Monday, July 25, 2011

Party Buih Adam Irfan Xaharis

Eh korang. Takkanlah anak bujang aku melangkah umur setahun lalu aku nak menyajikan beliau dengan parti – parti yang menjadi penyumbang ke arah berlakunya kebejatan social dan sumbang mahram! No no no! Lebih kepada majlis doa selamat, kesyukuran dan makan – makan dikalangan ahli keluarga. Aku memang tak sediakan budget yang mega untuk birthday Adam. Buat ala kadar, kecik – kecik je. Tak mampu nak buat majlis birthday party ala ala budget retis gitu. Lagipun Adam kecik lagi, tak faham lagi kalau aku celebrate besar – besaran pun. Jadi konklusinya, buat untuk ahli keluarga terdekat saja. Kawan – kawan, geng bas sekolah yang aku tak jemput jangan kecik hati pulak tahu! Nanti Adam punya wedding insyaAllah aku jemput korang! Kehkeh!

Ketua chef untuk majlis of courselah Puan Latifah Juaher yang bertindak menyediakan masakan – masakan ala ala Hari Raya Aidilfitri gitu. Siap ada kuah kacang. Arghh dah memang feel – feel raya ah. Nasib baik emak tak anyam ketupat, kalau tak memang aku dah bukak lagu Ahmad Jais! Menu untuk hari tu adalah ketupat instant (Tak kose nak buat ketupat original. Sapa pulak nak menganyam, kalau harapkan aku memang jadi bentuk binatang liar ketupat tu nanti!) kuah kacang, kuah lodeh, sup ayam and ayam siat. Mana yang nak transform kan ketupat instant tu jadi soto, emak memang dah sediakan aksesorinya. Mana yang nak makan dengan kuah kacang and kuah lodeh pun beres jugak. Memang sedap gila ah emak masak. Emak memang ohsem bab – bab nak bagi perut orang buncit. Rata – rata guests yang datang bertambah jugak mangkuk masing – masing. Sambal kicap emak memang boleh buat orang buasir. Pedas tahap dewa – dewa tapi sedap!

Embun dengan segala hormatnya pada hari kejadian telah menganugerahkan kami semua dengan kek marble warna – warni beliau yang sangat famous! Memang recommended lah kepada sesiapa yang nak try rasa kek marble Embun. Sedap, lemak berkrim. Cukup sifat. Memang dia mewarisi bakat emak yang handal bab masak – memasak. Aku handal jugak. Tapi bab makan – memakanlah.

Tengahari siapkan goody bags untuk tetamu. Goody bags ni suami yang beriya – iya pilih apa yang nak diletak dalam beg tu. Kitorang pergi kedai wholesale jual jajan yang paling terkemuka kat Batu Pahat. Harga pun reasonable jugak. Berpinar jugak mata aku tengok jajan – jajan yang melambak kat kedai. Kalau ikutkan hati aku, nak je aku rembat semua. Nyumnyummm! Last – last pilih cekedis 2 jenis, choc inti kacang, pudding dengan susu soya berperisa buah – buahan. Balik tu singgah Sakan sekejap cari souvenir untuk tetamu. Suami kata bagi tuala muka kat tetamu. Berguna jugak dalam kehidupan sehari – hari. Bagus jugak ada suami yang suka calculate semua benda sebelum beli. Jimat banyak aku kalau bawak suami sekali time membeli – belah. Paperbag comel tu beli kat One Stop, harga dia murah, kualiti pun baik. Alhamdulillah. Settle hal goodybags. Nak cari belon dengan birthday hat untuk kanak – kanak pulak.

Peniup belon pulak dah tentunya Pak Long yang memang berbakat besar kalau suruh tiup – tiup belon ni. Nafas panjang, perut buncit jadi kapasiti angin sekali hembus memang boleh kembung belon tu jadinya. Dapatlah jugak 6-7 biji belon. Yang lain – lain asyik pecah je semasa proses peniupan. Haih! Aku cubalah jugak kan decorate sikit – sikit anjung rumah bagi ada effect sesebuah party bakal berlangsung. Entahlah jadi ke tak eh, aku pun tak tau. Konsep birthday party bagi aku tak susah sangat. Ada belon, ada kek, maka dah boleh sangat jadi birthday party tuuu! Haha!

Kuah kacang emak buat. Sedap gila!
Belon ni pepandai je aku hias sendiri pakai saki - baki hiasan perbarisan rumah hari tu. Haha!
Goodybags.
Ayam siat. Sapetah yang rajin sangat siat ayam ni. Aku of courselah tak rajin! Haha!
Kuah lodeh emak memang terbaik dari ladang!
Ketupat instant.
Sup. Nyumnyum!
Buah - buah.
Kek Marble femes.
Aksesori soto.
Kek Blackforest ada Upin Ipin.
Ain cool kentang.
Tisyar and Syira.
Tetamu.
Berjaya pakaikan Adam birthday hat selama 5 saat.
Excited dia!
Agus Salim. Aku yang tembam tapi maintain lawa. Kehkeh!
Embun suka gila pakai birthday hat. Dulu masa kecik - kecik dia takde. Haha!
Papa and Adam main apetah. Haihhh budak - budak lelaki!
Muka nak mintak penampar.
Tanpa caption. Dah takde idea nak tulis apa.

