Wednesday, July 6, 2011

Sama Macam Pasangan Lain, Kami Juga Pernah Bergaduh

Walaupun masa baru - baru kawin, janji ni taknak gaduh - gaduh nak hidup aman bahagia, tapiiiiii gaduh jugak. Haha. Biasanya gaduh - gaduh tu akulah yang mulakan. Aku ni kuat membebel, kuat fikir benda yang bukan - bukan, kalau suruh berimaginasi melampau, akulah orangnya. Suami pulak jenis yang banyak diam. Kalau bergaduh aku sorang yang syok sendiri pot pet pot pet, tapi suami buat dek je. Bila aku tengok takde sambutan, mulalah aku keluarkan ayat - ayat drama.

"Takpelah. Yelah Lina (Panggilan aku kat rumah) ni siapalah kan. Tak cantik, gemuk, tak lawa. Mana abang nak sayanggg.."

Kadang - kadang kalau nafsu berlakon tinggi sikit, aku bubuh sikit airmata dua tiga titik. Biasanya kalau aku sampai dah cakap macam ni, suami sejuk hati sikit. Tapi sejak ada Adam ni, apapun tak boleh. Aku keluarkanlah ayat apapun, sardin je muka dia.

Suami aku tau macamana nak buat jiwa aku rungsing dan tak senang duduk. Dia kalau marah kan aku, dia buat 'Silent Treatment'. Diam tak bercakap dengan aku. Aku buat muka comel pun dia buat sardin je. Pernah sekali tu aku nangis guling - guling dia buat taktau je. Paling lama aku kena Silent Treatment ni 24jam. Pergi kerja taknak kiss aku. Salam cium tangan je lepas tu abaikan aku. Huuuuu sedih aku.

Kalau aku pulak, kalau aku rasa macam nak kalah je terus aku buat - buat capai baju dua tiga helai dengan beg baju konon - konon nak lari dari rumah. Takkan nak soh hantar rumah mak bapak pulak kan dah aku duduk dengan mak bapak aku huuu. Tapi aku eksyen je tu, lima minit lepas tu aku duduk tengok TV sambil makan keropok. Aku ni drama je lebih. Kihkih.

Biasanya punca kami gaduh ni benda - benda gonjeng je. Entahpape. Macam taknak hantar aku pergi McD ke, taknak layan aku gosip ke benda - benda gitulah. Bukan benda - benda penting pun. Aku rasa nak berbulu jugak emak dengan abah kalau aku gaduh sambil buat drama. Entahapehape. Lepas tu bila teringat balik memang ketawa melekek - lekek aku dengan suami.

Harmoni macamanapun rumah tangga, mesti ada tergigit lidah. Mesti ada selisih pendapat. Tapi jangan sampai derhaka sudahlah. Nanti tak cium bau syurga. Pada yang dah ada anak tu, taulah macamana tingginya martabat suami bila sampai masa kita nak melahirkan nanti. Dulu, masa aku nak deliver aku mintak ampun berkali - kali dengan suami. Mintak diampunkan salah silap aku. Takutnya rasa berdosa sampai sakit dada aku masa mintak ampun dengan suami. Syurga kita adalah disisi suami. Semua isteri mesti dah sedia maklum pasal ni kan. Hehe.

Setiap hari aku berdoa semoga aku dapat jadi yang terbaik untuk suami. Jadi yang lebih baik, yang boleh suami aku banggakan. Yang boleh buat dia rasa hidup dia sungguh bermakna. Aku nak jadi perempuan yang dia sentiasa rindu. Nak jadi perempuan yang dia sentiasa nak ada disisi. Alahai. Syahdunya. Insyaallah. Aku terus berusaha ke arah itu.

Teringat surat cinta yang aku tulis untuk suami 3 tahun lepas.

Gambar 3 tahun lepas. Masa ni tengah bertunang. Ecehcehceh.Aku masih kurus. Suami pulak masih simpan janggut + misai masa ni. Sob sob. Nak kurus macam ni lagi!

Dah.KBhai!

14 comments :

mrs.amirul said...

kak lina..
kwn aku ckp kau lg cntek lau berisi sikit la! hahaaha! aku smpikan jekkkkk :)

Rai said...

ala cik bunga,
mmg la dalam gambar tu ko nampak kurus lagi..tapi ko yg sekarang pun ok apa..

aku pun selalu buat trick air mata tu dulu..sekarang kalau gaduh aku bagi silent treatment sambil muncung.tapi aku mesti bengang gila kalau dia yg buat silent treatment..hahaha..mencik!! kitorg pun rajin je gaduh..normal la tu.. kalau tak gaduh tu yg tak normal.. hihi..

Cik Puan Bunga said...

@mrs.amirulalaaa tak nak tak nak! nak kurus! hahahahaha!

Cik Puan Bunga said...

@Raiala rai nak kurus jugak! hahahaha! tulah pasal kalau suami yang buat silent treatment memang tak senang duduk aku! haha!

Miss Tasantek said...

baru ni aku dapat komen kat page kau. harus aku manfaatkan . kah kah kah..
silent treatment tu aku pon kene.hahaha...azmee kalau aku merajuk memang die dek je..nnti kalau aku marah2 tanye kenape tak nak pujuk, die ckap " kalau cakap time awak tengah panas ni apa pon tak boleh.."
tapi betul gak, aku kalau tengah panas, tak dengar die cakap de.
kau kurus dulu lagi cun. kau skang pon cun juga (mata ke atas tangan di bahu)

cik nur said...

berkaca dah mata baca surat cinta aka
nur doakan akak bahagia hingga ker anak cucu yaa :)

Cik Nursya said...

wahhh.. cik bunga ni pandai berdrama upenyer.. nnt ajar kite plak ek... ajar wat ayat2 sdih skit... nk prektik.. hehe

Cik Puan Bunga said...

@Miss Tasantekhahahahahah ah tak kira! keturunan kita mmg kuat majuk! hahahaha! aku ngah diet ni wehhhh! kihkihkih dah turun 2kg! kahkah!

Cik Puan Bunga said...

@cik nurterima kasih cik nur! cik nur rajin datang sini! peluk sikittttt! :D

Cik Puan Bunga said...

@Cik Nursyakihkih benda ni kebolehan semulajadi wanita. semua pompuan kompem pandai buat drama. hahahaha!

♥EyZa QHaiRy♥ said...

haha.. same la kita, kuat pot pet.. Qhairy buat dekkkkk je.. last-last diri sendiri penat bercakap, dia macam xde pape je..

Slalu jugak kene silent treatment, time tu rase nak tampar diri sendiri je sbb cari pasal... huhu..

Miss Tasantek said...

hoi. kalau nak diet kene hati kental. ni nampak kfc dengan wedges dah meleleh cane ....
demam2 pon tale juge. sampai naik rashes.

Cik Puan Bunga said...

@♥EyZa QHaiRy♥tapi still, tetap suka cari pasal, kan kan kan? hahahaha. bila dah ada baby ni, kalau kita merajuk pun dia buat dekkkkk jek. haih!

Cik Puan Bunga said...

@Miss Tasantekalaaa tu time demam jek gedik nak makan, time sehat kfc aku tak pandang. kahkahkah.