguh menjolok mata.
Adam excited tengok binatang besar - besar. Kalau tengok binatang yang kecik - kecik dia buat muka sardin je. Papa pun dah sama excited macam anak dia. Sekejap - sekejap "Linaaaaaaaaaa tengok ada burung!" "Linaaa tengok badak besar!" Aku pun hairan dengan suami, sepuluh kali datang pun dia tetap teruja tengok binatang - binatang ni.

Adam dengan muka sengih idaman gadis - gadis semalaya.
Penat rupanya tawaf satu zoo. Tertonggeng - tonggeng aku kejar manusia - manusia ni. Oh lupa nak cakap pergi dengan emak, Embun, Meme and auntie aku. Semput jugaklah nak menghabiskan satu pusingan tu. Ada tempat - tempat yang aku skip macam Rumah Reptilia, tempat monyet - monyet aku tak pergi pun. Penat ah! Dahlah salah pakai kasut aku rasa macam nak kaki ayam pun ada jugak. Pastu lapar! Haus! Arghhhh!

Emak steady je. Mentang - mentang pakai selipar Jepun. Laju je dia jalan.
Stop kejap. Hilangkan penat. Adam pulak menggeletik macam biasa.
Pukul 12.30 siap tawaf satu Zoo. Lepas ni nak singgah memana jap nak makan and lepas tu terus nak menuju ke Mydin. Hajat sebenar datang Melaka sebab nak bawak emak pergi Mydin. Nak beli barang - barang menjahit. Macamlah kat Johor takde Mydin emak aku ni. Hehe. Emak suka kot beli kat sini sebab banyak pilihan sambil dapat jalan - jalan makan angin.

Olohlohlohloh comelnya kami! Hihi!
Meme dengan ibu dia.
Kesimpulannya, best jugak sesekali datang bermanja - manja dengan binatang ni. Bukan apa, nak ingatkan diri sendiri kadang - kadang manusia ni perangai lagi jahanam dari binatang. Renung - renungkan. Selamat beramal! Haaaa semputttt!

Dah.KBhai!

6 comments :

Miss Tasantek said...

aku datang umah kau ari tuh. yang ada bapak kau je. aku baru nak main2 dengan adam sambil nak begosip2 dengan kau :) eehehehehehe...

siha said...

adam punye sengih tu mmg bikin caiiiirr..aiyoo..hehe

Rai said...

aku tak boleh blah ngan komen ko "kadang2 manusia lebih jahanam dari binatang" haha..aku panggil zoo tempat binatang boring..muka toya je..haha..

Cik Puan Bunga said...

@Miss Tasantekhahahaha kau pun balik kampung tak roger. mana nak tau! huhuhu!

Cik Puan Bunga said...

@sihahahahahahaha kan? macam popeye! :D

Cik Puan Bunga said...

@Raibinatang2 kat zoo nampak sgt hidup tak enjoy dats y muka toya jek!huhu!