Thursday, July 14, 2011

Saya Blogger Jelita!

Ehem. Blogger Jelita.
Award ni dapat dari Tini. Tini kata kalau aku ambik award ni aku memang beautiful sangat. Disebabkan aku ni manusia yang gila memandang paras rupa, so aku ambik dengan semangatnya. Semata - mata nak jadi blogger jelita. Nampak tak sifat - sifat manusia tak bermoral kat sini?

Lepas dah ambik award kena cerita 7 benda pasal diri kita. Mencabar ni. Nak pilih 7 benda yang best ke atau 7 benda yang palat pasal kita? *Berfikir sejenak*

Baiklah kawan - kawan, aku ceritakan 7 benda best + palat pasal aku ye. Aku cecampur. Barulah adil dan saksama. Chewahhhh! Benda ni korang mesti taktau punya sebab aku tak pernah cerita. Ni kira eksklusiflah ni, consider diri memasing sebagai bertuah. Kihkih.

#1 Aku Suka Mencederakan Orang

Tangan aku kan sangat pantas bertindak. Sesiapa yang pernah jadi mangsa aku, aku mintak maaf sesangat. Kadang - kadang benda tu jadi secara spontan. Dan biasanya mangsa akan end up dengan lebam - lebam. Aku suka cubit orang, cakar orang, pukul belakang badan orang, suka cengkam tangan orang kuat - kuat. Lepas tu lebam. Aku tak faham kenapa sampai lebam. Kuat sangat ke aku buat? Macam tak kuat jek? Mangsa - mangsa biasanya kawan - kawan aku la. And suami la sudah semestinya. Kehkehkeh. Ampun maaf di pinta. Emak aku kata tangan aku panas. Kalau lempang orang mesti merah satu muka bentuk tapak tangan. Emak aku kata tangan macam aku kalau tanam pokok mesti tak mau hidup. Cis!

#2 Negative Thinker

Sibuk cakap kat orang berfikiran positifffff laa tapi akulah manusia yang paling tak berfikiran positif dalam dunia. Apa - apa hal mesti aku fikir yang negatif dulu. The reason aku taknak naik kapal terbang adalah sebab aku takut terhempas. Macam harrrram je kan?

#3 Gerak Hati Yang Kuat

Ni salah satu kebolehan yang aku rasa thankful jugaklah Allah nak bagi kat aku. Biasanya apa yang aku rasa 98% insyaAllah tepat. Banyaklah benda yang jadi dalam hidup aku bertitik tolak dari gerak hati aku yang boleh tahan dahsyat jugak. And aku punya first impression pada orang pun boleh tahan jugak. Takdelah sampai ada kebolehan baca - baca orang ke apa, tapi aku taulah kot kalau orang tu ada hidden agenda ke hape kan. Hepp hepppp!

#4 Aku Boleh Nampak Hantu

Huhu. Serious. Benda ni dari kecik lagi aku dah perasan yang aku boleh tengok benda - benda macam ni. Tapi bila dah besar - besar macam ni baru skill ni macam terasah dengan lebih powerful lagi. Aku macam boleh taulah kot sesuatu tempat tu ada 'orang' ke tak. So far benda yang aku pernah nampak perempuan berdarah, lelaki besar hitam berbulu, pocong (kat sekolah) orang kepala lembu and adalah kategori hantu - hantu yang aku taktau nama dia apa. Aku taknaklah nampak benda - benda ni semua. Tapi kalau dah tercongok depan mata, nak cakap macamana lagi kan. Huhu.

#5 Tabiat Makan Yang Buruk

Kalau aku nak cedok lauk ke kuah ke, aku mesti cium dulu bau dia. Aku taktau apa reason dia. Dah terbiasa kot. Mula - mula ambik bau dulu sebelum melantak habis - habisan. Kalau buat perangai ni masa makan kat rumah orang memang annoying. Silap - silap orang kata aku kongasam sebab cium - cium bau masakan, ingat diorang serve makanan basi ke hape.

#6 Kuat Berangan

Aku suka berangan. Gila suka. Selalu membayangkan diri sendiri adalah girlfriend Farid Kamil. Suka berangan duit dalam bank ada 80 juta and macamana nak habiskan 80 juta tu dalam masa satu hari. Aku suka berangan yang aku ada kuasa magik macam Harry Potter. Paling tak boleh blah aku suka berangan aku sebenarnya adalah anak raja yang diambil oleh rakyat jelata untuk dibesarkan. Ye. Lempanglah aku kalau berhajat sangat.

#7 Aku Pemalu

Korang taktau, tapi sebenarnya akulah manusia paling pemalu dalam planet Bumi ni. Aku bukan setakat pemalu, tapi penyegan nauzubillah. Kalau bercakap dengan orang yang tak kenal, memang suara aku tak keluar. Ala ala sopan santun nak mintak penampo gitu. Kahkah. Macam cerita bohong pulak! Huhu!

Maka itulah 7 fakta tentang aku yang korang perlu tau. Berinfomasi tak? Aku kini blogger jelita ouhhh!

Dah.KBhai!

6 comments :

cik nur said...

boleh tgk hantu mcm best kan tapi bila fikir oke tak best sbb gerun hahaha

♥ PeLanGie ♥ said...

kak, yang ke 5 tu kan, sy rasa memang kebanyakkan perempuan macam tu. sbb sy pun macm tu. heheheh. tak kira la mcmane pn, tetap akan di cium dulu lauk tu, heheh

Cik Puan Bunga said...

@♥ PeLanGie ♥hahahaha langkah berjaga - jaga kot?kihkih!

Nini Hartini said...

Thanks kak. nak cantik, laju jedie eh..hehhe...TAPI...kenapa x tag org lain? huhu.. mcm x menepati syarat je. kekekekeke

no 3 dengan 6 tu sama dgn tini. hehehe.. kwn2 selalu tanya tini "kau ni, boleh baca org eh?" ... hehe..pdhal xde nye tini boleh baca org. tp entah eh, kdg2 kuat je firasat2 ttg ssorg.

betul ke akk leh nmpk hantu???? klu akk tgk tini, boleh scan x dkt2 tini ada hantu or tak? kot ada smthn mcm saka ke, gangguan2 ke..

Cik Puan Bunga said...

@Nini Hartinihahahahahaha adoiii! nanti akak update! lupa pulak nak tag orang! ngehngeh!

nampak hantu tu betul, kalau scan orang tu tak pasti pulak nak cakap macamana tapi kalau orang tu sumthing ke macam ada benda ikut ke apa ke macam boleh rasa. rasa tak best jek dekat ngan orang tu, tapi kalau macm kat toilet yang tak pernah pegi ke (macam toilet tepi2 jalan) atau hotel ke, atau rumah yang tak pernah pegi ke memang akan nampak or rasa something! huhuhuhuhu! adoiyai!

Cik Puan Bunga said...

@cik nurkehkeh lawak ah cik nur!