Thursday, July 21, 2011

Red Warriors Menang Ini Tahun! Wewuwuuuu!

Kalau ikutkan hati, aku memang dah tak berdaya nak update blog. Aku rasa tulang - tulang semua macam dah dislocated je. Asal berjalan je macam nak tergolek - golek. Letih, penat, eh letih dengan penat kan sama je. Saja je nak bagi feel macam penat sangat je aku buat kerja padahal takde apa sangat pun. Setakat terjerit - jerit kat tengah padang je pun. Tapi alhamdulillah, habis je sukan tahunan sekolah 2011 aku rasa lega sangat - sangat. Macam dah hilang separuh beban yang aku pikul. Phewww!

Pagi - pagi lagi aku dah terpacak kat stadium UTHM dengan ketua pasukan, si Zafri kacak. (Ceh aku panggil dia kacak sebab dia jadi olahragawan kejohanan. Terus naik pangkat jadi kacak!) Memang aku macam kucing nak beranak. Selagi tak habis marching kontinjen memang hidup aku tak tenang. Senang kata, aku memang tak tenang kalau budak - budak marching aku belum melangkah penuh gagah kat tengah - tengah padang stadium.

Inilah muka - muka kami yang penuh ceria. Maklumlah awal pagi lagi. Memanglah ceria muka memasing! Haha!
Dah empat tahun aku pegang jawatan jadi cikgu yang jaga perbarisan pasukan ni. Stress tau tak stress! Aku memang tak kreatif langsung, jadi bila orang bagi aku kerja - kerja macam ni and harapkan aku tampil dengan satu tema perbarisan yang gempak habis aku rasa macam nak letak kepala dalam baldi.

Akhirnya setelah memerah otak yang tak berapa nak suci ni, aku nekad tampil dengan tema witches. Ilham dapat masa tengok cerita Harry Potter last week. Tapi kekangan pulak kaw - kaw punya sebab budget ciput. Pengurus pasukan tak kasi membazir. Maka terpaksa fikirkan cara macamana nak dapatkan barang - barang yang masih berada dalam lingkungan budget. Arghhh stress lagi!
Tapi alhamdulillah. Allah masih sayangkan aku. Akhirnya berjaya jugak pasukan kami tampil dengan tema Hogwarts versi Malaysia punya. Wakakakaka!


Comelnya mereka! Teacher sayang koranglah!
Papan tanda ni 100% hasil tangan aku. Papan tu abah yang tolong buatkan.Aku tau. Comel kan? Haha!
Berjaya jugak beat pasukan ni. Ahahah!
Maskot - maskot berkumpul. Comel!
Cikgu - cikgu yang errr... korang letaklah apapun.
Alhamdulillah. Walaupun pasukan aku paling banyak konflik dalaman, tapi in the end, kami muncul sebagai juara keseluruhan. And team perbarisan aku, walaupun tak dapat johan, dapat tempat kedua pun dah cukup bersykur alhamdulillah. Bersyukur sangat - sangat. Ternyata, aku ni hebat jugak bab - bab menjahanamkan budak - budak. Kehkeh.
Dan kesimpulannya, aku penat! Macam nak demam!

Dah.KBhai!

8 comments :

Asyraf Arif said...

confirm esok amek mc. I taw dahhh. HAHA

cik nur said...

hehehe wahh kak bunga usaha gigih tgk kan dah dapat hasil nyer kagum tau nur :)

Rai said...

wahh..comelnya papan tanda ko buat..

Cik Puan Bunga said...

@Asyraf ArifAlamakkkk! mana tau neh! huhuhu!

Cik Puan Bunga said...

@cik nuralhamdulillah! walaupun banyak merungut! haha!

Cik Puan Bunga said...

@Raikan kan?thanks! :D nanti nak buat papan tanda bgtau eh! haha!harga boleh runding! kihkih!

Cik Odie said...

kenapa ukm?utm?

Cik Puan Bunga said...

@Cik Odietaktau. nak nampak educational gitu kot?kehkeh