Wednesday, July 6, 2011

Manusia Baik Berhati Busuk Bermulut Longkang

Kadang - kadang aku tak faham perangai manusia yang ada laa time - time dia tak ubah macam setan. Setan kan pantang tengok orang lain bahagia, pantang tengok orang lain senang. Pantang tengok manusia gembira. Itulah perangai setan.

Dan yang paling aku tak faham, kalau yang buat perangai setan ni adalah dikalangan manusia yang zahirnya nampak baik, selalu solat, kalau time solat tu dialah orang pertama yang mengingatkan kita suruh solat, orang yang berbakti pada mak bapak, orang yang kalau bekerja tu sepenuh hatilah bak kata orang. Tapi still, ada time - time dia, perangai memang macam setan.

Aku cukup tak faham, kenapa mesti wujud manusia yang macam ni? Puas aku berfikir tapi tetap tak dapat jawapan. Kenapa mesti nak buat orang lain sakit, tak happy and murung sepanjang masa? Tak boleh ke kalau kau biarkan orang tu dengan hidup dia sendiri? Aku rasa, mentaliti orang - orang macam ni memang ada problem.
Siap ada ulat okay!(Picture)
Bila aku pindah sesi petang, aku langsung tak bercampur dengan cikgu - cikgu petang yang lain. Aku buat kerja aku sendiri, aku masuk kelas, mengajar and jarang - jarang aku bawak budak masuk library (Yelah, kan ke tahun lepas orang complaint aku bawak budak pergi library jek kan) melainkan kalau nak buat NILAM. Dah terpaksa, memang kena pergi library jugak. Kerja - kerja aku semua aku siapkan on time. Rekod mengajar, marking paper, marking buku, key in markah, semua aku setelkan on time. Tak pernah aku menyusahkan orang lain. And aku jarang bercampur dengan cikgu - cikgu petang sebab aku malas kot. Makin banyak aku bercampur, makin vulnerable aku terhadap bahaya orang - orang yang penuh hasad dengki ni. Jadi, better aku duduk kat tempat aku, buat kerja aku sendiri.

Tapi, aku tak sangkalah pulak kan, dalam pada aku menyendiri macam tu, masih ada jugak suara - suara tak puas hati, dan manusia - manusia yang terlebih concern yang asyik nak cari kesalahan aku. Ada ajelah yang tak kena kat mata diorang. Aku memang dah serik dengan benda - benda macam ni. Dah puas kena dah. Kalau aku layan, memang bodoh sekejap aku rasa. Aku tak pernah kot sibukkan hal orang. Aku tak pernah nak mengadu kat pentadbir salahlaku cikgu - cikgu ni walaupun kadang - kadang aku nampak depan mata, terang - terang jadi kat depan mata aku. Kalau aku ni jahat ke, kaki bodek ke, aku cakap je satu - satu cikgu - cikgu yang suka membuat mungkar ni. Tapi aku diam je kot sebab aku taknak jadi manusia yang perangai macam setan.

Tapi tulah, bila aku diam, diorang ingat aku buta, tuli, bisu. Sudahnya, aku pulak yang jadi bahan. Serious aku rasa kadang - kadang otak cikgu - cikgu ni dah mereng sebab banyak sangat kerja kot? Nama je solat tiap - tiap waktu tapi hati tu masih busuk macam loji taik. Aku pun hairan apa lagi yang diorang nak aku buat? Kenapa mesti kacau hidup aku? Dan yang paling aku palat sangat - sangat, kalau bagus sangat, kalau aku ni buat salah sangat, kenapa tak cakap direct to my face? Kenapa mesti kutuk belakang? Kenapa mesti busuk hati sangat wahai cikgu - cikgu yang jugak bergelar emak - emak orang?Tak takut karma ke? Balasan Allah? Tak takut?

Sekarang ni, aku nak ambil pendekatan berdiam diri ajelah. Malas nak bising - bising, nak mempertahankan kebenaran, biarlah. Nanti - nanti Allah tunjuklah. Allah tahu aku kuat, sebab tu Dia uji aku macam - macam. Allah sayang aku. Bwahahahaha. Paling kuat pun, aku tulis dalam blog. Wacana ilmiah nih blog aku.

Aku harap sangat adalah suku sakat manusia yang busuk hati ni baca blog aku. Sebab aku tak sangka, muka baik macam korang pun sanggup nak menganiaya aku. Seksok kena balik kat anak - anak korang / diri sendiri ke, time tu aku hanya tersenyum tak perlu kata apa - apa. Insyaallah. Chewahhhh ayat!


Hati korang okay?
Ya Allah Ya Tuhanku,
Jauhilah aku dari penyakit hati Ya Allah.


Amin Ya Rabbal Alamin!

Dah. KBhai!

8 comments :

Naddy said...

hati2 dengan hati...hahahaha pathetic betul la cikgu2 skolah tu...eh tapi kat mane2 pun ade...aku pun ade je yg kecoh palat tapi aku buat bodo je..tapi kalau da puaka sgt mmg aku balas la kn...tapi so far, xda la yg teruk2..ape2 pn..sabau ajela..tu jela standed ayt yg aku leh ckp..kalau nk aku tlg bako sorg2 tu tgu aku keje penjenayah yer..hahaaha

Rai said...

sian ko..biasa la manusia hasad dengku ni mmg tak boleh tengok org senang..

Cik Puan Bunga said...

@Naddyplease la, bakarkan sorang2 please. please!

Cik Puan Bunga said...

@Rainak benti keje ah rai! Huuuuuuuuu!

cik nur said...

biasa la kak manusia tak boleh nk tgk kita senang pun tak per la biar kan ajer kalo fikir lagi sakit hati jaa kan hehehe

Naddy said...

ok tgu aku jadi penjenayah ea!!!

Cik Puan Bunga said...

@cik nurhmmmmm terluka hatiku! :D

Cik Puan Bunga said...

@Naddysekarang laaaaaa! please please!