 Cousin aku yang penuh misteri. Taknak ambik gambar. Chet!
Lepas Isya’ tetamu pun sampai. Tetamu takdelah aku jemput Ifa Radziah ke, Azwan Ali ke apa nak bagi meriah majlis. Aku jemput makcik pakcik, cousins, adik – beradik je. Alhamdulillah majlis meriah and berjalan lancar. Abah baca doa selamat semoga Adam sihat – sihat selalu, tak notty and bijak bestari. Adam macam biasa sepanjang masa mengulat dan cuba menghuru – harakan makanan atas meja. Penat jugaklah semua orang nak tangkap dia sebab dia asyik merakas kesana – sini. Masa nak potong kek, dia extra teruja asyik tersengih – sengih tepuk – tepuk tangan. Alalallla comelnya anak mama buat aksi nakal yang comel!

Sambil makan – makan, sambil update dengan gossip – gossip setempat. Cousin aku, si Agus Salim jadi kitorang punya sumber hiburan. Ada je entah hape hape cerita dia yang buat orang gelak. Jimat duit aku. Tak payah hire badut sarkis. Yang happynya, semua orang makan dengan penuh berselera and bertambah – tambah. Senyum sampai telinga emak tengok apa yang dia masak licin habis.

Alhamdulillah. Majlis berjalan tanpa ada cacat – celanya. Walaupun kecil – kecilan tapi aku happy sebab aku rasa semua orang pun happy. Ke aku yang happy sorang – sorang aku taktaulah. Hahahaharunsalimbachik!

Adam sayang,
Happy birthday ya permata hati mama dan papa. Walaupun sayang mama ni extra hyper and notty sikit, tapi mama and papa sayanggggggg Adam sangat – sangat. Membesar bagai johan ya sayang! Muuuaaaaaahhhhhh!!!Terima kasih untuk semua yang datang!

Dah.KBhai!

18 comments :

Ayuraza said...

hepi bday adam..sedapnyer makanan..teliur la..hehe nak sikit boleh???

Miss Tasantek said...

kau! kau! kau! kau! buat aku terliur. weh..aku tau lodeh cikpah memang mables. tiap2 taun pon kalau cikpah yg punjung ofkos aku tak akan lupa abiskan semua santapan. tapi...sebab suami kena jaga exam...
lagi best kalau cikpah buat rendang daging. perh..ada bau2 daun limau purut tu..phew!!!!
siot ar. aku nak nangis ar cenggini. kempunan lodeh.

♥ Nurulz Sabeeha ♥ said...

Kek nya nampak sedap :)
mintak sikit..
keh keh

dd.hasnidar said...

happy belated beday Xaharis.

woowww..makanan Johor ni memang buat diri ini takbleh blahhh.bestnya soto.bestnya kuah lodeh.bestnya.bestnya.

ini kalau nampak sambal goreng harus dd plak yang pengsan.pehh.

Rai said...

happy birthday adam...aku dah expect ada gambar adam dengan buih buih 18sx gitu..awwww...

hahahaha..

cik aletheea : said...

besar dah.....
nie mestia dam x makan pun cake die..
mummy dgn daddy die yang perabih kanc ake die pas party kan..kan..kan...;p

Naddy said...

zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Cik Puan Bunga said...

@AyurazaAyuzara uiii sedap bangat! :D

Cik Puan Bunga said...

@Miss TasantekKau ah taknak balik. Tah bila tah nak masak2 cenggini lagi. Huhuhuhu! sedap wehhhh! agus makan banyak! ngengeh!

Cik Puan Bunga said...

@♥ Nurulz Sabeeha ♥Sedap keknya! Tapi dah habis! Haha!

Cik Puan Bunga said...

@dd.hasnidarThank auntie dd! :D sambal goreng time makan nasi ambeng memang wajib pekena! hihihi!

Cik Puan Bunga said...

@RaiCehhhh kau Raiiiii nak yang 18sx jekkk! huhu!

Cik Puan Bunga said...

@cik aletheea :Eehhhh mana tau niiii! huhuhuhu! tepat sekali! haha!

Cik Puan Bunga said...

@NaddyNak tido g jejauh laaa...

Miss Tasantek said...

aku nak balik lah..tapi azmee yang kene keje. cane nak balik.aku kalau iktkan hati yang tabah dan cekal ni aku dah balik ar. tapi...suami suh tunggu puasa baru balik :( kak, nnti suh cikpah punjung cenggini tau!

Cik Puan Bunga said...

@Miss TasantekBosan giler! Macam takde org lain jek yg kena ganti dia. Huhuhu> takpelah bukan rezeki kau! ngehngeh!

Nini Hartini said...

nampak best kek embun. pandai dia buat ehh... seronok bila berkumpul sama family...

Cik Puan Bunga said...

@Nini HartiniSedap Tini! Dia mmg pandai masak! Hahaha. betul, time dengan family ni la yang beranfaat sekali! :D